Genap setahun sejak Aemi dan Taehyung berkahwin.
Mintae membesar dengan sungguh cepat dan comel.
"Hehe." Taehyung bergurau dengan Mintae.
Pipi Mintae dicuit beberapa kali.
"Mana mama ni." Taehyung muncung.
Aemi meminta kebenaran Taehyung untuk keluar seketika atas urusan peribadi.
Baru 30 minit Aemi keluar, Taehyung sudah rasa bosan.
"Apa papa nak buat? Papa bosan." Taehyung baring di sebelah Mintae.
Mintae meniarap lalu merangkak ke atas badan Taehyung.
"Paa..." Mintae meletakkan kepalanya diatas dada Taehyung.
"Mana boleh baring sini. Ini tempat mama." Taehyung mencebik.
Bibir Mintae dijuih tanda kecewa. Seolah-olah memahami Taehyung.
"Ala, ala. Papa gurau la." Kepala Mintae diusap.
Taehyung kembali termenung.
Senyuman nakal muncul dibibirnya.
Mintae dialih dengan perlahan. Taehyung mencapai phonenya.
"Kalau mama kamu tahu ni, mampus papa." Taehyung senyum.
Skip--
Aemi berjalan sambil tersenyum mengenangkan berita yang baru diterima.
Aemi berniat mahu singgah di pasaraya kerana mahu membeli barangan dapur.
Leka Aemi memilih bawang, seorang wanita berusia 30-an menegur Aemi.
"Puan Kim." Tegur seorang wanita itu.
"Y-ya?" Terkejut Aemi.
"Nakal betul suami puan dengan anak puan, ya? Comel sangat?" Ketawa mereka.
"N-nakal? Maksud puan?" Aemi tak faham.
"Takpalah, kami pergi dulu." Wanita itu beredar.
Aemi makin terpinga.
Ketika mahu membayar, Aemi makin tertanya kerana keluarga menjadi perbualan mereka. Terutama sekali kepada mereka yang melayan telefon bimbit.
"Maafkan saya. Boleh saya tengok sekejap?" Aemi meminta kebenaran untuk melihat telefon mereka.
"Eh! Puan Kim. Boleh! Silakan." Dengan rela hati, telefon itu diberi.
aemintaehyung.kim
1003 likes
Bercanda candu bersama anak sambil menunggu mama balik..
Mama mana mama?
View all 101 comments
JeongInaiHan. Bila aku nak ada anak ni.. Lama bebenar mengandungnya.
Like Replyjeemen beb! Pandai bukak acc insta skang, ya? Sekejap dah 15K..
Like ReplyKingcoco.fake OMG!! He's so cute!!! Can I marry to your son?
Like Replyaemintaehyung.kim @JeongInaiHan bini kau beranak bila weyh? Dah masuk 8 bulan kan?
Like Replyaemintaehyung.kim @jeemen pandai ahh... Aemi tak tahu do.. Thanks pada follwer saya, wak.
Like Replyaemintaehyung.kim @Kingcoco.fake sorry, my son is sold out.
273 likes ReplyAemi ketawa melihat gambar mereka.
"Nak marah tak boleh." Aemi memulangkan semula telefon kepada tuannya.
Skip--
Dalam kereta Pak Yoo, Aemi membuka aplikasi Instagram dengan menggunakan akaun yang baru dicipta baru tadi.
Saja nak memerhatikan gerak geri mereka di Instagram.
aemintaehyung.kim
11,275 likes
Birthday Mintae makin dekat.. Nak celebrate mana, ea? Nak buat pool party tak? Champange party?
#Aemitakrestu #MampuskenamakidenganAemi #MianhaeSaranghae
View all 2K comments.
monnie23 pool party wajib buat. Invite me, beb.. Jangan lupa hyung kau.
1 Likes Replyjeemen aku syak Aemi baling kuali nanti weyh.. Prepare beb..
Like ReplyKingcoco.fake please! Let me marry you instead..
Like Replyaemintaehyung.kim @monnie23 wajib invite!! Pool party mareeh!!
Like Replyaemintaehyung.kim @jeemen nanti aku prepare.. Hahahaha
Like Replyaemintaehyung.kim @Kingcoco.fake kau dah kenapa kemaruk sangat? Tampar satgi!! Berambus kau!!
6,267 likes ReplyAemi geram sedikit dengan caption Taehyung. Lantas dia mendail no phone Taehyung.
"Mama!!" Sambut Taehyung.
"Nak tanya ni, yang celebrate nanti party awak ke party anak kita? Pool party? Champange party?" Aemi geram.
Pak Yoo sudah ketawa kecil.
"Mmm.. Balik bincang ya, sayang? Jangan balik panas-panas macam ni. Tunggu sejuk sikit, baru balik." Taehyung gelisah.
"Kenapa? Takut saya baling kuali macam Jeemen tu kata?" Aemi senyum sinis.
"Ala!! Awak dah tahu!!"
YOU ARE READING
[complete] save | taehyung
Fanfiction+aku selamatkan dia dengan membenarkan diri aku menjadi peneman hidupnya. +aku mahu selamatkan dia dari dunia gelap dia. (Kim Taehyung Fan Fiction) Status : Complete