7

561 20 1
                                    

Mata menghadap laptop tetapi kenyataannya fikiran ke lain. Rambut diraup kasar. Nafas dilepas. Tak boleh fokus

Tok tok

" masuk "

Pintu pejabat dikuak, terjenggul wajah PA nya iaitu kak Mila

" Ya ade apa kak ?" Soal Aufan sambil lewa. Harini betul betul tak fokus. Penat. Semalam main futsal sampai pukul 1

" Tuan Aufan ada meeting pukul 3 mengenai pengeluaran terbaharu syarikat kita " kata Kak Mila lembut. Kak mila ni memang lemah lembut

Tapi dah kahwin anak dua okay. Melepas lah korang

" anything else ?" Badan disandar ke kerusi. Mata dipejam

" hmm haa tadi Cik Rissa ada call akak, minta sampaikan pesan dia akan lunch dengan tuan " ye, segala perkara untuk Aufan, Kak Mila yang handle

" akak bagitahu dia saya sibuk " mengeluh

" akak dah cakap tapi Tuan tahu tahu jelah perangai Cik Rissa tu "

Amboi dia kutuk makwe Tuan dia ? Makwe ke ? Bukan Rissa yang syok sendiri ?

" hm its okay, kalau dah takde apa apa, boleh sambung kerja " Kak Mila angguk menerima perintah. Langkah menuju ke pintu

Jari laju menari di atas papan kekunci. Mahu balik awal, tidur, jumpa umi alaa lama tak balik rumah umi

" Hai biy jom lunch " terjah Rissa dengan gaya mengada

" Tuan maaf saya dah halang tapi Cik Rissa degil " mohon Kak Rissa yang nampak gelisah

" its okay "

" ni you datang nak apa ?" Kata Aufan sambil meleraikan tangan yang dipaut Rissa

" nak ajak you lunch hm lapar " muka dibuat comel. Comel ke ?

" I busy " jawab Aufan sepatah

" you ni jom lah, busy busy busy, im so bored with you. Selalu busy, takde masa pon dengan I, I ajak pergi lunch je bukan masuk club pon "

Eh sorry, club tu kau yang masuk, aku tak

" Yang kau ni kenapa ? Aku kata aku busy, busy jelah. Lain kali lah. Get out. Aku busy " fail dihempas. Penat nak melayan dengan kerja banyak

" You ni ... " bibir diketap menahan marah. Aufan masih fokus pada fail fail nye

Pangg !

Pintu pejabat ditutup dengan kuat. Memang buat masalah lah Rissa ni

" kau cabar aku Megat Aufan ZunMikhael , kau cabar aku. Kau akan melutut datang dekat aku. Itu sumpah aku " gumam Rissa dengan senyuman sinis

Gila

Buku dimasuk ke dalam beg sekolah adidas. Selepas selesai, beg disandang ke bahu

" dah siap ? Jom " kaki melangkah mengikut langkah erma, intan dan fatin keluar dari kelas

Jam dikerlih, dah pukul 3:30 ptg baru habis kelas. Kelas tambahan addmath sentiasa ada

" weh ibu aku dah sampai, aku gerak dulu eh " intan bangun dan melambai ke arah Medinna dan Erma

Fatin dah lama balik. Dia selalu jadi orang pertama balik

Medinna ? Dia tumpang erma harini. Abang Daniell yang jemput

Bahu Medinna dicuit oleh Erma. Badang dipusing menghadap Erma. Kening diangkat

" kau betul betul dah sihat ke ni ?" Risau betul erma ni

Cinta TerindahWhere stories live. Discover now