" apa semua ni abang ?! Answer me, abang tak cakap apa apa pun dengan Medinna, kenapa abang buat keputusan sendiri ?! " Medinna berdiri berhadapan Putera, suara sudah tinggi kerana terlampau marah dengan tindakan abangnya
" abang nak Medinna bahagia, abang nak ada orang yang boleh jaga adik bila abang jauh " Putera cuba mengusap rambut Medinna tetapi pantas ditepis
" nak jaga apa ? Nak jaga apa abang ?! Medinna reti jaga diri sendiri, Medinna tak kenal dia ni kenapa abang suka suka je suruh Medinna kahwin dengan dia ? Abang gila ke ?! " Medinna semakin berani bersuara, Aufan pula sudah bangun
" kenapa cakap macam tu dengan abang kau ?" Celah Aufan
" kau diam lah ! Jangan masuk campur. Ini masalah aku dengan abang aku bukan dengan kau ooo yes hampir lupa, memang masalah aku dengan korang pun " jari telunjuk dihala ke arah muka Aufan, terundur Aufan dibuatnya
" adik naik bilik okay ? Adik tak sihat kan " pujuk Putera
" jangan sentuh, benda ni tak selesai lagi , apa motif abang buat adik macam ni ? You said you love me but why you do this to me abang ? Abang tak fikir tentang adik ke ?"
" adik, abang yakin dia boleh jaga adik.." Kata kata dipotong Medinna
" yakin ? Wah cepatnya percaya dengan orang . Abang lupa ke adik abang ni macam mana ? Abang lupa ke keadaan adik abang ni ? Abang senang senang je nak suruh adik hidup dengan orang lain. Abang tak fikir semua tu ke ?" Kata Medinna lagi
" aku boleh jaga kau Sumaiyah " bicara Aufan tidak diambil peduli
" adik taknak lah abang, please lah dont do this to me ! Sampai hati abang !" Medinna sudah mengalirkan air mata
" adik baru 18 tahun, adik nak habiskan hidup adik dengan apa yang adik suka, tapi ini bukan sesuatu yang adik suka bang " Medinna sudah tidak menjerit jerit, penat mungkin
" ini je jalan untuk adik bahagia, abang tak pernah salah buat keputusan, abang nak adik kahwin. Kalini adik kena ikut cakap abang " Medinna capai tangan Putera, muka disembam ke bahu Putera
" adik taknak bang " rayunya
" abang tak pernah minta apa apa dari adik , ini je yang abang mintak, abang ni abang adik, abang ada hak "
" abang " Medinna semakin merayu, sebak Putera melihatnya, ini juga untuk keselamatan adiknya bila Putera kerja, Aufan ada untuk jagakan Medinna
" jangan buat abang marah dik, abang tak pernah marah. Kali ni je abang mintak jangan bantah keputusan abang " Putera cuba lagak tegas, terpaksa membuat demikian
" you're too much abang , melampau tahu tak buat adik abang macam ni. Adik ni adik abang tapi sanggup abang rosakkan hidup adik sendiri " Medinna tenung Putera dengan mata berair
" adik ! " perkataan itu dilafaz dengan tegas . Aufan juga terkedu dengan suara Putera
" apa yang adik cakap ni ? Abang mana yang nak rosakkan hidup adik dia ? Abang sayang adik, every time im thinking about you adik ! How could you said like that ?You are very rude. who taught you to say this?Kalau abang nak hancurkan hidup adik , dah lama abang abaikan adik !" Putera sudah hilang sabar dengan kata kata Medinna
" rilek bro, rilek. Dia budak lagi mana faham semua ni " Aufan menyuruh Putera supata duduk, kata orang, duduk dapat mengurangkan marah
" Abang dah rosakkan hidup Medinna, abang dah rosakkan angan angan Medinna. Medinna takkan kahwin dengan dia " jerit Medinna Sumaiyah membantah tindakan abangnya, Medinn Sufian. Medinna ingin berlalu tetapi berhenti setelah Putera bersuara
" ini keputusan abang, abang nak yang terbaik untuk adik.."
" no, its not the best for me tapi terbaik untuk abang kan ? " pintas Medinna
" Sumaiyah " sampuk Megat Aufan
" stop call me Sumaiyah " mata mencerlung ke arah Aufan pula, Aufan pula jadi serba salah melihat adik beradik itu bertengkar, jarang melihat Putera dalam keadaan macam ni
" listen to me first, aku akan kahwin dengan kau walau apa yang berlaku , itu keputusan aku " kata Aufan dengan nada tegasnya
" aku taknak lah jantan " tengking Medinna dengan kasar
" adik ! Siapa ajar jadi kurang ajar dengan orang luar ni " marah Putera pula, tak pernah adiknya itu menengking orang luar
" tak kisah lah siapa ajar pun, adik tetap dengan keputusan adik. Kalau abang nak adik kahwin dengan dia, abang cakap dekat kawan abang tu, dia tak akan mampu "
" tak akan mampu ? What do you mean by that ? " tanya Putera
" dia sanggup ke nak tanggung dosa adik ? Dah bersedia nak bimbing orang macam adik ? Orang yang buat apa dia suka. Adik tak pernah fikir tentang orang, adik akan buat apa yang adik rasa adik nak buat. Benda tu tak membebankan dia ke ? " Medinna silang tangan di dada, memandang Aufan dan Putera
" adik abang bukan macam tu, abang kenal adik abang. Adik bukan budak yang nakal, adik dengar kata cuma abang pelik kenapa adik macam ni sekarang. Kenapa ?" Lembut Putera berkata
" sebab abang tak kenal siapa adik abang sebenarnya "
" Aku sanggup. Aku memang sanggup nak layan perangai kau. Tak kisah apa yang kau nak cakap Sumaiyah, kau memang akan jadi milik aku " celah Aufan pula
" Putera " Putera pandang Aufan
" aku akan tunaikan janji aku, janji yang aku akan jaga adik kau. Kau kenal aku kan ? Aku jenis tak suka mungkir janji. Sekali aku dah kata, aku akan buat " Putera diam sahaja tidak membalas, memang itu perangai Aufan, semua kawan dia tahu
" okay, kau yang cakap kau sanggup. Apa yang jadi nanti, kau jangan salahkan aku. Aku cakap awal awal, aku bukan macam orang lain " Medinna terus sahaja naik ke biliknya selepas habis berkata kata, sudah ada perangai yang dirancang lah tu. Putera terus terduduk di sofa setelah hilang kelibat Medinna, penat bertengkar
" aku tak pernah penat dengan dia tapi aku taktahan sangat tadi, pandai dia kurang ajar sekarang. Tak pernah dia naikkan suara dengan aku " Putera tertunduk, mengeluh dengan sikapnya sendiri
" dahlah bukan salah dia je, kita pun salah sebab buat keputusan macam ni. Cuba kau jadi dia, kau nak ke kahwin paksa ? Ini zaman 2018 duh " Aufan menepuk perlahan bahu Putera
" itulah, tapi ini je jalan yang ada. Aku risau kalau dia duduk rumah sorang sorang, dahlah tak reti masak. Kau tau kan dia sakit, pemakanan kena jaga jadi aku nak kau tolong aku, jaga dia. Kau boleh ?"
" macam yang aku selalu cakap, kau kawan aku, aku memang akan tolong kau.. "
" walau berkait dengan masa depan kau ? " pintas Putera, Aufan mengangguk dan anggukan itu membuatkan Putera tersenyum lega
-- hai haih sorry lambat update and sorry tak dapat bagi yang terbaik. Author demam, 3 hari tinggal kelas omg so sad serius sebab rasa subjek tu berharga tapi tak dpt belajar ! Exam dah dekat guys hm atas katil ni terpaksa lah saya study sendiri aiyo takpelah dugaan kan ? Doakan author supaya cepat sembuh okay ? Saya sangat sangat hargai orang yang menyokong saya, thankyou ! Ly. Yang pembaca setia tu author say hi !
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Ficción General" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
