" Fuh penatnya " peluh didahi aku sapu dengan belakang tangan. Kaki dilunjurkan dan bandar disandarkan dekat jaring jaring kawasan futsal
" Beria adik ni, bola pon dapat sekali dua je " abang ni memang suka malukan aku kan
Aku dapat dengar kawan kawan dia gelakkan aku. Ni rasa nak tinju je abang ni
" Takpayah lah gelak, korang tu pon tak larat kejar bola, perut boroi. Kau tu haziq, perut kedepan. Gelak macam kingkong " dalam ramai ramai kawan abang ni, haziq seorang je aku panggil kau aku sebab dia baru 18 tahun. Yang lain semua dah 20 lebih.
" elok sikit eh Medinna , aku tak gemuk pon, tegap je badan aku " tu fakta. Aku je kata dia gemuk
" jom minum " muncul satu suara yang aku boleh agak itu suara lelaki bengis tadi. Orang main sambil gelak , dia main kemain serious. Geram nak pijak kaki tu
Tengoklah tu dia blah macam tu je
" jom adik, Abang Aufan ajak pergi mamak tu " nama sedap tapi perangai eee
Jap wait wait , Abang ? Euw taknak lah. Dia bengis taknak panggil abang hehe pilih kasih ke
Kenapa perlu aku duduk depan dia dekat meja ni ? Geram pulak hati kita ni tau. Abang Putera dekat sebelah. Abang Daniell dekat meja satu lagi tapi meja tu dah cantumkan dengan meja aku
" Adik nak makan apa ?" Soalan abang Putera mengejutkan aku. Kepala segera diangkat
" Nak makan apa yang abang makan, pesan sama je okay " jawab aku selamba. Entah siapa yang belanja pon aku taktahu. Makan je aku tahu
" Abang kau pesan air milo ais je, ingat aku sengket sangat ke takde duit nak bayar makanan kau. Pesan jelah apa yang kau nak makan " kata 'abang' Aufan tanpa memandang kami semua. Alamakhai apa lah angin manusia macam ni
" taknak lah makan " aku mula lah tersentak dengan ayat dia ni. Aku ada duit okay nak bayar
" Aufan please , aku tahu perangai kau macam mana. Kenapa kau tetiba angin ni ? Suka kata suka " kata Akmal dan terus disambut dengan tawa rakan rakan yang lain
Aku tak faham kenapa diorang berani gelakkan mamat bengis ni
" abang kenapa gelakkan dia ?" Soalku berbisik di telingan Putera
" Kalau dia tengah malu memang dia angin macam tu. Tengoklah tu, dia mana pandang muka adik. Dia malu lah tu "
Kalini aku betul betul tak faham. Apahal nak malu pulak ? Suka aku eh ? Perasannya kau Medinna. Siapalah nak dekat kau hahaha
" Okay sorry sorry. Cakaplah nak makan apa, aku bayar " dia tetap tak angkat muka. Malu sangat gayanya tapi wajah bengis tu tak hilang
" nasi goreng " jawab aku perlahan dengan memandang mata abang Putera. Gigil juga aku bila terpandang mata Aufan ni. Seram tapi lawa warna coklat terang
Akhirnya aku berjaya habiskan makanan aku dengan belakon tiada apa apa berlaku sedangkan nak pegang sudu pon rasa tak berdaya.
Aufan ? Dia minum air teh ais je. Pelik kan dia tu ? Dia nampak pendiam sebab tadi dia memang tak bercakap cuma aku ada nampak dia senyum sebab kena usik dengam Haziq
" Malu malu tapi mahu kini baru kutahu " Haziq menyanyikan lagu itu sambil mencuit bahu Aufan
Aku ingat okay part dia kena usik tu. Comel juga dia buat buat marah last last di tersenyum. Egi betul budak ni
" Abang " Abang putera tenang memandu . Kening diangkat tanda tanya mahu apa
" Apa nama Aufan tu ?" Aku tanya je eh sebab aku tak kenal dia sorang je. Yang lain semua aku kenal
" Megat Aufan ZunMikhael. Kenapa ? Tangkap cintan cintun cinton ke ? " Abang ingat lawak ke ? Nak cinta lelaki bengis macam tu ? No way !
" ouh umur ? Kerjaya ? Mana tahu dia jodoh adik ops bukan jodoh tapi bodoh " aku dah lepaskan tawa yang ditahan
Choi celupar aku ni
Dan akhirnya hidung aku ditarik. Memang ini sebahagian daripada hobi abang aku kot hish
" apa lah cakap macam tu, dia sebaya abang tapi CEO okay. Abang ni ha terkial kial lagi nak jadi doktor, dia tu dah CEO dah " tetiba rasa kagum. Hebatlah muda lagi kot pffftt
" Rileklah bang, tahun ni kan abang last dah study, lepasni abang dapat gelaran doktor Putera Medinn Sufian " kata aku dengan medepakan tangan. Konon nak sedapkan hati abang haha
" hish sakit lah " baru aku perasan tangan aku kena hidung abang masa aku depakan tadi
Sorry mybro
Tuala aku ambil, fuh penat betul lah harini. Mandi mandi mandi biar segar sikit
" dahlah busuk " bak kata abang Putera ergh aku rasa aku wangi je. Jarang kan perempuan busuk ? Perempuan always wangi kan ? Kan ? Sep sikit girls
Tuala aku lilitkan di kepala. Leganya dapat mandi. Badan dihempaskan ke katil wah bestnyaa hilang lenguh
Tok tok tok
Pengacau betul abang ni . Nak apa lah dia ni
" masuk jelah bang , beria tahu dia ni hish " jerit aku
Pintu dibuka dan terpancul lah wajah kacak yang tak berapa kacak tu dengan dulang di tangan
Apa lagi kalau bukan ubat. Ada ciri ciri doktor betul abang ni tapi lebih nampak kepada misi je aku tengok hahaha
" adik tak makan lagi ubat untuk belah petang kan ? Jangan nak tipu okay. Adik ni memang degil kan ? Macam mana nak sihat kalau macam ni .... " bebel lagi haih
Aku bukan taknak makan tapi aku lupa je. Tak, sebenarnya aku penat nak telan ubat dari umur aku 13 tahun lagi. Agaknya muka aku macam ubat tak ?
" hei dengar tak ni ? " abang tepuk tangan depan muka aku. Memang buat aku terkejut habis lah macam ni
Sabar jelah dengan abang sorang ni
" hmm " jawab aku endah tak endah. Malas lah nak layan aduh letih ni
" Makan ni cepat. Makan depan abang " mata aku tutup perlahan lahan. Sekarang memang aku mengantuk. Jam pon dah nak dekat pukul 1 pagi
" adik.. Abang tak bergurau tau " badan aku didudukkan
Mata menikam pandangan abang Putera. Ubat ditangannya aku sambar. Air ditelan rakus
" done, boleh keluar okay " arahkan sambil membetulkan bantal dikepala
" good girl " rambut aku diusap. Abanf ni memang jarang marah aku tapi dia tegas. Pasal kesihatan aku memang dia ambil berat
Tup
Bunyi pintu ditutup. Akhirnya aku boleh tidur dengan aman. Doa dibaca dan mata ditutup perlahan lahan
Okay I try my best, this is my second book tapi first book dekat acc ni. Acc satu lagi akan dirahsiakan. Please support kalau nak tahu lebih lanjut tentang story ni
Sebarang kesalahan minta dimaafkan. Typo, ayat terabur minta diampunkan.
Tak target pon nak readers yang ramai sebab tahu acc ni macam mana, cuma author harap ada sambutan je
Love
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
