32

501 18 0
                                        

Apabila Aufan perasan yang bahu Medinna sudah terhinjut hinjut, barulah Aufan bertindak. Kalau nak tunggu Medinna yang luahkan, memang sampai esok pun tak akan.

" girl " Aufan tarik bahu Medinna, rapat ke dadanya, terasa badan Medinna sedikit bergetar menahan tangis

" Au..fan " Tanpa sedar, Medinna dulu yang memeluk pinggang Aufan, Medinna perlukan kekuatan, tersekat sekat suaranya

" luah dekat aku, aku dengar. Janganlah pendam, aku nak kau nangis dekat sini " Aufan tunjuk dadanya, sekarang pun muka Medinna dah terbenam di situ

" aku rin..du mama pa..pa, aku nak.. diorang , Fan. Aku nak.. jum..pa dorang, nak i..kut mama papa " tersedu sedu Medinna meluahkan isi hatinya

" Sumaiyah, dengar sini. Aku tahu kau rindu mama papa kau, nope, mama papa kita. Tapi, please lah be strong. Kuat untuk semua orang. Kau masih ada abang, ada aku. Kuat lah untuk kami. Aku sayang kau girl, jangan lemah macam ni " Aufan eratkan pelukkan, rambut Medinna diusap

" mama.. " rengek Medinna dalam tangisnya

" girl. Come on lah jangan macam ni. Sebab tu aku tak bagi kau datang sini seorang diri sebab taknak benda ni berlaku lah. Dari awal kau minta kau nak keluar memang aku tahu yang kau akan datang sini "

" kau tak faham Aufan "

" ye memang aku tak faham. Aku tak pernah rasa kehilangan, aku juga tak tahu apa erti sakit kehilangan. Jadi satu je aku nak minta " Aufan berhenti berkata

" minta apa ?" Soal Medinna perlahan, suara pun dah serak sebab menangis

" aku taknak kau pergi dari hidup aku. Aku taknak rasa kehilangan. Aku taknak hilang kau "

Tipulah kalau kata Aufan tak sayang Medinna. Pertama kali nampak di futsal haritu pun dah gugup jantung sampai tak berani tatap mata. Tapi kena kawal macho punya masalah lah Aufan berlagak tenang

Mata Medinna sangat cantik walaupun boleh lihat banyak kesedihan, kepedihan, keperitan dalam anak matanya. Tapi percaya lah, mata Medinna bersinar cantik. Tiada yang kurang dalam diri Medinna

" jangan tinggalkan aku " Medinna tak angkat muka, masih dalam posisi yang sama

" tak ada sebab untuk aku tinggalkan kau lah. Look at me " Aufan pegang bahu Medinna, Medinna pula tatap mata Aufan

" tengok ni mata dah merah, hidung pun merah " Aufan lap air mata Medinna

" jangan menangis okay. Aku ada untuk kau. Doakan yang terbaik untuk mama papa kita, setiap yang hidup pasti merasa mati so dont worry, kita pun akan pergi menghadap Ilahi " Medinna diam lagi, tangan tak lepas daripada tangan Aufan

" smile " Aufan senyum dan Medinna ikut senyum. Senyuman Aufan boleh buat Medinna senyum

"Damn why so cute" Medinna ketawa je dengan kata kata Aufan. Tak sangka Aufan dah pandai pujuk orang sekarang ni

" jom ? " Aufan tarik tangan Medinna lembut bangun dari bangku tu. Tak mahu lah duduk di sini lama lama, buat Medinna sedih sahaja. Cukuplah Medinna dapat lepaskan rindu dengan kenangannya

" balik ke ? " soalan Medinna dibalas dengan gelengan

" berjaya time square " deras Medinna bangun, pandang muka Aufan tapi itulah terpaksa mendongak sedikit. Aufan tinggi !

" macam ni lah Sumaiyah aku, sentiasa nampak happy " Aufan berjalan terus ke kereta, tinggalkan Medinna begitu sahaja. Biasa lah perangai Aufan yang takmahu terus terang tu

" kita nak buat apa je dekat berjaya time square " soal Medinna, memusingkan badan sedikit memerhati Aufan yang masih memandu di kesesakan lalu lintas

" roller coaster " Aufan angkat sebelah kening

" come on Aufan, roller coaster tu mainan aku sejak kecil. Benda senang, tak mencabar lah " berlagak nampaknya Medinna berkata kata

" kita tengok nanti " Aufan senyum je, bukan dia tak tahu perangai Medinna yang mudah riak ni

Ha ha ha

Jangan kata Medinna tak menggigil bila tengok roller coaster depan mata ni. Betul betul menggigil lututnya walaupun ini indoor punya

" jom " Aufan jalan dulu ke depan dengan tiketnya, bersedia untuk naik roller coaster itu

" Fan, kita shopping dulu nak ? " Medinna tarik tangan Aufan, terhenti tangan Aufan yang mahu menghulur tiket kepada penjaga roller coaster itu

" kejap lagi okay, aku dah beli tiket ni , jom " Medinna dengan tidak rela hati naik juga ke tempat duduk kedua roller coaster itu

Roller coaster itu berhenti selepas lebih kurang 10 minit, jeritan manusia sahaja yang kedengaran semasa roller coaster itu bergerak, naik bingit telingan Aufan. Medinna ? Dia diam sahaja seperti terkaku dengan mata tertutup

" seronok gila weh ! " Aufan kemaskan rambutnya yang sudah berserabut itu

" apesal ni diam je ? Rambut pun serabut tak reti bela " Aufan usap rambut Medinna, kemas semula rambut Medinna

" diam ah, jom " Aufan terus ketawa apabila Medinna memarahinya

" lain kali kalau takut, cakap takut. Ini tidak, berlagak juga dia. Kan dah monyok "

" diam ! " mata Medinna mencerlung ke arah Aufan

" sorry sorry. Kita makan nak ? " Aufan mencuba nasib. Biasalah Medinna kan kuat makan, mana tahu hilang rajuknya kalau belanja makan

" k " hanya itu balasan Medinna

Aufan memimpin Medinna terus ke arah restoran yang cantik diberi nama Kenny Rogers

" wah konon romantik eh tarik kerusi untuk aku " Aufan jeling Medinna yang berkata begitu, nak tunjuk gentle pun tak boleh

" order ? " seorang pekerja perempuan datang menghulur menu kepada Aufan dan Medinna

" its okay dia je makan " Medinna hulur semula menu tadi. Aufan angkat kening ke arahnya, tanya kenapa tidak mahu order. Medinna senyum je , itu cukup buat Aufan pasti yang Medinna betul betul tak lapar lagi

" Kenny chicken and pasta meal, kenny chicken and soup meal. Minum pula bagi dia caramel and chocolate ice blend lepastu saya pula bagi
Cappuccino ice blend " Aufan juga buat benda sama, hulurkan menu tadi. Pekerja tadi terus berlalu

" kenapa taknak order ? " Medinna angkat kepala daripada menunduk melihat iphonenya

" tak lapar lagi " Aufan iyakan sahaja

" simpan telefon tu " arah Aufan tegas, nampak dia tidak minat bila Medinna tak layannya

" kejap lah, aku ada hal ni "

" hal apa lagi penting daripada dengar cakap seorang suami ? " Laju sahaja Medinna pandang Aufan

Pandai Aufan guna perkataan ' suami '

" ergh " keluh berat Medinna, masukkan terus iphone ke dalam beg

" cik " teguran pekerja yang menghantar makanan dan minuman itu membuatkan Aufan menyandar ke kerusi, memberi peluang pekerja menyusun makanan di atas meja

" makan, kejap lagi aku teman kau shopping "

" Aufan " Aufan lap mulut dulu sebelum menyisip air cappuccino ice blendnya. Angkat kening ke arah Medinna, memang suka angkat kening

" taknak ni " memandangkan Medinna tak makan sayur yang ada dalam pinggannya, jadi dia mengharapkan Aufan makan sayur itu supaya tidak membazir. Aufan dengan baik hati menarik pinggan Medinna dah menghabiskan sayur itu

" Fann.. " Aufan pandang Medinna lagi

" nak rasa air kau " Aufan senyum dan terus menghulurkan airnya

" wow wow wow so sweet sayang " Medinna dan Aufan terus berpaling ke arah manusia yang menepuk tangan, berdiri di tepi meja mereka

" Kau.. "


                                  •

DONE 2 CHAPT GUYS ! BYE

Cinta TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang