" aku dah lambat ni nak masuk ofis, aku ada meeting " Aufan memandu perlahan kereta membelah jalan raya. Medinna pula nampak penat je. Mahunya tak penat, sudah ramai yang memeluknya, cikgu, kawan kawan semua ucap tahniah kepadanya
" what ? Aku macam mana ? Nak suruh aku jalan kaki ke ? Kenapa tak cakap awal awal. Kalau tidak, boleh aku tumpang fatin " Medinna sudah bengang. Aufan tak fikir dahulu ke sebelum buat keputusan
" kau ikut aku " selamba Aufan membalas
" ey kepala ot.."
" jaga mulut tu " Medinna terus terdiam, lupa Aufan suaminya
" tapi aku taknak, tak pernah aku pergi sana dahlah orang sana tak kenal aku. Kau suka buat masalah lah Aufan " Aufan diam sahaja, sudah tahu perangai Medinna yang kuat membebel dengan apa yang dia tak suka
" Aufan, turunkan aku. Aku call Fatin "
" Aufan, turunkan aku. Aku buka pintu ni karang " Aufan masih fokus memandu. Taklupa Aufan mengunci pintu. Medinna ni bukan boleh dicabar. Nanti dia buat betul betul macam mana ? Siapa susah ?
Hati Aufan juga yang susah
" penat lah aku cakap dengan orang tak reti bahasa ni. Orang cakap tak mahu pergi, dia bawa juga " Aufan sorok senyum, macam macan perangai Si Medinna ni
" baik kau zip mulut tu. Bising tahu tak ? Aku tak boleh fokus " Medinna pusingkan bola mata
" aku tak buta Medinna Sumaiyah "
" dah eh. Aku zip mulut aku. Kau zip mulut kau " Medinna turunkan kerusinya sedia untuk meluruskan pinggang. Tengah tahan marah lah tu
" kejutkan aku nanti " mata sudah dipejam
" kalau taknak ?"
" Aufannnnnn ! " jerit Medinna. Geram betul dengan perangai Aufan yang suka mengganggu ketenteramannya. Senyum sahaja Aufan. Kepala digelengkan. Suka dia tengok Medinna marah
Lot parkir khas dituju terus oleh Aufan. Memang itu tempat parkir kerabat Megat's Holding. Enjin dimatikan. Kepala ditoleh ke arah Medinna
" girl " bahu Medinna dicuit
" tepi " Medinna tepis jari Aufan yang menyentuh bahunya
" Sayang. Kalau sayang tak bangun, Abang dukung bawa naik ofis " Terus tegak badan Medinna walaupun masih mamai. Ketawa lah Aufan
" euw geli " Medinna terus keluar dari kereta
" hei ikut arah ni lah " lagi sekali Medinna malu. Mamai sampai salah arah
" tadi tak cakap, orang dah jalan baru nak panggil. Masalah betul lah kau ni. Cepat lah jalan, aku penat tahu tak "
" dia malu, dia marah orang lain " Pintu lif pula ditutup
" lambat betul lif tempat kau ni. Tempat besar lif gerak macam siput " bebel Medinna sambil sandar di dinding lif. Mata pun dah tutup
" tadi kata penat. Membebel tu tak penat ke ?" Medinna jeling Aufan.
Kalau tak bergaduh memang tak sah
" pintu lif dah bukak, tak nak pula keluar. Betul lah perempuan ni complicated " Aufan tarik tangan Medinna menghala ke kawasan ofisnya
" this is my office so you must follow my rules " terus berhenti tangan Medinna yang memukul tangan Aufan. Suka hati je nak pegang pegang
" Selamat sejahtera Tuan " kagum Medinna dengan disiplin pekerja Aufan. Aufan masuk sahaja ke ruang ofis, semua pekerja bangun menunduk hormat
" selamat sejahtera juga, duduk " wah sekali tengok macam pengetua lah pula tegas semacam je
" Kak Mila, macam mana dengan meeting ?" Kak Mila terus mengatakan yang meeting dianjak 15 minit lagi
" Tuan, siapa ni ?" Medinna pandang pelik ke arah Aufan dan mungkin PAnya kerana wanita itu yang menguruskan hal hal kerja
" yaa , Sumaiyah. Ini Kak Mila, my PA" Medinna sambut huluran tangan Kak Mila. Baik Kak Mila ni, suka senyum
" guys " Sekali Aufan petik jari, semua pekerjanya berkumpul di sekeliling Medinna dan Aufan, termasuk Kak Mila yang turut serta berkumpul
" I want to share something to you all, first, Im sorry sebab lambat bagitahu and lambat kenalkan dekat kamu semua " pekerjanya masih diam menunggu Aufan habis berkata
" As you know, saya dah kahwin and this is Puteri Medinna Sumaiyah.. " Medinna pandang Aufan dengan isyarat ' what the hell man ?' "
" Tuan, cantiknya your wife seriously ! Hai .. " pekerja wanita terus menyapa Medinna tetapi terdiam kerana tidak tahu untuk memanggil Medinna dengan gelaran apa
" Hai Sumaiyah. Can I call you Sumaiyah ?" Soal pekerja wanita yang lain
" no. Call her Medinna. Sumaiyah just for me " celah Aufan, Medinna hadiah jelingan sahaja
" get ready untuk meeting guys. Jom " Aufan tarik Medinna lagi masuk terus ke biliknya
" Kau duduk sini, lagi 10 minit aku kena pergi meeting but its okay, aku rasa dalam 1 or 2 hours only "
" apa ? Only ? Apa hal kau ni ? Ingat aku tunggul ke nak tunggu dekat sini " Medinna cekak pinggang
Aufan pegang bahu Medinna, perlahan lahan Aufan dudukkan Medinna di sofa yang ada di dalam ofis itu
" kalau marah, duduk, istighfar . Jangan nak tengking tengking. Aku kena pergi ni. Duduk sini je sebab kat luar tak ada orang . Kak Mila meeting juga. Jangan pergi mana mana " Aufan melangkah ke pintu
" haa boleh tidur dulu. Tidur lah, kau kan penat " Medinna angkat bahu. Dapat peluang takkan nak lepaskan
Akhirnya mungkin Aufan baru masuk ke tempat meeting, Medinna sudah lena
" ada apa apa yang tak faham ? Tanya sekarang. Saya taknak ada seorang pun yang salah buat kerja " tegas Aufan berkata
" Tak ada tuan " balas beberapa pekerja yang menyertai mesyuarat itu
" Kak Mila, akak catit semua benda kan ? Kos pengeluaran ? Budjet ? Jenis barang ? Client ? Tarikh ?" Begitu teliti Aufan dengan perkara begitu
" semua sudah tuan " balas Kak Mila lembut, Kak Mila ni memang lembut orangnya
" kalau macam tu boleh bersurai "
Setelah 2 jam setengah membentangkan idea masing masing. Akhirnua tamat juga mesyuarat untuk kali ini. Maklumlah Aufan dapat client dari luar negara. Jadi, mesti perlu beri tumpuan kerana tidak mahu memalukan industri negara
Kaki melangkah laju ke biliknya semula.
' entah apalah budak tu buat ' gumam Aufan
Pintu ditolak perlahan. Belum sempat bersuara, mata telah terfokus ke arah Medinna yang tidur di atas sofa. Perlahan lahan langkah diatur ke laci, selimut dikeluarkan
Rambut yang menutup wajah Medinna dialih. Selimut diletak elok di badan Medinna. Tak mahu Medinna terjaga. Kesian tengok Medinna tidur dalam kesejukan. Nasib baik pakai baju kurung
Aufan kembali ke meja kerjanya
' kau memang gila lah Aufan ' tersengih Aufan bila mengenangkan yang dia betul betul cintakan Medinna
Kalau Medinna tiada depan mata, Aufan berani sumpah yang dia tak tentu arah !
Medinna seperti wanita yang pertama berjaya mencuri hatinya walaupun perangai agak garang tapi itu lah sikap yang berjaya menarik perhatian Aufan
YOU ARE READING
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...