Medinna masih mamai. Tangan meraba raba di sebelah, Aufan tak ada ? Tercelik terus matanya apabila melihat Aufan tiada disebelahnya
' aku mimpi ke ? ' bisik hati Medinna. Memanglah, baru je rasa indah tiba tiba perkara itu hanya mimpi
Ulang lagi sekali, perkara indah itu cuma mimpi !
Medinna gagahkan diri untuk bangun, terasa sengal sengal di sendi mungkin kerana baring dalam tab mandi
" what is it ? " Medinna capai sticky note di cermin meja solek
" 'jumpa di dapur' ? What the man nak ajak jumpa dekat dapur ? Macam macam lah dia ni " tidak tahu mahu marah atau gelak. Perangai Aufan ni ada ada je lah
Medinna turun perlahan lahan ke dapur. Kena berhati hati, mana tahu Aufan buat kejutan yang memang mengejutkan
Aufan ni spesies yang penyabar tetapi selalu kenakan orang sampai bertindak di luar kawalan, serupa macam kawan kawan futsalnya. Kalau bergurau kasar, bola tu sampai di kepala. Ganas
Tapi
Kali ini Medinna terpaku, terpaku dengan apa yang berlaku di depan matanya
Pipi ditepuk perlahan, kalau tadi mimpi tak akan kali ini pun mimpi
" dah lah tu girl, mari duduk sini " Medinna turunkan tangan yang menepuk pipinya. Tak mimpi lah
Medinna terus ketawa tanpa henti, perut dipegang sekuat mungkin. Apa yang Aufan buat ni ? Kenapa dia macam ni ? Ini ke sisi baik dia atau ini sisi kelakar dia ? Medinna gelak lagi dan lagi sampai merah wajah putihnya itu
" gelak lagi, gelak lah sampai berair mata tu, its okay gelak je " Aufan susun makanan yang sudah siap dimasak
Lagi sekali mata Medinna membulat. Nasi lemak !
" seriously dude ? " Medinna pandang pelik muka Aufan
" what ?" Aufan pula tayang muka peliknya
" kau masak ke ? Semua ni ? Nasi lemak siut ! Ke kau beli ? Ada bibik ke dekat rumah ni " Terpana, Medinna terpana. Macam tak percaya je
" aku lah masak. Aku masak tadi lepas subuh. Kau ye lah tak reti bangun subuh " Aufan seakan memerli, punggung dilabuhkan depan Medinna
" k fine. Konon kau je lah solat, aku ni tak solat kan ? Okay takpe. Kau makan sorang semua nasi kau ni " Panjang muncung mulut Medinna
Aufan tepuk dahi. Lupa pesan Putera yang Medinna ni sangat mudah terasa waktu dia uzur ! Ya, Aufan tahu dia uzur
Jangan salah faham, Aufan tertengok dekat kalendar yang Medinna catit, ada tarikhnya
" ala ala maaf. Aku nak makan dengan kau. Rasa lah nasi aku ni, sedap tau. Orang kata sekali rasa, seribu kali nak lagi " cepat cepat Aufan sendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Medinna
" disebabkan aku nak rasa air tangan kau, aku malas merajuk. Kejap lagi sambung merajuk " selamba je Medinna kata begitu, senyum jela yang mampu Aufan lakukan sekarang bila tengok telatah isterinya
" sedap tak ? " Aufan tunggu komen dari Medinna
" hmm not bad " dalam hati Medinna memanglah nak puji , sedap gila kot tapi malaslah nak puji depan tuan nasi lemak ni, takut bangga pulak Aufan
" wait wait. Kau tak kerja ke ? " biasanya Aufan dah siap berbaju kemeja, bertali leher waktu macam ni tapi harini nampak selekeh je
" cuti " sepatah jawapan diberi tetap membuatkan mata Medinna membulat
" hei ingat kau tu boss boleh suka suka cuti ke ? Kenapa selalu sangat cuti ? Apa ni tak berwawasan langsung lah. Kau cuti nak buat apa ? Kalau setakat nak jadi pembuli baik kau kerja. Shuuuhh pergi kerja " bebel Medinna dengan mulut yang penuh nasi lemak
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Fiksi Umum" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
