"Awak cari balik! Kenapa tengkik anak macam tu? Awak tahukan dia tu hati tisu?" Risau Aera bertukar marah.
"Maaf. Saya cuma penat sikit. Dengan Aera asyik meragam." Taehyung sebak.
"Cari Mintae balik! Cari dia!" Aemi mula menangis.
Taehyung segera memeluknya.
"Noona, hyung. Mintae takda dekat kebun." Jungkook mengah.
"Ane (mana) abang." Aera merengek.
"Abang ada. Nanti abang balik." Taehyung mendukung Aera.
"Appa dengan omma mana?" Taehyung memandang Aemi.
"Pergi pejabat urusan. Mereka tak tahu pasal ni." Aemi mengelap air matanya.
"Jangan bagitahu mereka. Saya taknak mereka risau." Taehyung meraih tangan Aemi.
"Saya nak Mintae." Aemi risau lalu memeluk Taehyung
"Mintae, okay. Dia anak saya. Saya tahu dia okay." Taehyung memberi harapan kepada Aemi.
"Hello? Oh, omma. Kenapa?" Jungkook menjawab panggilan ibunya.
"Kook ada dekat rumah Aemi noona." Jungkook bercakap lagi.
"Seriouslah?...... Takda. Kook tak terserempak dengan hyung pun." Jungkook pelik.
Mata Taehyung memberi perhatian pada Jungkook.
"Tak. Hyung tak call kook pun." Jungkook mengeluh lalu mematikan panggilan.
"Wonwoo hyung sepatutnya sampai rumah pagi tadi sebab dia cakap dengan omma dia dekat simpang bus stop sana. Tapi sampai sekarang dia tak sampai rumah." Jungkook bercerita.
"Benda ni kebetulan atau pun.." Aemi risau.
"Awak pegang Aera. Saya nak cari Mintae." Taehyung masuk ke rumah lalu mengambil kunci kereta.
Alarm kereta dibuka.
"Tae, nanti...." Aemi memandang kereta merah sedang mendekati rumahnya.
"Ini kereta...." Jungkook berdebar.
"Sialan! Kau buat apa dekat sini!" Taehyung geram saat Wonwoo keluar dari kereta.
Lantas muka Wonwoo ditumbuk.
"Papa!" Mintae keluar dari kereta Wonwoo.
"Mintae! Mintae pergi mana! Dah senja ni baru nak balik?" Taehyung tak mampu mentafsir perasaannya. Bercelaru.
"Mintae tahu tak, papa risau bila tahu Mintae takda? Tahu tak papa takut?" Taehyung mengalirkan airmata.
"Papa tahu salah papa sebab marah Mintae. Papa minta maaf. Tapi janganlah buat macam ni. Mintae nak tinggalkan papa ke?" Taehyung menangis.
Taehyung cuma takut Wonwoo ambil Mintae. Takut jika Mintae hilang dari hidupnya.
"Taknak. Mintae taknak hilang papa." Mintae tunduk.
Taehyung hanya memandang Mintae dan Wonwoo silih berganti.
"Mintae pakai baju siapa ni?" Taehyung memandang wajah anaknya.
"P-papa Wonwoo belikan." Mintae serba salah.
"Papa Wonwoo." Taehyung terdiam lalu ketawa kecil.
"Papa Wonwoo." Taehyung ketawa lalu masuk ke dalam rumah. Aemi mengejar Taehyung.
"Mintae masuk pergi mandi." Jungkook mencelah.
"Baik." Mintae akur.
"Mintae." Panggil Wonwoo.
Mintae jalan ke arahnya.
"Terima kasih, papa sebab bawa Mintae pergi pasar buah." Mintae tunduk.
"Tak. Papa patut yang terima kasih sebab Mintae sudi luangkan masa dengan papa." Wonwoo mengusap kepala Mintae.
"Ni bagi adik. Adik demamkan? Air kelapa elok untuk demam." Wonwoo memberi plastik berisi air kelapa.
"Terima kasih." Senyum Mintae lalu mahu beredar.
"Taknak kiss papa?" Wonwoo senyum.
Pada mulanya, Mintae teragak-agak. Namun, Mintae ikhlas memberi ciuman atas hari yang menyeronokkan ini.
"Dah, pergi masuk dalam. Minta maaf dengan papa Taehyung nanti." Wonwoo senyum.
"Nae."
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete