Usia kandungan sudah mencecah 5 bulan.
Sejak Taehyung sudah mula bekerja seperti biasa, Aemi cuba menjaga dirinya dengan elok.
"Pergi jelah duduk rumah mama sampai Kukku lahir." Taehyung makan dengan selerenya.
"Taknak. Tak elok biarkan rumah tak ada orang. Awak jangan risau. Saya okay." Aemi senyum.
"Maamaa.. Ayaaam.." Pinta Mintae.
"Nah, amik papa punya." Taehyung memandang Mintae makan.
"Nyum nyum." Kepala Mintae dihayun ke kiri ke kanan tanda dia menikmati masakan ibunya.
"Nyam nyam." Taehyung mengikuti gaya Mintae.
Aemi perasan kelakuan Taehyung sedikit lain sejak dua hari ni.
Taehyung kerap menyuruh Aemi duduk di rumah mertuanya.
"Tae, awak okay ke?" Aemi memegang tangan Taehyung.
"Okay. Penat sikit." Taehyung senyum.
"Pergilah rehat dulu. Saya kemaskan semua ni nanti." Aemi risau.
"Tak. Saya tolong. Awak duduk je. Jangan bergerak." Taehyung lekas bangun membawa pinggan mangkuk.
Aemi ketawa kecil.
Skip--
Bilik utama senyap kerana masing-masing sudah terlelap lena dalam tidur.
Tak bagi Taehyung. Dia masih terjaga.
Taehyung duduk lalu dia perhati katil Mintae yang terletak di tepi tingkap.
Taehyung bangun lalu menuju ke katil Mintae.
"Comelnya anak papa tidur." Pipi Mintae diusap.
"Membesar dengan sempurna ya, sayang." Taehyung memgucup dahi Mintae.
Taehyung kembali ke katil lalu tubuh Aemu dipeluk erat.
Perut Aemi diusap lembut.
"Kkuku. Kkuku kuatkan? Lahir ya, nak." Bisik Taehyung lalu tidur.
Skip--
"Duduk rumah elok-elok. Tak perlu masak, kemas rumah. Duduk je diam-diam. Nanti saya suruh Pak Yoo hantar makanan." Pesan Taehyung sambil memakai kasut.
"Bosanlah saya duduk rumah." Aemi muncung.
"Demi awak, Aemi." Dahi Aemi dikucup lalu mahu beredar.
"Jaga diri." Pesan Aemi.
Skip--
"Mimpilah, weyh. Tak perlu nak risau." Jimin duduk bersebelahan dengan Taehyung.
"Seram beb kalau mimpi benda sama selama seminggu. Aku takut." Taehyung termenung.
"Mimpi tu mainan tidur. Setan je tu. Jangan risau." Jimin menepuk lembut bahu Taehyung.
Mereka diam seketika.
"Tapikan. Ini tapi, tahu. Kalau mimpi tu jadi kenyataan, apa kau nak buat?" Jimin tertanya.
"Aku redha, weyh. Dah banyak kali aku alami benda tu dalam mimpi. Aku jadi lali." Taehyung mengeluh.
Tak sampai 5 minit mereka diam, telefon Taehyung berdering.
"Hello, Sayang~" Manja Taehyung membuat Jimin ketawa.
"Tae, saya nak ke pejabat awak ni. Kita lunch sama-sama. Nak tak? Kalau awak busy takpa lah." Aemi kedengaran teruja.
"Siapa hantar?" Taehyung melihat jamnya.
"Pak Yoo lah. Boleh ke?" Aemi meminta izin.
"Haa, datanglah. Nak sampai nanti, call saya balik. Nanti saya jemput dekat bawah." Taehyung senyum.
Panggilan dimatikan.
"Kau jangan nak cerita semua ni dekat Aemi. Aku taknak dia risau." Taehyung memberi amaran.
"Baik, bos!"
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete