Medinna terjaga setelah terasa bahunya ditolak kasar. Terbuntang juga matanya bila melihat wanita itu dihadapannya
" what are you doing here ?" Soal wanita tadi setelah Medinna bangun dari sofa
" Cik Rissa nak apa ni ?" Medinna sudah berdiri menghadap Rissa yang lebih tinggi sedikit
" Aufan mana ? Macam mana kau boleh ada dekat sini ?" Suara Rissa seperti perempuan kena histeria, menjerit tak tentu fasal
" Awak ni kenapa jerit jerit ? Aufan meeting " Medinna malas mahu melayan
" aku tak faham lah dengan kau ni. Kau memang tak reti berambus dari life Aufan ke ? Aku dah warning kau tetap tak dengar " Rissa menolak bahu Medinna sehingga membuat Medina ke belakang beberapa langkah
" Cik Rissa, tak elok rasanya nak bergaduh dekat sini. Bukan hal awak lah nak tentukan saya duduk dalam life siapa. Saya bukan nak kurang ajar tapi please lah jangan cari masalah. Sabar saya ada had juga " Berdesing telinga Rissa bila Medinna berani meninggikan suara
" Wow wow wow berani eh kau. Kau memang tak serik ke ? Kau memang nak tunggu aku bertindak lebih kasar ke ? Haa ? " bahu Medinna ditolak lagi
" Kau dengar sini budak, Aufan ZunMikhael akan jadi hak aku walau apa pun yang berlaku. Kalau kau taknak nyawa kau terancam atau tamat dekat tangan aku, kau berambus sebelum aku yang buat kau ' berambus ' dari dunia ni " pipi Medinna dicengkam
" Nyawa saya bukan dalam tangan awak. Kematian ditangan Allah. Kenapa saya kena ikut cakap awak ? Derita ? Awak nak buat saya derita ? Saya dah pernah alami semua tu Rissa " Medinna mengerang kesakitan apabila cengkama Rissa di rahang bertambah kuat, berkerut muka Medinna
" jangan cakap besar eh perempuan, kau taktahu apa yang boleh aku buat. Setakat nak buat Aufan tinggalkan kau tu memang aku petik jari jelah " Rissa cengkam leher Medinna
" kau tengok gambar ni.. Dia dah sedap dengan aku lah bodoh. Kau tu taraf perempuan simpanan dia je " gambar dari telefon bimbit dihala tepat ke wajah Medinna
" takk.. Aufan bukan macamtuu " walaupun sekeping hati si Medinna sudah hancur tapi tetap membela suaminya itu
" sudah lah bodoh. Berambus je lah dari hidup dia "
" a..ku tak..kan tinggalkan.. Aufan.. " tersekat sekat suara Medinna bila dia sudah tidak boleh bernafas
" Ya .. All..ah " Medinna sudah letih nak berlawan, apalah sangat kudratnya apabila sudah dicekik. Tak mampu nak melawan
" sial. Kau cabar aku. Kau memang patut mati lah perem.. " cengkaman tadi terlepas apabila suara seseorang menengking Rissa
" siapa bagi kau sentuh dia ? Siapa bagi kau sentuh isteri aku ? Siapa bagi kau sentuh dia ?! " Medinna sudah melorot terduduk di lantai. Bersandar lemah kerana dicekik Rissa tadi
" jawab Rissa ! Siapa bagi kau sentuh isteri aku ?!! " Rissa terdiam. Selama ni semarah marah Aufan, tak pernah lihat wajahnya begini. Wajah penuh dengan kemarahan
" I..I tak sengaja. Dia yang mulakan. Dia tuduh I macam macam , ka..lau tak percaya you tanya budak tu " Rissa cuba berdalih, Medinna diam tetap tak bersuara
" Keluar " kata Aufan sepatah
" Bukan.. I yang sa..lah " Rissa cuba menipu lagi
" keluar !!! " seperti lipas kudung Rissa keluar dari bilik Aufan
Aufan juga keluar, menuju terus ke meja Kak Mila
" Kenapa benarkan perempuan tu masuk ? Siapa bagi kebenaran ?! Saya dah kata jangan benarkan dia masuk " terus Aufan menyoal Kak Mila. Pekerja yang lain tunduk membuat kerja. Bila Tuan mereka marah, tiada siapa berani bersuara
" Kak Mila tak perasan Tuan.. Tadi Kak Mila buat air. Sumpah akak tak perasan. Akak minta maaf tuan " terketar ketar kak Mila, pandang wajah Aufan pun tidak
" Tolong lah buat kerja elok elok sikit. Saya cuma beri arahan jangan bagi dia masuk dalam ofis ni. Korang dengar eh, kalau perempuan tadi datang, jangan bagi dia masuk ! " Aufan ramas rambutnya. Mata menikam setiap mata pekerjanya
" Aufan.. " Aufan memandang ke arah pintu, kelihatan Medinna sedang memandangnya
" jangan marah diorang. Aku okay " tak sampai hati Medinna lihat pekerja pejabat ini dimarahi hanya kerana Aufan marah dekat Rissa
" macam mana aku tak marah ?! Dioang ni tak buat kerja ! Tak dengar arahan aku " terhinjut bahu mereka yang ada di situ
" hei mana Aufan aku ni ? Aufan aku orangnya penyabar, beriman bukan yang marah marah macam ni " Medinna senyum, kalau Aufan api, Medinna tak boleh jadi api. Salah seorang mesti kena jadi air
" Maaf ye, sambung kerja semula " lembut Medinna arah pekerja Aufan, ramai juga yang memuji muji perangai Medinna, tak sangka Medinna begitu. Kak mila sempat berbisik mengucapkan terima kasih kepada Medinna
Aufan terus duduk di kerusi kerjanya, kepala disandar ke belakang. Wajah diraup beberapa kali. Dada pula tak berhenti berombak, tak hilang lagi marahnya. Medinna masuk dan terus menutup pintu
" Aufan.. " Medinna duduk di depan Aufan. Aufan tak menjawab malahan terus mengeluh
" eleh cakap dekat aku jangan cepat marah tapi dia tu baru datang masalah sikit dah mengeluh sepuluh kali " ketawa kecil Medinna, cuba bergurau
" not this time Sumaiyah " Aufan memberi amaran supaya jangan bergurau
" fine " Medinna bangun ingin keluar, tak tahu hendak kemana, mesti mahu pergi jumpa Kak Mila, baru sehari kenal Kak Mila dah boleh jadi rapat
" girl, duduk. Siapa bagi kau keluar ?" Medinna pun duduk jelah. Malas mahu melawan dengan keadaan mood Aufan yang tidak baik ni
" Im sorry " Kata Aufan
" taknak sorry. Dengar macam tak ikhlas je. Aku nak ' maaf ' . Jangan guna ' sorry ' dengan aku " Medinna peluk tubuh. Merenung mata Aufan
" Aku Megat Aufan ZunMikhael ingin meminta maaf kepada Puteri Medinna Sumaiyah " Medinna angkat bahu
" aku tak patut tinggal kau sorang sorang tadi. Aku pergi jumpa abi lepastu masuk je nampak dia buat macamtu.. "
" Then ?" Berlagak Medinna menyoal
" kau sakit tak ? Aku minta maaf tau " seperti orang yang sangat bersalah, lagi sekali Aufan memohon maaf
" sakit lah. Kau ingat tak sakit ke kena cekik ? Family aku pun tak pernah buat aku sakit macam ni. Benci lah dengan makwe kau tu.. " Medinna mula membebel, muka sudah cemberut memegang leher yang berbekas merah. Walaupun ' sakit ' itu lebih dituju kepada hatinya, hati yang sudah hancur apabila gambar tadi dilihat
Hancur, berkecai , retak untuk kali kedua. Kerana cinta, Medinna sakit. Tapi bukan masanya untuk tanya Aufan mengenai perkara tadi
" makwe apa ? Kau lah makwe aku. Meh sini aku tengok leher tu. Lain kali kalau dia buat macam tu, kau sepak lah dia, itu pun nak kena ajar " tersengih Medinna mendengar Aufan kaga ' kau lah makwe aku ' , comel je Aufan cakap tapi buat muka tak bersalah
" tak payah sentuh " Medinna pukul lengan Aufan, Aufan buat taktahu je. Teruskan juga misi meneliti leher Medinna tu. Ada lah sikit kesan merah merah
" kesian isteri aku ni " Aufan usap kepala Medinna. Biarlah, mungkin ini masa untuk dia tunjuk kasih sayangnya
" nah ubat " terkaku Medinna bila Aufan rehatkan bibirnya 3 saat di leher Medinna
" eee ambil kesempatan. Kurang ajar eh kau ni " Ketawa lagi Aufan bila tengok Medinna gelabah pergi ke sofa semula, Medinna terus meniarap sorokkan mukanya
" malu pula dia, aku bagi ubat je. Kenapa ? Sakit lagi ke ? Aku bagi ubat lagi ye ?" Aufan acah acah mahu bangun dari kerusi
" jangan datang sini Aufan " jerit Medinna
" malu tapi mahu. Mengada " usik Aufan lagi
" Diammmm " Pecah lah ketawa Aufan
' pemalu rupanya, so cute ' desis hati Aufan
•
Untuk Ramadhan kita bagi extra bab ! Hehe selamat berpuasa :)
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Ficción General" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
