"Kenapa tak bekas teman lelaki?" Taehyung cuba menyedapkan hati sendiri.
"Sebab saya tak pernah putus dengan dia." Aemi termenung.
"Awak isteri saya. Awak tahukan?" Taehyung betul-betul takut.
"Saya tahu dan saya sedar." Aemi memeluk kakinya.
"Jadi, kenapa dia tak bertanggungjawab?" Taehyung terus memandikan Aemi.
"Dia nak."
Taehyung sudah bernafas laju.
"Tapi lepas dia kahwin dengan orang lain. Saya tahu dia sayangkan saya. Memang dia nak bertanggungjawab. Tapi selepas dia kahwin dengan orang lain."
"Saya tak benarkan dia bertanggungjawab sebab dia hanya nak Mintae. Selepas tu, dia lupakan saya. Jadi, saya jaga diri saya sendiri. Saya hilangkan diri."
"Tapi baru saya sedar. Saya tak mampu jaga diri saya mahupun Mintae. Tu pasal saya bertindak nak buang Mintae." Aemi menangis perlahan.
"He's still loving you." Taehyung berbisik.
"Awak mandilah elok-elok. Saya nak rehat sekejap." Taehyung bangun lalu meninggalkan Aemi.
"Jeon Wonwoo." Aemi menyebut nama Wonwoo perlahan.
"Kenapa aku hampir meloncat gembira bila aku nampak kau dekat Disneyland?" Aemi memeluk erat kakinya.
Skip--
Selesai mandi, Aemi terus memakai baju di bilik air. Keluar dari bilik air, Aemi lihat Taehyung sudah tidur dikatil. Membelakangi dirinya.
Susah untuk lihat Taehyung tidur dulu sebelum Aemi. Biasanya Taehyung akan tunggu Aemi untuk tidur bersama.
Aemi tahu Taehyung tergamam dengan ceritanya.
Dia tahu Taehyung kecewa.
Aemi memanjat katil lalu memeluk Taehyung dari belakang.
"Awak pernah cakapkan, siapa pun saya bercinta, dengan lelaki mana sekali pun. Awak tak kisah sebab awak nak jadi orang yang terakhir saya cintakan?" Suara Aemi bergetar.
"Sampai mati, awaklah yang terakhir. Saya taknak cari orang lain kalau andai kata awak tinggalkan saya. Awaklah yang terakhir. Sampai mati." Menangis perlahan.
Bengkak habis wajahnya akibat menangis hari ini.
Tubuh Taehyung bergerak lalu berpusing menghadap Aemi. Taehyung memeluk Aemi seerat yang mungkin.
"Orang kata dalam rumah tangga akan ada pasang surutnya. Dari pertama kali kita kenal, kahwin, kita tak pernah ada dugaan. Mungkin kali ni, Tuhan nak bagi kita kesusahan. Yang besar, mungkin." Taehyung bersuara sambil belakanh isterinya diusap.
"Awak sanggup ada dengan saya, anak-anak walaupun dugaan ni mampu memecah belahkan kita?" Taehyung menatap wajah Aemi.
"Sanggup. Sampai mati. Awak selamatkan saya dari dunia gelap ni. Jadi, kenapa mesti saya tinggalkan perwira saya?" Aemi tersedu sedan menangis.
"Terima kasih." Taehyung senyum lalu memeluk erat semula.
"Saya betul-betul takut kalau awak pergi dekat Wonwoo tu." Taehyung mencium ubun-ubun Aemi.
"Taknak saya. Dia tu pengotor sikit."
Taehyung ketawa kecil.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfic+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete