Kerusi ditarik sedia untuk melabuhkan punggung. Badan disandarkan ke belakang, sakit pinggang kerana perjalanan yang jauh
" berapa lama kau dekat sini ?" Tanya Putera kepada Aufan yang baru tiba di Melaka
" kau macam nak suruh aku berambus je " bagai berjauh hati bicara Aufan
" takdelah, aku tanya je sebab lagi seminggu aku nak balik KL, kalau kau duduk sini lama, aku nak tinggalkan kunci rumah " hirup sedikit air yang dibancuh tadi apabila tiba di rumah, lama tunggu Aufan. Katanya takut sesat kalau tak tunggu di luar kawasan taman perumahannya, banyak lorong
" kalau kerja aku habis awal, aku balik lah awal tapi rasanya tak lama ni sebab nak uruskan benda kecil je "
" macam mana budak budak sana ? Lama lah aku tak jumpa orang KL, busy sangat sekarang " Putera bangun menuju ke peti ais
" biasa je, setiap malam turun futsal. Bila orang tengok mesti orang kata diorang tak ada masa depan " ketawa Putera mendengar kata kata Aufan, ada betulnya kata kata yang dilontarkan Aufan itu
" tak baik lah, kita pun macam tu jugak " Aufan angguk. Tak boleh dinafikan lagi, futsal sudah sebati dalam diri
" kau cuti ke harini ?" Soal Aufan kepada Putera
" aku cuti harini lepastu kerja dalam 5 or 6 days lepastu cuti balik KL " gembira sahaja ton suara Putera
" bagus, jom cuci mata ?" Cadang Aufan
" malas lah, tak ada apa dekat sini " biskut yang diambil dari peti ais tadi dikunyah selepas dicicah airnya
" ini bandar bersejarah bro. Apa yang tak ada apa, banyak benda yang ada. Bukan selalu aku datang Melaka " macam terdesak sahaja Aufan mengajak Putera berjalan di Melaka
" itulah kau, negara sendiri belum habis dijajah sudah nak menjajah dekat luar negara " sindir ke perli itu tak pasti
" kawan ke macam ni ?" Geli perut Putera apabila Aufan seperti mahu merajuk. Bukan tak kenal perangai Aufan, banyak perwatakannya
" yelah " tersenyum Aufan mendengar balasan Putera
Seperti yang dijanjikan, malamni tepat pukul 9 Aufan dan Putera keluar ke bandar Melaka. Esok Aufan dan Putera masing masing bekerja. Jadi, ini sahaja masa yang ada untuk berjalan
" bro " Putera mula bersuara setelah mereka duduk di bangku yang disediakan sambil melihat pelancong mahupun warga tempatan masih ramai berjalan di bandar bersejarah itu
" kau ada benda nak cakap ke ? Dari tadi lagi aku perasan. Jarang kau macam ni " bukan Aufan tak perasan, dari dalam kereta lagi Putera seperti ada sesuatu yang mahu dikatakan
" kau jenguk adik aku tak ?" Aufan menggumam menandakan jawapannya adalah ada. Daniell dan Putera yang suruh kerana Daniell tiada masa, petang selepas pulang kerja sahaja dapat berjumpa Medinna dan Putera pula tidak dapat pulang
" dia marah aku ?" Aufan kebelakangkan rambutnya yang ditiup angin, masing masing tidak memandang antara satu sama lain. Fokus kepada manusia yang masih lincah berjalan ke sana ke mari
" aku rasa kau lagi kenal adik kau " Putera mengeluh berat selepas jawapan seperti itu diberi oleh Aufan
" aku terpaksa. Aku tahu dia semakin berubah, emosi tak stabil. Itu semua bersebab. Aku memang janji dengan diri aku yang aku takkan tinggalkan dia walaupun sesaat tapi kau tahu kan aku kena jugak cari duit untuk sara dia, sara diri aku sendiri. Duit peninggalan arwah mama papa aku tak cukup weh. Aku terpaksa berjauhan dengan dia " Putera tunduk menahan sebak di dada. Tak kuat bila fikir tentang adik kesayangannya. Aufan terdiam, tersentap apabila kawannya sangat sayang akan adiknya, tabah melayan perangai Medinna yang sememangnya cepat berubah emosi
" walaupun aku tak ada adik beradik, aku anak tunggal tapi aku faham apa kau rasa. Sabarlah bro. Dugaan je. Kau kan dah jadi orang yang naikkan semangat Sumaiyah so kau kena kuat. Aku tak reti lah nak borak pasal ni " Aufan ketawa sedikit cuba bawa bergurau di situasi yang hambar begini sebelum menyambung semula
" cepatlah balik, adik kau perlu kau lagipun dia nampak kecewa sangat kau tak balik jenguk dia masa dia dekat hospital tu " wajah Medinna yang seakan marah diingat semula, merah pipi Medinna bila tahu yang Putera tidak akan dapat balik melawatnya
" lagi berapa hari je bro, excited gila rasa nak dengar dia membebel. Rindu betul si manja sorang tu, kalau dia tengah badmood, kemain lagi habis benda yang dia tak boleh buat, dia buat. Kononnya nak protes. Tak boleh makan maggie tapi dia makan jugak kalau aku tak beli atau masak makan malam, minum jus oren kalau dia malas pergi sekolah " Putera geleng kepala sambil berdekah dekah mengenangkan perangai Medinna yang sememangnya manja dengan keluarga mereka
" biasalah budak lagi dia tu " itu sahaja yang mampu dibalas oleh Aufan. Kelakar juga bila dengar perangai Medinna begitu patutlah susah nak berpisah dengan abang dia
" dah lah, jom gerak. Bosan dekat sini " Putera mengibas debu yang ada diseluarnya
" balik dah ke ? Baru pukul berapa ni " jerit Aufan bila Putera sudah sedikit kedepan
" kita kerja lah esok " Putera buat muka malas menghadap Aufan yang sudah berapa di sebelahnya
" tak sampai pukul 11 lagi, rilek lah dulu " Aufan sedaya upaya menahan Putera daripada pulang. Tak puas tengok keindahan negeri Melaka
" nanti lah pula, malamni balik dulu aku kerja pagi esok. Kau tak apa lah kerja lambat, meeting pukul 2 kan ? " Pintu kereta dibuka, Aufan dengan reda menaiki kereta milik Putera
" chill, lain kali pulak " Aufan tersenyum sahaja, faham yang kerja sebagai doktor bukannya mudah
Kunci kereta disangkut di tempat letak kunci tepu pintu masuk rumah. Aufan terus menuju ke sofa mahu merehatkan pinggang begitu juga Putera. Masing masing sudah mencabut jaket mereka
" macam mana budak budak sana ?" Aufan paling ke arah Putera yang baru sahaja mengajukan soalan. Muka pelik diberi
" kau dah tanya soalan ni Putera " tumpukan semula pandangannya ke arah telefon
" ouh yeke ?" Aufan geleng kepala sahaja, macam macam kawanya yang seorang ini
" rumah ni kecik je tau " bagitau Putera kepada Aufan
" then ? What's the problem ?"
" takut kau tak selesa lah, rumah kau sendiri besar, rumah umi pun besar. Takut kau tak biasa duduk bilik kecik macam tu "
" kurang ajar. Ingat aku ni tak reti hargai apa yang orang bagi ke ? Tak kisah lah besar ke kecik, janji ada atap. Rumah aku besar besar tu pun untuk adik kau jugak "kalini Aufan yang ketawa selepas berkata kata. Ayat dia sendiri macam minta kena halau
" pui kalau suka cakap suka " Putera turut ketawa
" kau okay ?" Aufan pandang wajah Putera, cuba mencari jawapan. Sebelum ni Putera macam tak setuju
" hm if that's the best for adik aku , i'll support it and you're my friend so I believe that you can make she happy sebab aku dah jauh and aku dah tak boleh bagi kasih sayang tu, kau faham kan ? she needs attention " cara percakapan Putera seperti separuh rela, itu membuatkan Aufan tidak yakin dengan kata kata Putera. Aufan hanya mampu mengangguk
" tak apalah, kau pergilah naik dulu, esok kerja pagi " Putera terus sahaja naik ke bilik
Aufan meraup rambutnya kebelakang, memikirkan kata kata Putera, Aufan bukan bodoh, Aufan faham kata kata itu
' kahwin ? ' Aufan terus naik ke bilik untuk berehat setelah fikirannya bercelaru dengan perkataan itu
-- Assalamualaikum and hello ! Hm macam mana ? Bored or what ? Sorry kalau bertambah bosan cerita ni, saya kena fokus dekat pelajaran sebab ada exam besar akan datang, malam je dapat menulis ouh sedih.. Tapi tak apa, saya akan tetap menulis, kalau ada yang kurang minta dimaafkan, korang yang baca ni boleh bagi pendapat or something else like komen ke haa kecam pun boleh cause saya selalu ambil kecaman untuk bakar semangat haha . Okay bye teruskan membaca dan jangan lupa vote ! Love
Kalau nak saya update lagi say YES !
![](https://img.wattpad.com/cover/139818389-288-k787697.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...