15

507 17 5
                                        

" macam mana life tanpa abang ?" Nasi disuap ke mulut, hari berganti hari, tinggal satu paper lagi untuk habis exam

" sunyi " sepatah kata untuk soalan intan tadi, tiap malam abang Putera call, ada masa video call. Hampir sebulan juga tinggal seorang diri tapi kelebihan dia, pandai berdikari

" kau asal sejak abang takada tak pernah jejak futsal dah ?" Tanya erma pula

Weh orang nak makan bukan nak disoal siasat macam ni . Mengeluh lagi

" tak ada orang bawa "

Terangkat bahu apabila meja diketuk. Kurang asam punya fatin, apa masalah dia ? Memang dilahirkan macam ni ke ? Suka buat orang terkejut

" kenapa kau ni haduh " rambut dibetulkan, getah pun hampir lucut. Maklumlah rambut licin sangat ha gitu

" kau fikir apa aku fikir erma ?" Muka excitednya dihala ke erma. Erma pula tersenyum seakan tahu yang dimaksudkan

" kita bawa Medinna malam ni nak ? Kau jemput please, suruh abang Daniell ambil dia. Kesian Medinna duduk seorang diri mesti bosan " kepala Medinna diusap fatin

" Fatin, jangan main rambut aku lah " memang pantang dia, susah tahu nak ikat rambut lawa lawa macam ni

" aku angkat tangan dulu, aku tak pernah ambil tahu fasal futsal korang ni " celah intan. Intan memang tak pernah turun berfutsal, datang tengok pun tak pernah. Katanya mama dan papa tak bagi keluar. Ketawa sahaha dengan kata kata intan. Baik budak ni

" gila tak boleh, confirm abang Daniell nak jemput adik angkat kesayangan dia ni " lagi sekali rambut Medinna diusik. Tahu itu kelemahannya, ada yang mengamuk kejap lagi. Abang Putera je boleh pegang kepala dia

" Erma, jangan cari masalah eh " mata dijenggilkan

" sorry " sengih lagi

" guys, jom masuk dewan. Peperangan belum tamat lagi, takyah nak seronok sangat " sampuk intan. Tak mahu tengok Medinna mengamuk lah tu

" jom " jerit semangat mereka bertiga. Nasib baik Intan ingatkan, kalau tidak lupa nak masuk dewan

Keluar dewan sahaja ucap alhamdulillah kerana peperiksaan telah tamat. Pandang sekeliling, argh ini mungkin kali terakhir jejak kaki di sini

Ouh bukan, ambil result nanti mungkin kali terakhir

" lega duh lepasni bolehlah enjoy sementara nak tunggu panggilan kolej ataupun universiti kan ?" Kata fatin

Tangan dilambai ke arah classmate yang mula melangkah ke luar pagar sekolah

Bye geng

" aku rasa nak cari kerja part time lah " hm ya, rasanya nak kerja part time. Bosan juga duduk rumah seorang diri. Kalau kerja dapat juga tambah duit. Sampai bila nak harap duit peninggalan mama dan papa. Abang pun akan sara keluarga sendiri nanti

" kerja dekat hotel makcik aku nak ?" Pelawa intan. Intan ni ada je bila orang perlukan sesuatu. Macam haritu waktu paper addmath, siap bawa dua kalkulator. Katanya spare untuk orang yang tak bawa. Nasiblah ada rezeki Fariz sebab dia tak bawa

" hoi korang taknak balik ke ?" Jerit geng lelaki kelas mereka yang sudah berjalan ke tempat letak motosikal

" nak balik lah ni. Kau fikir kitorang nak bermalam dekat sini ke ?" Jawab fatin. Aduh fatin ni lah peramah betul

Dengar je geng lelaki tadi ketawa. Dah masak dengan perangai fatin yang suka menjawab lebih lebih ni

" aku rasa aku setuju kot. Korang macam mana ? Kau nak tak erma ? Fatin ? Jomlah baru best kerja satu tempat " Medinna memang takboleh berpisah ke dengan mereka ni ?

Cinta TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang