Aufan gelisah. Medinna tidak turun dari tadi. Mungkin pergaduhan tadi memberi kesan kepada hati Medinna
Ya, sangat memberi kesan kepada hati seorang perempuan
Aufan mengira, tepat seminit dia nekad akan naik ke bilik Medinna. Biarlah Medinna nak halau ke, nak marah ke apa benda sekalipun yang penting kesihatan Medinna. Medinna patut makan ubat sekarang ni
55..
56..
57..
58..
59..
" ya aku patut naik "
Tepat seminit yang dikira Aufan, terus dia bangun dari sofa. Tak lupa membaca bismillah sebelum mengetuk pintu bilik Medinna
Sekali panggil tidak disahut
" Sumaiyah " ketuk pintu lagi tapi tidak disahut buat kali kedua
Gusar. Hati Aufan gusar. Medinna ini bukan boleh percaya, mana tahu dia lari ke apa ikut tingkap macam mana ?
" girl, buka pintu ni " diam lagi. Jam tangan dikerlih, sudah pukul 7 petang ni. Bergaduh tadi tengahari. Pengsan ke ? Dah berapa jam Medinna tak turun makan
" aku masuk ni " kepala dimasuk ke dalam sedikit, mencari kelibat Medinna
Apabila Aufan perasan yang tiada kelibat Medinna di atas katil, terus sahaja Aufan masuk mencari Medinna di serata ruang. Terlintas dikepala untuk menolak pintu bilik air
" Sumaiyah " terkejut juga bila melihat Medinna sudah pucat di dalam tab mandi. Ketar lutut Aufan, takut kalau ada apa apa terjadi. Antibody Medinna bukan kuat sangat, senang sakit !
" Girl, bangun. Kenapa tidur dalam ni " Aufan sedaya upaya mengangkat Medinna keluar dari tab mandi itu
" Aufan.. " perlahan sahaja suara Medinna, seperti sudah tidak berdaya lagi
Aufan dudukkan Medinna di atas mangkuk tandas duduk yang tertutup, Jelas Medinna nampak lemah
" sit here, aku cari baju kau " Medinna tak membantah, tak juga dia mengiyakan. Diam sahaja
Aufan datang semula bersama baju tidur Medinna, gelabah lah juga nak cari baju tadi. Nasib baik kemas je almari baju Medinna
" aku pakaikan ye " Belum sempat Aufan memakaikan Medinna baju, Medinna menepis lembut
" its okay. I can do it "
" no, you cant "
Akhirnya, baju Medinna siap disalinkan Aufan. Berkeras juga Medinna mahu membantah dengan tangan tadi tapi apa lah daya dia, nak bercakap pun tak larat ini kan pula nak menolak tangan Aufan
" aku boleh jalan " Medinna tak bagi Aufan mendukungnya, Aufan diamkan sahaja. Risau keadaan Medinna begini
Aufan tarik selimut hingga menutup dada Medinna
" kenapa kau buat aku macam ni Aufan ? Aku tak daya nak pendam . Aku sakit Aufan. Aku harap kau yang boleh bahagiakan aku, aku tak percayakan cinta setelah aku dilukai tapi kenapa kau lukakan hati aku untuk kali kedua " Aufan tak jadi bergerak ke pintu, niat hati untuk keluar terbantut setelah Medinna bersuara
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Ficción General" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
