" hei Medinna dari mana ni ?" soal Putera kepada adiknya, Medinna
Terhinjut bahu Medinna kerana terkejut dengan teguran abangnya. Jam dikerling, baru 5:30 petang. Biasanya abang masih di Universiti waktu macamni.
Alaa kantoi lagi keluar sampai waktu macamni haih
Tangan Putera dicapai dan dicium. Punggung dilabuhkan bersebelahan abangnya. Abang jelah tempat meraih kasih sayang
Mama ? Papa ? Dah 2 tahun tinggalkan aku akibat kemalangan
" Adik dari rumah kawan, buat study group " senyuman dihadiahkan dan air milo ais Putera disisip sedikit
Hm sedap, sejuk tekak
" Haih adik ni bahaya tahu tak bawa motor tu kehulu kehilir, kenapa tak cakap dekat abang, biar abang hantar je lain kali " keluhan dilepaskan. Geram seih dengan Medinna ni
" Abang, you know me, adik taknak susahkan abang. Cukuplah abang dah jaga adik, sekolahkan adik, bagi adik motor tu " mata Putera ditatap. Suka sangat risau sampai macam ni
" Aip siapa kata adik susahkan abang ? Tak susahlah sayang. Ni kan tanggungjawab abang. Adik tahu kan kesihatan adik macam mana ? Itu yang buang abang risau " rambut aku diusap. Habislah serabai nanti
" Amboi bakal doktor ni haha takde apa lah adik sihat je sekarang ni " memang perangai aku lah sembunyikan kesakitan yang aku alami. Aku tak suka buat orang risau
" mengada betul Puteri Medinna Sumaiyah ni " hidung aku dicuit. Memang ini perangai abang aku. Kalau geram je cuit hidung. Leper nanti hidung aku ni
Sorry abang sebab menipu
Sebenarnya aku bukanlah pergi study group tapi aku pergi taman. Itu tempat kegemaran aku. Kalau aku sakit, aku akan bawa diri ke situ. Aku rasa tenang je tengok ciptaan Allah
" Abang tak masak ke ? Adik lapar " bibir dimuncungkan minta simpati. Abang memang pandai masak. Dulu masa mama dan papa hidup lagi, abang tinggal dekat rumah sewa dengan kawan kawan dia . Kawan dia ambil jurusan chef tu. Panggil jurusan apa eh ? Ouh sorry aku tak ingat
Jadi, sedikit sebanyak abang aku belajar masak dari dia. Kebabow kan lelaki macam abang aku ni. Ciri ciri lelaki idaman korang kan ? Haha aku gurau je
" mestilah masak. Adik pergilah makan sebab abang ada date kejap lagi "
" date ?! Seriously ada ke orang nak dekat abang ni ? " ruang kosong disebelah kanan aku tepuk tepuk sambil gelak terbahak bahak
Abang ni jenisnya tak layan perempuan. Macam mustahil dia pergi date
" what the eee sakitlah " dahi yang baru lepas dijentik aku gosok. Main kasar nampaknya
" Padan muka, abang nak keluar dengan kawan je, pergi main futsal "
Kan aku dah cakap dia tak ada makwe
" nak ikut ! " jeritku bersungguh sungguh. Yelah bosan duduk rumah. Esok cuti bolehlah aku ikut kan ?
" no way sayang " kepala aku diusap lagi
Ni nak nangis ni, asyik kena tinggal je
" abang nak ikut ala bolehlah " lengannya aku goncang
" ramai lelaki lah kat sana, nanti dorang ngorat adik abang ni mcm mana ?"
Ini semua alasan, abang selalu berdusta !
" Its okay kalau abang tak bawa adik, adik suruh abang Daniell jemput " kening diangkat angkat kan. Nasib baik Daniell ada fuh
" yelah yelah pukul 8 siap . Tepat pukul 8 ada dalam kereta. Kalau tak, abang tinggal " takapa mengalah kalini
Apa lagi ? Bersorak lah Medinna. Seronok dapat tengok orang main futsal. Usha kawan abang eh Astagfirullah Medinna ni hish
Seluar skinny jeans dan hoodies elok tersarung di tubuh aku. Kena pakai hoodies lah malam malam, sejuk woo. Rambut aku tocangkan ke tepi belah kiri. Yes, this is my style. Simple but nice kan ? Okay Medinna perasan
Jam jenama Daniel Wellington aku sarung ke tangan kiri. Sempat aku lihat sudah pukul 7:55
Tangga aku turun dengan berhati hati. Paling aku tak sabar, mesti abang belanja makan wah hooray betul lah life macam ni
" wow tepat pukul 8 eh " kata Putera selepas melihat kelibat aku yang bersandar di tepi pintu kereta
Aku semangat malamni haha
" ergh jomlah cepat, nanti lambat pula " arahku sambil membuka pintu
Abang Putera memandu membelah jalan raya yang tetap sibuk walaupun sudah malam. Maklumlah Kl
" hei Medinna pon ada " sapa Abang Daniell setelah melihat aku keluar dari kereta
Memang aku rapat dengan Daniell ni sebab aku anggap dia macam abang aku. Dari aku kecil sampai sekarang muka dia jelah yang selalu datang rumah aku
Aku menayangkan sebaris gigi. Senyuman manis diberi
" Medinna ikut sebab bosan lah duduk rumah, ada abang pon macam apa entah, asyik busy je " kepala ditundukkan. Saja nak mengadu. Nak bermanja
" amboi adik ni mana ada abang macam tu, dia tu selalu dengan motor kesayangan dia tu, pergi mana pon taktahu " balas abang Putera
" dah dah jangan bergaduh, jomlah main sekali. Medinna nak main tak ? Group abang tak cukup seorang " abang Daniell ni macam tahu tahu je aku nak join. Siapalah yang tak datang tu. Torbaik lah aku ada peluang nak tunjuk bakat
Aku pandang kaki aku, fuh nasib baik pakai kasut adidas. Boleh lah aku main. Rasa bangga pula dapat main ni walaupun jarang dapat bola
Jangan pelik okay, aku selalu join abang Daniell dengan abang Putera main futsal walaupun aku tak reti sangat. Abang Putera memang tak bagi tapi tengoklah aku ada backup haha
Loveyou Abang Daniell. Sebagai abang je tak lebih okay
Dengan gembiranya aku anggukan kepala tanda nak sertai kumpulan dia. Muka tak bersalag ditayangkan kepada abang Putera
Hm sorry abang haha
Wo wo wo jap jap, itu siapa lelaki yang pakai boomber jacket tu ? Sombongnya. Kawan abang ke ? Gila sejak bila wujud dia ni. Tak pernah aku nampak
" Putera Daniell jom lah main " laung si lelaki bengis tadi. Terkejut aku dengan suara dia. Makan speaker ke ? Kuat nau
" tu kawan abang ke ?" Bisik aku ditelingan abang Putera sambil berjalan ke arah mereka
Kenapa Medinna cuak pulak lepas tengok muka mamat tu. Garangnya nampak haih
" ya, jomlah cepat tadi nak sangat join " okay abang ni perli aku ke apa ? Nampak sangat ke muka cuak aku ni ? Come on lah Medinna juara okay
Juara tu tipu

YOU ARE READING
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...