" aku minta maaf Aufan "
Nampak Aufan cuma tersenyum. Tak sangka terlibat dalam kisah cinta orang yang dia suka. Kau memang cari fasal lah Aufan
" weh pehal duh lama gila korang pergi kedai " sapa Abang Daniell setelah melihat kelibat mereka tiba, nampak gayanya game pun dah habis, fuh boleh tahan lama buat drama
" lama lama lama " sampuk fatin dan akhirnya bahu Fatin dipukul Erma. Suka menyibuk Fatin ni
" mana air ? Kedekut betul beli sana, habiskan dekat sana ke ? Tak belanja kitorang ?" Daniell bersuara lagi, pelik juga tak ada pegang plastik pun
" haah mana airnya ?" Haziq seperti biasa suka mengikis harta orang. Okay tak, dia malas nak pergi beli sebabtu sedap je duduk lepak tunggu orang bagi percuma
" Daniell, aku hantar Sumaiyah balik " terus sahaja Aufan berkata, malas mahu menjawab soalan rakan rakannya
" mana boleh, aku bawa aku lah hantar. Tanggungjawab aku dah. Kenapa tiba tiba nak hantar dia ? Aku boleh je hantar, dekat je rumah kitorang "
" Abang Daniell, takpe Medinna balik dengan dia je " takpelah, naik je dengan Aufan, lagipun nak minta maaf fasal tadi
" wait wait , Abang Aufan pusing pandang belah sana kejap " celah Erma tiba tiba. Aufan cuma menurut, taktahu apa yang cuba erma sampaikan
" pipi kau "
" lebam siak kenapa tu "
" kau bergaduh ke Fan "
" Aku takfaham apa yang jadi "
Dengar sahaja soalan yang begitu, baru Aufan perasan erma suruh pusing sebab nak tengok pipi dia. Kantoi
" jom Medinna, aku balik dulu " Medinna ikut sahaja bila tangan sudah ditarik, nak tercabut jaket Aufan yang elok tersarung dibadannya dek kerana Aufan yang tarik lengan tu. Dengar lagi suara mereka menanya tetapi diendahkan sahaja sehingga tiba di kereta
" masuk " Selepas dua dua sudah masuk ke dalam kereta, seatbelt pun dah pakai, kereta meluncur di jalan raya
" Aufan " Aufan angkat kening, Medinna mula diam, jari diramas ramas. Takut
" aku..haa aku..ak.. " tak sempat nak sambung, Aufan terlebih dahulu memintas
" aku apa ? Sejak bila girl aku gagap ni " dup ini lagi buat Medinna gagap. Girl ? Girl aku ? Girl Megat Aufan ?
" minta maaf " Medinna ni memang senang kan minta maaf ? Alahai cute je dia buat muka monyok macamtu. Macam salah dia tu bunuh orang je. Aufan gelak
" jangan gelak, aku minta maaf "
" tak perlu ulang "
" minta maaf " ulang Medinna lagi sekali. Tak puas hati lah tu orang tak maafkan
" kau tu asal buat muka macam tu ? Ingat aku termakan ke dengan muka macam tu lepastu minta maaf ? Sorry tak peduli " tahan ketawa
" Aku memang tak suruh kau masuk campur tadi, sepatutnya kau bla je tinggalkan aku dengan dia "
' mana boleh tinggal kau sorang sorang bengong, kalau boleh nak ada depan mata 24 jam ' kata Aufan dalam hati, kalau ucap betul betul, mahu ke gaung kereta ni
" kau lah sibuk nak masuk campur, aku boleh handle lah setakat Firhad tu. Kan kau dah dapat penyakit. Masalah sekarang ni, aku pula yang kena minta maaf. Kalau tak minta maaf, nanti Abang Putera marah, katanya tak baik buat salah lepastu tak minta maaf padahal itu bukan salah aku pun hmm tapi tak apa aku nak minta maaf juga. Minta maaf okay ?" Laju je Medinna berkata. Aufan buat muka pelik. Medinna ni nak salah kan Aufan tapi minta maaf pula. Memang terhibur dengan perangai kalut Medinna ni
" okay " sepatah sahaja dikeluarkan dari mulut Aufan
" okay je ? Aku penat tau minta maaf, dahlah tengah takut lepastu your answer just 'okay'. Entah apa apa susah sangat nak bercakap, suara macam katak, bukan ada emas pun dalam mulut kau " membebel je tahu Medinna ni, buat macam kereta dia tau nak bising macamni
" dah dah, tidurlah. Bising je " Medinna mencebik. Dia suruh tidur pula
" kalau aku tidur nanti kau bawa pergi tempat lain " jauhnya budak ni fikir, nk bawa pergi mana ? Semua kawan mereka tahu yang Medinna dengan Aufan. Kalau hilang, petik sahaja nama Aufan dekat balai polis tu, senang je dapat
" taknak tidur , diam "
" okay " Medinna buat cara menzip mulut tanda dia tak akan bercakap. Sandar di kerusi, pandang kiri pandang kanan. Tangan sesuka hati menutup radio. Kalau dia nak suasana sunyi ni maknanya dia mahu tidur
Selang beberapa minit selepas dia tutup radio, Medinna mula terlena. Medinna senang tidur kalau sunyi, kalau bising pum susah mahu terjaga cuma mula mula nak tidur tu wajib suasana sunyi
Lampu isyarat mula bertukar merah. Berhenti Aufan dia hadapan sekali. Pandang muka Medinna. Lama
" aku kagum dengan ketabahan kau Sumaiyah " anak yatim piatu, abang duduk jauh, ada masalah lain tapi masih boleh senyum, gelak ketawa, happy happy. Aufan pun tak macam ni
" aku rasa aku dah banyak kali cakap benda ni tapi bila aku berdepan dengan kau, wajah kau, senyuman kau memang semangat untuk aku hadap segalanya. Terima kasih mygirl " pedal minyak ditekan perlahan. Kereta kembali membelah kesunyian jalan raya memandangkan lampu isyarat sudah bertukar hijau. Medinna masih lagi tidur, senang lena
Tersengih Aufan bila tangan yang menepuk bahu Medinna untuk mengejutkannya ditepis perlahan. Orang nak kejut boleh dia tepis
" bangun bangun, dah sampai " topi yang menutup muka Medinna dibuka
" Jangan kacau adik " rengeknya
" Adik apa adik ? Bangun, dah sampai ni " terjerit Medinna bila sehelai rambutnya sudah ditarik. Segar terus mata
" pergi masuk " Medinna buka kasar pintu kereta, macam halau je Aufan ni hish
Sedang elok Aufan mahu menghidupkan enjin kereta semula, telefonnya berdering. Nama Rissa terpapar di skrin. Malas mahu mengangkat panggilan itu tetapi nanti bising pula minah ni
" kau nak apa ?" Terjah Aufan setelah panggilan bersambung
" I tahu apa you buat Aufan, you jangan nak lari dari tanggungjawab you "
" tanggungjawab apa yang kau merepek ni ? " sambil lewa mangaju soalan begitu
" you dah sedap buat you tanya I pula, kalau I mengandung anak you macam mana ? I nak jawab apa dekat family I ?" Aufan senyum sinis, dah agak benda ini yang mahu dikatakan
" apa lah kau melawak ni ? Mengandung apa ? Aku tak buat apa apa pun , kau jangan nak bodohkan aku. Aku tak sebodoh yang kau fikir. Kau dengar sini eh, kau ugut lah macam mana sekalipun, kau sebar lah gambar apa pun tapi kau kena ingat, kalau kau sebabr gambar tu, kau lun akan malu eh bukan kau tapi mak bapak kau. Sebab apa ? Sebab anak perempuan Dato Khalid pelacur " perkataan pelacur itu ditekankan. Biar sedar diri sikit perempuan macam ni
" eh I tak cakap I nak buat semua tu tapi.." Ayat diabiarkan tergantung. Aufan masih menunggu Rissa menyambung
" I nak ingatkan you satu benda "
" benda apa lagi perempuan ?! cukup cukuplah nak ugut aku, penat main permainan bodoh macam ni "
" I nak ingatkan you yang I kenal budak 17 tahun tu ouh I boleh katakan I kenal dengan perempuan kesayangan you tu. You kenal I macam mana so, hati hati ye sayang "
" pergi mampus dengan kau punya mainan tu, jangan ingat aku mudah diperbodohkan Aura Merissa Dato Khalid and one more thing that you must remember till you die is kau tak akan mampu nak sakitkan my girl sebab aku sendiri yang akan pastikan kau tak akan dapat sentuh dia walau seinci "
" You cabar I Megat Aufan, you memang.. "
Belum sempat Rissa menghabiskan ayatnya,panggilan terus dimatikan. Aufan mengetuk kuat stereng keretanya. Kusut

YOU ARE READING
Cinta Terindah
Ficción General" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...