Air kencing syaitan itu hanya dipandang. Takada perasaan nak minum. Tak ada . Rissa disebelah dipandang sekilas. Dia yang buat Aufan jejak balik ke tempat durjana ni
" Kau nak apa Rissa ? Aku penat nak layan benda bodoh macam ni " soalnya malas
Rissa kata ada benda nak cakap sampai call 15 kali. Bila dah datang, dia sibuk dengan wine
" I dengar cerita budak tu tidur rumah you. Peliklah I yang dah lama dengan you pon still tak pernah jumpa mama you tapi budak tu... " jari telunjuk bermain main di bahu Aufan
Dasar mabuk
" kalau ye kenapa ?" Tangan Rissa yang mula naik merayap dileher ditolak keras
" you tolak tangan I aufan ? Berlagak suci lah, I ni jijik sangat ke ? I jadi jijik sebab you " Rissa mula ketawa. Rambut ditarik tarik
" wow because of me ? Kau yang umpan aku lah perempuan. Kau lupa ke kau yang isi ubat tu dalam air aku. Kau yang buat diri kau rosak lah bodoh " tengking Aufan. Sudah lama dia cuba lupakan perkara bodoh ni
" tapi you sedap jugak kan ?" Pipi Aufan pula jadi mangsa usapan
" Damn f*ck " Aufan terus berlalu. Perempuan tak ada maruah macam tu mana boleh layan sangat. Makin layan makin menjadi
' You're mine Aufan ' Sengihan dihantar kepada langkah Aufan yang sudah keluar dari kelab itu
Stereng kereta dihentak sekali. Kereta diberhentikan di tepi jalan. Sejarah hitam yang bermaim diminda cuba dibuang tetapi bagai dihantui, perkara itu masih berlegar
Perkara di mana Aufan diumpan oleh Rissa. Rissa, memang pemusnah hidup Aufan
' aku yakin aku tak buat , aku yakin bukan salah aku. Aku tak sentuh dia. Rilek kau cuba tertidur je masatu. Kau tak buat apa apa ' nafas ditarik dan dihembus. Semoga lebih tenang
Jam kereta dipandang. Sudah pukul 1:03 am. Tak sangka balik lambat macam ni. Dulu je selalu buat perangai macam ni. Aufan dah berubah
Ya, sudah berubah. Bukan lagi kaki kelab. Bukan lagi kaki perempuan.
Deringan telefon iphone mengganggu lena Medinna. Rambut diramas kasar. Dengusan terlepas
Mengacau betul. Tanpa aba aba terus sahaja dijawab
" hmm " gumamnya supaya orang ditalian sana meneruskan kata kata
" remember me ?" Suara lelaki. Mata dipisat lagi sekali. Skrin telefon dipandang. Tak ada nama
" siapa ni ?" Soalan tidak dijawab. Orang disebelah sana masih membisu
" hello siapa ni ?" Ulang Medinna lagi. Rambut sekali lagi diramas. Mata terpejam
" teka " sepatah perkataan yang boleh buat Medinna angin satu badan. What the waktu macam ni dia suruh teka. Lebih baik tidur
" who are you ? What do you want from me at this time. Kau tahu tak kau kacau aku tidur lepastu nak suruh aku teka siapa pula "
" Dina buat buat lupa kan ?" Jeng akhirnya semua terjawab. Tiada orang lain yang panggil dia dengan nama macam tu
Hanya seorang dan itu..
Medinna geleng kepala. Tak mungkin. Pipi ditepuk. Berharap ini mimpi
" Last, who are you ?" Medinna harap jawapannya adalah orang lain dan bukan lelaki tu
" Your Fiyad "
Setitik air mata jatuh. Rindu dengan nama ni. Kenapa dia datang waktu macamni setelah sekian lama hilang
" Apa kau nak ? " suara masih dikawal
Tolonglah jangan lemah Medinna, kau kena kuat
" kenapa marah marah ni sayang ? Tak rindu Fiyad ke ?" Suara Firhad seakan memujuk. Ye salah dia. Dia pergi sambung belajar tak bagitau dulu
" 1 tahun kau pergi Fiyad. Kau tinggalkan aku. Kau tak call, tak sms. Kau ingat aku tunggul ke nak tunggu kau ?" Air mata tak berhenti mengalir.
Perasaan bercampur. Gembira dia hadir semula, sedih kerana dengar suara orang yang paling dia rindu
Dan entahlah. Medinna sendiri tak faham
" Sayang, dont cry. Im sorry. Bukan niat Fiyad nak buat sayang macam ni. Maafkan Fiyad. Im begging you sayang. Maafkan Fiyad "
Tipulah hati perempuan mana tak tersentuh kan ? Perlahan lahan bibir mengukir senyuman
Mengeluh. Taktahu lah nak percaya or what sebab hati dah macam tertutup. Tunggu lama lama lepastu datang minta maaf ? Seriously ? Lelaki jenis apa ni
" sayangg " meleret sahaja bunyinya. Mungkin cuba untuk memujuk lagi
" aku tak perlu maaf dari kau "
Tup tup
Panggilan terus dimatikan oleh Medinna. Entah kali keberapa dia mengeluh. Telefon dimatikan. Takmahu ada gangguan lain. Tidur lagi baik
Setelah berpuas hati dengan pakaian sekolah, rambut dan juga rupa. Medinna mula mengatur langkah ke arah dapur
" Goodmorning adik " kelihatan abang Putera memakai apron meletakkan pinggan dimeja
Alah ni bahagia ni abang Putera masak
" hei morning too. Masak apa ni ?" Punggung diletak elok atas kerusi. Beg sekolah diletak di kerusi kosong
" your fav breakfast, nasi goreng " bersinar mata nampak nasi goreng yang berasap baru diletak dia atas meja
Medinnna lidah melayu tau. Tak adanya nak makan roti bakar ke apa
" kenapa mata Medinna nampak bengkak ni ? Tak sihat ke ? Ke menangis malam tadi ?" Air coklat disisp sedikit. Mata memandang ke Medinna
" yeke ? Mana ?" Mata dipegang, tak ada rasa pun
" ada lah, bengkak sikit "
" tak cukup tidur kot " mungkinlah. Medinna rasa elok je mata dia. Kenapa lah abang ni
" Tak lama dah Medinna nak exam kan ? Dah ready ? "
" inshaAllah abang, ready dah ni. Macam tak sabar " riang je muka Medinna . Lepas exam merdeka memang lah tak sabar
Hidup sebagai student ni bukannya senang. Susah nak ada masa lapang. Penat dengan extra class. Tapi prinsip Medinna ' susah dulu senang kemudian '
" bagus adik abang ni. Cepatlah makan tu. Nanti lambat pula pergi sekolah " Medinna angguk
" erma " macam biasa, intan dan fatin pergi beli makanan dan mereka berdua jaga meja
" ye ?" Jawab erma, kening diangkat
" kau nak tahu tak ?" Saje pancing nak bagi lambat sikit
" tahu apa ?"
Medinna berdehem. Nak cakap ke taknak ? Nak ke tak ?
Cakap jelah
" Firhad call " kepala ditundukkan. Get ready dengar bebelan erma
" Firhad ? Lelaki bodoh tu ? Jangan cakap dia datang cari kau balik. Dia tabur ayat manis lepastu tinggal macamtu je come on weh kau bukannya takada hati, kau bukan tunggul yang tunggu dia, harapkan dia balik semula. Dia pergi tak cakap pun tiba tiba muncul. Aku tak faham lah dengan dia tu. Kalau dia pakwe aku dah lama aku lempang. Tinggalkan orang tergantung macam ni " erma mengeluh. Kesal dengan sikap Firhad buat kawan dia macamni
Dan seterusnya malas Medinna nak ambil pusing. Boleh berlubang telinga
" hei hei kenapa ni erma ? Sampai sana dengar suara kau tahu tak ?" Sapa fatin yang membawa dua pinggan laksa. Intan pula tersenggih sahaja. Intan memang pendiam sikit
" rilek " kata intan pula
" korang tanya Medinna sendiri " erma sudah mula makan. Mana boleh biar laksa depan mata wehh
" firhad datang semula " balas Medinna
" WHAT ?! "
YOU ARE READING
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...