"Jadi budak baik, faham? Jangan buat nakal." Pesan Taehyung kepada Mintae.
"Baik, papa." Mintae memeluk Taehyung.
"Thank you, papa." Mintae senyum.
"You're welcome, son." Taehyung mengusap kepala Mintae.
"Mintae, ini baju kamu untuk sebulan setengah ni. Elok-elok dengan papa Wonwoo." Aemi menghulur beg hitam kepada Mintae.
"Baik, mama."
Beg hitam itu Wonwoo ambil.
"Mintae tahu janji damai kita, kan?" Soal Taehyung. Mintae angguk.
"Jaga Mintae elok-elok. Kau tahu janji dia, kan?" Taehyung memandang Wonwoo.
"Aku tahu. Terima kasih, Taehyung." Wonwoo bersalaman dengan Taehyung.
"Jom, Mintae." Wonwoo meraih tangan Mintae.
Skip--
"Mintae belum makan, kan?" Wonwoo memandang Mintae di sebelahnya.
"Belum." Mintae geleng.
"Kita makan dulu, okay?" Wonwoo senyum lalu terus memandu.
Macam-macam yang dirancangkan oleh Wonwoo untuk meluang masa dengan anaknya.
Skip--
"Macam mana papa tahu Mintae suka makan ladu ayam kukus?" Mintae senyum teruja.
"Papa Taehyung bagitahu." Wonwoo mengusap kepala Mintae.
"Mmm, saya nak ladu ayam kukus 3 set. Saya nak Naengmyeon 1." Pesan Wonwoo.
"Baik. Ini bukan Mintae anak Kim Taehyung ke?" Soal makcik itu sambil mengusap pipi Mintae.
"Ya, saya. Ini papa saya, Jeon Wonwoo." Mintae senyum.
"Papa?" Makcik itu memandang Wonwoo.
"Papa angkat. Jangan salah faham." Wonwoo senyum.
"Ahh. Baiklah." Makcik itu angguk.
Berat hatinya mahu mengaku darah dagingnya sebegitu. Disebabkan janji damai yang dibuat oleh Taehyung, terpaksa dia ikut.
Demi kebaikan semua juga. Semua cerita akan tutup jika dia diam.
"Mintae, habis makan nanti. Kita balik dulu, ya? Papa penat sikit. Papa nak rehat dulu boleh?" Wonwoo memandang Mintae yang leka menyanyi.
"Boleh je, papa." Mintae senyum.
Makanan yang dipesan sampai dalam masa 20 minit.
Senyum saja Wonwoo melihat anaknya selera makan.
Skip--
"Wahh!! Besarnya rumah papa!" Mintae kagum melihat rumah apartment Wonwoo.
"Takdalah. Biasa je." Wonwoo senyum.
"Biasa? Macam dalam dramalah!!" Mintae meloncat gembira.
"Mintae, sini sekejap." Panggil Wonwoo yang duduk di sofa.
"Mmm, Mintae nak tidur dengan papa ke nak privacy?" Wonwoo meraih tangan anaknya.
"Dengan papalah. Sebelum ni, Mintae tidur dengan adik." Mintae tersengeh.
"Good. So, papa takyah beli katil barulah, ya?" Wonwoo ketawa.
"Takyah." Mintae geleng.
"Alamak! Papa lupa pasal Lookie." Wonwoo lekas bangun.
"Lookie?" Mintae memandang Wonwoo yang menuju ke bilik belakang.
"Waahhhh!!" Mintae tergamam melihat anjing berbaka Siberian Husky bermata biru.
"Inilah yang teman papa selama ni." Wonwoo senyum melihat Mintae mengusap haiwan peliharaannya.
"Arrgghhh!!! Mintae suka anjing!!" Pipi Wonwoo ditekup lalu bibirnya yang muncung dicium banyak kali oleh Mintae.
Sungguh jejaka itu tergamam dengan tindakan Mintae. Berbunga, terharu, sayu.
Kebahagiaan yang tak pernah dirasai oleh dirinya sendiri.
Berair matanya melihat anaknya terloncat-loncat bermain bersama Lookie.
"Kenapalah baru sekarang papa nak bertanggungjawab. Bodohnya papa." Bisik Wonwoo sambil ketawa kecil.
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfic+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete