3 puluh 5

1.5K 208 133
                                    

Mintae dan Aera betul-betul suka duduk Busan.

Pagi-pagi sudah bangun bermain di luar.

Kali ini lain, Aera demam. Jadi, Mintae bangun seorang diri.

Udara nyaman buat Mintae segar walaupun belum mandi tak tuntuang.. HAHAHAHAH

"Annyeong, keluarga ayam." Sapa Mintae pada ayam belaan atuknya.

Mintae berdiri di tepi jalan yang berhadapan dengan rumah atuknya.

"Hehehe." Senyum Mintae apabila dia nampak seekor anjing coklat sedang jalan.

Laju langkah Mintae mengekori anjing itu.

Tali anjing yang terjuntai diambil.

"Awak nak pergi mana?" Mintae senyum melihat gerak geri anjing itu.

Namun langkah anjing itu terhenti di suatu simpang.

"Waee~~ kenapa ni?" Manja Mintae.

Mintae amat suka dengan anjing.

"Mana tuan awak? Tak takut ke duduk sorang-sorang? Papakan, dia tak suka saya duduk sorang-sorang." Mintae duduk di atas tanah bersebelahan dengan anjing itu.

"Chocky?"

Mata Mintae memandang kirinya.

"Aish.. Kenapa dia ada mana aku ada." Mintae merengus.

Wonwoo mendekati Mintae.

"Mintae buat apa ni? Ni mesti belum mandikan?" Wonwoo senyum.

"Haih, papa mesti dah bangun." Mintae bangun mengabaikan Wonwoo.

"Mintae, papa sedang bercakap dengan Mintae ni." Wonwoo menahan tangan Wonwoo.

"Papa? Maafkan saya, samchon. Papa saya dirumah sedang tidur. Lagi satu, papa dah cakap dengan saya. Jangan cakap dengan orang jahat dan tak kenal." Senyum Mintae lalu menunduk hormat.

"Mintae rasa papa jahat ke?" Wonwoo ketawa kecil.

"Maaf. Saya bukan budak kecil yang bodoh macam samchon fikirkan. Papa saya didik saya dengan baik." Mintae beredar meninggalkan Wonwoo.

Sakitnya hati Wonwoo, hanya dia je yang tahu.

Niatnya hanya mahu menegur anaknya. Bukan mahu menyakitkan hati.

Melihat anak kandung sendiri melawan katanya, cukup sakit.

Skip--

"Papa, jom teman Mintae. Mintae nak pergi kebun." Pujuk Mintae.

"Papa sibuklah. Mama takda ni. Ikut nenek dengan atuk pergi pasar. Adik demam ni." Taehyung mengelus ubun-ubun Aera.

"Ala, bawaklah adik sekali. Mintae nak pergi kebun." Tangan Taehyunh di tarik.

"Mintae." Taehyung cuba menahan sabar.

"Papa, jomlah. Bawa je adik tu.." Semakin kasar tarikan Mintae.

"Mintae!!" Taehyung meninggikan suara.

Mintae terkejut lantas diam.

"Nak bawa adik macam mana?!? Tak nampak adik demam ni? Kenapa degil sangat??" Taehyung memarahi Mintae.

Aera menangis kerana tak selesa dengan keadaan tegang ini.

"Alolo, sorry adik." Taehyung kembalikan perhatiannya ke arah Aera.

Mintae lantas keluar dari rumah tanpa pengetahuan Taehyung.

Merah mukanya menahan sebak.

[complete] save | taehyungWhere stories live. Discover now