12

493 13 1
                                    

" mama .." Rengek Medinna buat kali kedua

" sumaiyah, mama kau tak ada " lembut suara Aufan seakan memujuk

" nak mama .." Mata masih dipejam. Air mata mula mengalir

Aufan garu kepala yang tidak gatal. Apa nak cakap ni ? Memang jenis meracau waktu tidur agaknya

" Girl.. " pipi Medinna ditepuk. Berharap agar Medinna sedar dari lenanya, kesian tengok dia menangis dalam tidur

Tiada tindak balas yang berbeza selain air mata Medinna mengalir di pipi. Rambut Medinna diusap, ala budak ni

Perlahan lahan kelopak mata Medinna terbuka. Merah matanya baru lepas bangun tidur dan juga tengah menangis

" mana abang ?" Soal Medinna masih baring, muka sentiasa berkerut menahan sakit mungkin

" kerja " sepatah dibalas

" nak abang " boleh abang tinggal dia waktu macam ni ? Dekat rumah orang lain ? Sanggup ? Haih

Its okay Medinna, calm down. Abang praktikal and dia bakal dapat kerja yang bagus nanti. Semua ni untuk kau juga

Aufan mengeluh. Tidak tahu apa puncanya

" why ? Mengeluh ? Penat ? Kenapa kau dekat sini ? Aku boleh jaga diri aku sendiri "

" bukan Medinna, aku lega kau dah bangun " ya, dia mengeluh kerana ini

" takpayah putar belit, lelaki yang aku kenal semua macam kau. Abang dengan papa je yang sempurna dekat mata aku. Pleaselah, aku tak suka kau dekat dengan aku, aku taknak. Tak payah nak ambil peduli tentang aku. I know this is your house but its okay, I dont need your help. Jangan kacau aku " ini lah Medinna, mood waktu demam sentiasa berubah ubah. Selimut ditarik sehingga tutup paras hidung, tinggal mata sahaja. Baring membelakangi Aufan

" jangan sama kan aku dengan lelaki lain Puteri Medinna Sumaiyah ! " Pintu dihempas kuat

Pantang. Untuk orang yang ingin berubah, perkataan ' lelaki semua sama ' boleh menurunkan semangat. Jangan sesekali cakap perkataan itu di depan lelaki bernama ' Megat Aufan Zunmikhael '

Medinna terkaku. Terkejut dengan hempasan pintu tadi. Mahu terkeluar jantung dibuatnya

Aufan disebalik pintu sudah mengucap. Terlalu ikutkan perasaan. Rambut yang terjuntai menyentuh kening diraup ke belakang. Tapi memang tak boleh kawal perasaan kalau ayat itu diperkatakan kepadanya.

Jam ditelevisyen dikerlih, dah pukul 1 petang tapi Medinna tak turun dari bilik lagi, makan pun belum

" Kak Ajah, bubur dah siap ?"

Kak Ajah tersenyum dah mengangguk. Baik baik belaka majikan dia , tak kira anak, mak, ayah, sepupu semua baik. Kadang kadang bagi duit gaji pon lebih. Alhamdulillah

Berhenti didepan pintu bilik Medinna. Nafas ditarik, dihembus. Ayat Medinna masih berlegar dikepalanya

Rilek Aufan, ini bukan masa nak bergaduh. Dia sakit. Ingat tu. Tangan sebelah kiri menatang dulang yang berisi bubur, sebelah kanan memulas tombol

Kepala dimasuk sedikit, nampak gayanya tubuh Medinna kaku lagi diatas katil

Baru selangkah kaki masuk ke bilik itu, suara Medinna menyapa gegendang telinga

" jangan masuk Aufan " badan masih membelakangi Aufan, macam mana dia tahu ini Aufan ? Minyak wangi Aufan dah tersebar diruang biliknya

Aufan mengeluh

" this is my house " satu satu perkataan disebut

Mood berlagak on

" I dont care " cara Aufan diajuk Medinna. Medinna dah duduk menyandar dikepala katil

" makan " dulang diisi betul betul atas riba Medinna. Air awal awal dah letak atas meja lampu tidur. Kalau letak atas dulang, tiba tiba Medinna mengamuk, habis basah dibuatnya

" dont want "

" dont make me repeat what I said. Aku tak suka nak ulang banyak kali "

" tak ada orang suruh ulang pun " muka menyampah diberi

" makan " Medinna masih berdegil tak mahu usik makanan

" aku cakap makan bukan berkeras macam ni. Aku penat nak ulang benda sama lah Sumaiyah " mangkuk diambil

" Kau tu sibuk san.." Tak sempat habiskan ayat, nasi bubur dah penuh dalam mulut

Bibir disapu kasar, comot tau Aufan sumbat macam bagi gorilla makan

" kenapa tengok aku macam tu ? Tak puas hati ? " soal Aufan

" apa ? Memang.. " sekali lagi tak boleh nak habiskan ayat. Aufan ni menyakitkan hati !

" sabar lah tak telan lagi dah sumbat " kata Medinna dengan muka geramnya

" cara berhentikan kau membebel "

Aufan dijeling, mangkuk bubur dirampas. Orang reti lah makan sendiri

" good " sepatah perkataan yang membuatkan Medinna berhenti mengunyah. Ey come on ini kan Medinna. Pernah ke Medinna tak good ? Always good okay

Riak

" abang kau jemput pukul 5:45 petang " Aufan masih duduk di katil Medinna. Suka hati je duduk bilik orang

" so ?" Geram juga tengok muka berlagak Medinna ni. Nasib baik sayang

Ha ? Apa aku cakap ? Sayang ?

Mungkin sikit

" kau akan rindu aku nanti " selamber Aufan berkata antara dengar dan tak dengar je Medinna

" pardon ?" Air diteguk

Aufan tak membalas tapi lantas bangun dan membawa sekali dulang, mangkuk dan gelas ke luar bilik.

Sambil Aufan duduk menonton televisyen, kelibat Medinna turun dari tangga lagi mencuri perhatiannya

Dia nampak cool dengan rambut diikat ala bun tetapi dikeluarkan belah tepi. Just nice

" apehal tukar channel ?" Muka tak bersalah Medinna ditatap. Berani betul buat kepala dia dekat rumah Aufan. Nasib baik umi tak balik lagi

Medinna diam

' terasa lagi agaknya ' getus hati Aufan. Salah dia pergi hempas pintu tu buat apa. Perempuan tak suka kan macamtu ?

Bantal petak diambil. Masa untuk kacau Medinna

Buk !

" damn man " separuh jerit Medinna bersuara. Sakit bantal tepat mendarat dekat muka dia

" apa damn damn ? Rendam kepala dalam swimming pool karang " balas Aufan

Medinna mendengus geram. Sabar Medinna

" Aku taktahu lah apa masalah kau ni Aufan " keluhan dilepas lagi. Banyak dah rasanya Aufan cari fasal

" masalahnya kau jangan muncul depan aku " gulp rasa nak menangis sekarang juga

" apa salah aku ? Aku takde buat salah pon " dada berombak menahan marah. Keliru dengan kenyataan Aufan

Betul betul tak faham dengan Aufan ni. Sekejap mengusik, sekejap senyum lepastu marah

Pening

" its okay aku boleh balik sekarang juga. Terima kasih bagi aku tidur sini kirim salam dekat umi dan abi .. " kata kata dipintas

" my umi and abi not yours " dan lagi sekali bagai disiat siat. Baru nak merasa kasih sayang umi dan abi

Medinna senyum. Senyum tu untuk tutup kesedihan. Kalini memang terasa sangat. Langkah terus diatur naik ke bilik. Nak ambil apa yang patut dan balik

Aufan meraup kasar rambutnya.

' im so sorry Sumaiyah, aku tak boleh suka kau. Aku tak layak '

Ya, memang tak layak. Tak layak untuk perempuan macam Medinna. Tolong sedar Aufan. Kau tak layak

Senyuman pahit diukir. ' kau tak layak ' bermain di fikiran

Sememangnya tak layak. Kau cuma lelaki yang dah hancur dengan kisah silam kau. Siapa kau nak dapat perempuan sebaik dia ?

Cinta TerindahWhere stories live. Discover now