" jaga rumah , jaga diri. Aku tak sure lagi balik ke tidak lunch ni " Aufan bercakap sambil berjalan ke muka pintu
" rumah ni nak jaga apa lagi. Kau tengok luar tu. Lupa ke ? " perli Medinna, sejak Medinna tahu yang Aufan ada bodyguard terus sahaja bodyguard Aufan kawal depan rumah. Sebelum ni kawal dari jauh sahaja
" untuk keselamatan kau " ringkas jawapan Aufan
" Fann.." jari telunjuk bertemu sesama sendiri. Mata pula menatap kaki
Bukan Aufan tidak faham perangai Medinna. Sudah tentu ada perkara yang ingin diberitahu. Tidak pun, ada benda yang dia mahu minta
" Eeee Aufan.. " Medinna tarik muka apabila Aufan tidak melayannya. Bukan tak mahu melayan, dia tunggu sahaja apa yang Medinna mahu katakan
" yee Puan Medinna " wajah Medinna dipandang sekilas, nanti tak layan, merajuk pula
" kalau nak keluar boleh tak ? " Aufan sudah sibuk menyarung kasut
" kalau aku cakap tak boleh nanti mesti kau bosan duduk rumah kan so, kau boleh keluar tapi dengan diorang " Medinna pandang bodyguard Aufan. Tak seronoklah macam ni
" aku keluar jumpa kawan aku tau harini "
" jangan bawa moto " seribu kali Aufan pesan perkara ini. Lama benar Medinna tak sentuh motosikalnya itu. Medinna pun malas dah membantah, biarlah moto tu jadi besi buruk. Kesian moto
Aufan hulur tangan kanan ke arah Medinna. Kerana keras kepala, Medinna tidak sambut huluran itu
" salam " Nak taknak, sepantas kilat jugak bibir Medinna bertemu dengan tangan Aufan. Tak sampai hati pula biar lama lama, Aufan pula yang meminta untuk Medinna sambut tangannya
" kenapa muka masam ni ? Tak bagi aku pergi kerja ke ? " Aufan rela okay tak pergi kerja demi Medinna
" tak ada ayat sweet ke pagi ni ? " ketawa Aufan, mereka ni nampak je macam bukan pasangan suami isteri tapi kemesraan mereka hanya diri mereka yang tahu
" take care sayang. You're very important to me and you know what ? I just want you to be happy sebab bila kau happy aku turut happy. Aku sayang kau " Aufan usap kepala Medinna dan terus masuk ke kereta diikuti 2 bodyguardnya yang naik kereta lain
Walaupun apa yang Aufan katakan nampak simple tapi bagi seorang isteri perkara itu sangat bermakna baginya. Apatah lagi dapat tengok keikhlasan dari mata Aufan bila dia luahkan ayat itu
Its look perfect, dapat cengkam jiwa Medinna sehingga Medinna senyum secara tiba tiba
" Hei korang " jerit Medinna memanggil 3 bodyguard Aufan. 2 ikut Aufan, 3 kawal rumah tapi lagi 2 taktahu pergi mana. Ada urusan lain agaknya
" ye puan ? Ada apa apa yang boleh kami bantu ? " Rasa macam kekok je lelaki lebih besar, sado, berkaca mata hitam, segak panggil dia puan sedangkan dia masih muda
Itulah kahwin awal kan , reda je lah
" haa nope, saya ada masak mi goreng. Aufan makan sikit je tadi tapi saya masak banyak. Korang dah makan ke ? "
" belum puan " balas seorang lelaki yang nampak paling rendah di antara mereka bertiga, paling muda juga kot
" Riz, kita dah makan lah tadi. Pehal mulut kau ni ? " kawannya yang seorang lagi nampak marah apabila bodyguard yang berkata belum makan tadi menjawab, Riz agaknya nama dia
" Tapi kita tak makan lagi lah Charls " Medinna agak yang menengking Riz tadi orang iban. Nama pun macam bukan islam, muka putih pula tu
" stop geng, tak malu ke buat perangai depan Puan. Jangan jadi budak kecil " Tegas pula yang seorang ini, nampak lebih sasa. Ini yang Medinna perhati di Berjaya Time square semalam, muka tegang je
" sorry Han " Charls dan Riz tunduk sedikit meminta maaf dekat Han
" korang tunggu tau, saya masuk ambil mi goreng kejap "
Nak ajak masuk karang tak fasal fasal kena tangkap basah. Tiga lelaki dan seorang perempuan mana boleh duduk serumah. Jadi, Medinna kena bawa mi goreng di depan rumahnya. Nasib baik halaman rumah itu ada tempat duduk, ada bangku dan meja
" Puan, biar saya bawa " Han tadi ambil mangkuk mi dari tangan Medinna
" korang berdua boleh ambilkan pinggan dan air yang saya isi atas meja makan di dapur ? " Laju Riz dan Charls bergerak ke dapur
Serius pekerja Aufan tak pernah mengecewakan
Borak punya borak dengan Han, sampai pula Riz dan Charls dengan pinggan dan air di tangan
" sampai pun, lama betul korang ambil pinggan dan air ni. Ingatkan sesat dalam tu " Medinna ni memang peramah lah
" hampir sesat puan, rumah besar juga eh " Charls mengetuk kepala Riz, penangan mulut tak reti jaga
" duduklah, makan sama sama. Sambil tu kenalkan lah diri korang even memang kita pernah jumpa dekat futsal kan ? Cuma saya memang tak pernah kenal korang ni" pinta Medinna
" mana nak kenal kami, kami ni anak buah Aufan je, Daniell, Akmal dengan Haziq puan kenal lah " Han pula mengetuk kepala Riz
" pelik lah korang ni, bertuan puan pula, dekat futsal tak pernah saya dengar orang panggil Aufan tu tuan " yelah biasanya dengar orang panggil Aufan dengan gelaran kau aku, siap carut lagi geng diorang tu
" time bertugas lain puan, time habis bertugas lain pula " balas Charls, mengangguk faham sahaja Medinna
" okay let me start, Noah Farhan, call me Han , leader bodyguard. Yang ini Charles Osart. Kami panggil dia Charls, orang Sabah and ini Rizqi Heykal. Kami bertiga jaga kawasan ini " terang Han
" sebelum lupa, yang ikut Tuan tadi Alex Joseph, juga orang Sabah, jarang berfutsal. Seorang lagi Hafrez Adam tapi kami panggil dia dengan gelaran Black " Han diam seketika, berfikir nama siapa yang belum disebut
" ha yes. Kami bertujuh tapi harini yang Puan jumpa hanya 5 kan ? " Medinna angguk
" lagi 2 orang ada tugasan luar. Indera Eiman, dikenali able juga jarang join futsal dan Iqram Dizza, panggil caspian " selesai Han kenalkan diri mereka semua, Charls ambil alih tugasan Han selepas selesai makan. Han pula baru nak makan
" Setiap anggota kami semua ada kelebihan masing masing. Bukan bodyguard yang bodoh bodoh badan je sado tapi otak cetek "
" kelebihannya ? " nampaknya Medinna lebih berminat nak dengar cerita mereka dari jamah makan bersama
" Han. Tubuh kebal , bijak susun strategi , paling pandai guna senjata , sasaran tak pernah tersasar " Medinna angguk lagi, patut Han jadi leader
" Riz, nampak je bodoh tapi pandai buat pisau, alat tajam semua dia buat. Black pula ada black belt taekwando, juga pandai berlawan tanpa senjata. Able dan Caspian anggota polis. Itu kelebihannya. Alex cekap, boleh elak serangan dengan sangat baik. Last, saya lah. Pakar IT. Boleh hack apa apa sahaja. Buat alatan untuk berkomunikasi seperti walkie talkie juga kepakaran saya "
" amazing lah korang ni. Ingatkan muka garang macam ni tak peramah tapi bila minta kenalkan diri, habis semua korang kongsikan "
" kami makan gaji lah puan tak akan lah nak berlagak sombong pula. Sedar diri lagi buat masa ni " selamba jawapan Riz
" jadi Able dengan Caspian tengah kerja lah kan ? Tugas sebagai polis hari ini ? " serentak mereka angguk dengan soalan Medinna
" Aufan memang pandai cari pekerja " gumam Medinna
" Tuan memang nak semua benda perfect. Kerja pun kena lancar. Dia tegas tapi tetap sporting, tak kedekut hal gaji " puji Han terhadap sikap Aufan
" memanglah tengok suami siapa " usik Charls. Bodyguard boleh buat kawan. Ini lah manfaat daripada peramah
Tapi jangan semua orang nak berborak, bahaya juga kalau berborak dengan orang yang kita tak kenal
Yelah, zaman sekarang ini culik, rompak, ragut semua boleh berlaku. Jadi, berhati hati , jangan percaya semua orang
" Dah guys, matahari dah tegak. Saya ada hal kejap lagi " Medinna kemas meja itu
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Ficción General" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
