Bergetar kaki Aemi saat melihat anjing putih sebesar lebih daripada Mintae melihat anaknya.
Aemi tak mampu buat apa-apa sebab dia takut anjing.
"A-anjing apa tu?" Aemi risau.
"Korean Jindo." Pak Yoo menjawab.
"Aahh!! Twiiyeoptaa!!! (Kiyeopta)." Mintae terus berlari ke arah anjing tu.
Anjing itu turut berlari ke arah Mintae.
"No!! MINTAE!! STOP!!!!!!!" Jerit Aemi membuat semua burung melayang terbang.
"Arrghhh!! HAHAHAHA!" Mintae ketawa.
Aemi diam.
Anjing berbaka Korean Jindo itu menggeletek badan kecil Mintae hingga si kecil itu jatuh terbaring.
"Pfft! Pftt-- hahahaha!" Pak Yoo turut gelak akibat ketawa Mintae.
"Dari mana dia belajar gelak macam tu?" Aemi tahan ketawa.
Aemi membuat panggilan video terhadap Taehyung.
"Dah rindulah tu. Baru--" Kata-kata Taehyung terhenti.
"Muahahahaha!! Hahaha!! Gelilah!" Mintae terus ketawa.
"What? Apa tu?" Taehyung tak jelas.
"Anjing tu buat Mintae gelak mengilai." Aemi senyum.
"Sayang, saya busy sikit ni. Kejap lagi saya ke sana. I love you." Taehyung menamatkan panggilan.
"Mintae! Ke sini!" Panggil Aemi.
Mintae berlari ke arah Aemi.Anjing itu mengikuti Mintae.
"Syuuh! Syuuh!" Halau Aemi kerana ketakutan.
"Apa mama ni!" Marah Mintae.
Anjing itu menggesel dikaki Aemi.
Aemi terdiam.
"Mama usik Ogy." Tangan Aemi ditarik.
Dengan berani, Aemi mengusik anjing itu.
Lembut, manja.
"Mana datangnya anjing ni." Aemi tersentuh hati.
"Pihak pengurusan hutan bagitahu, anjing ni dah lama dekat sini. Tuan Kim yang tak kasi halau anjing ni, sebab sebelum Tuan Kim beli hutan ini, anjing ni memang dah ada." Terang Pak Yoo.
"Selain saya, Aemi dan Taehyung, Mintae pun ada datang ke sini bermain dengan Ogy bersama Tuan Kim." Senyum Pak Yoo.
"Atuk Yoo, andikan (mandikan) Ogy. Ogy dah otor (kotor)." Pujuk Mintae.
"Baik, Mintae. Jom." Pak Yoo angguk.
"Ogy, leggo!" Pelat Mintae campur teruja.
Tak mahu berlenggang, Mintae sentiasa berjalan di sisi Ogy.
"Anjing ni sihat ke, Pak Yoo?" Aemi sempat menyoal.
"Sangat, Aemi. Jangan risau."
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete