26

549 19 2
                                    

Medinna sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur. Hari ini bangun pagi sebab nak ambil result SPM . Roti yang sudah dibakar dibawa ke meja makan, jem, kaya, nutela semua sudah tersusun. Air juga sudah siap dihidang, air coklat lah , itu sahaja air yang boleh Medinna minum. Nak buat air untuk Aufan ? Tak perlu sebab Medinna yakin Aufan makan semua benda

Aufan berdehem di belakang Medinna yang sibuk menyapu nutella di permukaan roti, terhinjut bahu Medinna

" Good morning " sapa Aufan dan duduk di sebelah Medinna, Medinna diam sahaja tak menjawab, jawab dalam hati pon boleh kan

" Makan lah " kata Medinna apabila melihat Aufan hanya merenungnya dan tidak menjamah roti yang sudah Medinna letak atas pinggan

" Pagi pagi kena tengok keindahan baru otak cerdas " Medinna pandang Aufan, keindahan ?

" kau pakai baju kurung ayu ayu ni nak pergi mana ?" Soal Aufan tidak memberi peluang kepada Medinna untuk bertanya

" ambil result " balasnya

" pergi dengan siapa ?" Aufan longgarkan sedikit tali lehernya, susah nak kunyah kalau ketat sangat

" taktahu lagi, kalau Fatin jemput, aku pergi dengan dia.." Aufan memintas

" kalau dia tak jemput ?"

" naik moto "

" Hell no ! Tak boleh " Medinna terkejut apabila Aufan menjerit seakan perbuatan naik moto itu terlalu besar kesalahannya

" why ?"

" kau isteri aku "

" so ?" Aufan menjeling Medinna yang seakan tidak bersalah. Memang harei lah nak biarkan isteri naik moto. Macam tak bertanggungjawab je biarkan isteri macam tu

" aku hantar , pukul berapa ?" Aufan hirup perlahan air coklat Medinna

Sedap, kata hati Aufan, malaslah nak puji depan depan nanti Medinna bangga,

Ouh dehell egonya Aufan

" nahh its okay, aku boleh pergi sendiri. Kau pergilah kerja " memang tak lah Medinna nak pergi dengan Aufan. Walaupun dah heboh di sekolah tentang perkahwinan mereka tapi Medinna tetap tak mahu !

" aku hantar. itu ofis aku, suka hati aku lah nak masuk bila pun " berlagak cara percakapannya, Medinna jeling je. Susah hidup dengan orang yang perangai macam ini

" kau jangan kutuk aku, aku suami kau " terus terkaku Medinna. Apa Aufan ni boleh baca fikiran orang ke ?

Mengeluh

" Cepat " Aufan berlalu terus ke ruang tamu sebelum keluar dari rumah. Medinna ? Terkejar kejar langkah Aufan yang lebih panjang dari dia, bayangkan lah Aufan satu langkah, Medinna dua langkah. Ketinggian pun paras bahu je huh benci

Kereta diparkir elok dalam kawasan sekolah. Sudah ramai bekas pelajar sekolah itu datang untuk mengambil keputusan SPM. Aufan membuka tali pinggang , begitu juga Medinna

Belum sempat Aufan membuka pintu kereta, Medinna lebih pantas menarik baju Aufan

" hoi kedut lah baju aku " Aufan membetulkan semula bajunya yang sudah dikedutkan Medinna

" kau duduk dalam kereta je lah " membulat mata Aufan. Gila ke suruh Aufan duduk macam orang bodoh dalam kereta

" kenapa ? Bukan budak budak sini tahu kau dah kahwin ? " yelah, pelik juga mengapa Medinna macam betul betul tak bagi Aufan ikut dia

" yezza, diorang tahu tapi.. " Aufan angkat kening. Kalau tahu kenapa tak bagi Aufan ikut ?

" aku taknak kau tahu result aku , nanti kalau teruk macam mana ? Nanti abang tahu lepastu abang kecewa. Kalau abang kecewa aku lagi kecewa alaa macam mana ni takutnya " Medinna letak kepala di dashboard kereta

Cinta TerindahWhere stories live. Discover now