Tak sangka sudah sebulan berlalu selepas pergaduhan antara Medinna dan Aufan berlaku, tak sangka juga harini adalah hari yang bersejarah bagi Medinna, hari dimana Puteri Medinna Sumaiyah akan dijadikan isteri kepada Megat Aufan ZunMikhael
Berkali kali Medinna cuba membantah tapi apa kan daya abangnya, Putera Medinn Sufian juga berhak membuat keputusan, Umi dan Abi Aufan juga memujuk agar Medinna menerima pinangan mereka. Perkara ini tidak disembunyikan malah semua rakan rakan dan guru guru Medinna tahu, mereka juga dijemput meraikan cinta di hari bahagia ini. Cinta ? Cinta kah mereka berdua ? Adakah perasaan itu ? Hanya hati masing masing yang mengetahui
Medinna tatap cermin di dalam biliknya, muka masih disolek oleh Kak Anne iaitu makcik kepada kawan sekolahnya yang tidak dapat hadir. Sebagai tanda maaf atas ketidakhadirannya ke majlis pernikahan Medinna, dia mengupah makciknya sendiri untuk menjadi ' mak andam '
" Medinna okay ?" Medinna sedikit terperanjat bila bahunya disentuh, terkebil kebil matanya
" okay. Kenapa kak ?" Senyum paksa dihadiahkan
" akak tengok Medinna macam tak okay je, kalau ada apa apa, Medinna kena share problem dengan orang yang Medinna percaya, dengan abang Medinna, kawan kawan. Medinna jangan pendam " Kak Anne membetulkan selendang berwarna putih bersih itu supaya Medinna kelihatan lebih menawan. Pakaiannya simple sahaja, ajak pun tak ramai. Kenalan rapat sahaja
" Assalamualaikum, kitorang masuk boleh ?" Belum sempat Medinna menjawab kata kata Kak Anne, pintu pula diketuk. Siapa lagi kalau bukan Erma, Intan dan Fatin
" Waalaikumusalam, masuklah. Princess dah siap " balas Kak Anne ramah
" Adik " ternyata Abang Putera dahulu yang masuk barulah diikuti kawan kawan Medinna yang memakai pakaian sedondon, bridesmaid. Abang Putera juga memakai pakaian yang sama warnanya dengan pakaian bridesmaid. Abang Daniell, Haziq dan ramai lagi kawan kawan Aufan memakai warna yang sama
Nampak sungguh meriah tapi bagi Medinna ? Tidak pasti
" Abang " ya, hubungan Medinna dan Putera sudah baik, Medinna dah minta maaf sebab kurang ajar. Medinna terima semua ini untuk balas jasa abangnya
" adik dah nak jadi isteri orang, abang terasa sangat adik abang ni dah besar " kepala Medinna diusap, tak lupa untuk mencuit hidung. Medinna tunggu sehingga Putera habis berkata
" adik jaga perangai, jangan nakal nakal. Abang sayang adik tau. Abang minta sangat adik jangan malukan abang, abang minta maaf sebab abang terpaksa.. "
" nahh its okay bang, jangan ulang perkataan maaf tu, adik tak suka "
" lepasni abang dah tak risau nak kerja jauh jauh, dah boleh tinggal adik sebab ada orang yang akan jaga adik, abang happy sangat harini. Abang dah kata, adik abang ni budak yang dengar kata, budak yang baik " senyum je Putera, kalau Putera tahu Medinna terpaksa mesti Putera sedih
" adik sayang abang juga, dah lah jangan cakap apa apa. Nanti adik sedih, bila sedih adik menangis, bila menangis makeup rosak, bila makeup rosak, adik jadi budak comot " ketawa semua yang ada di dalam bilik itu, Medinna ni memang budak manja
" hei cantiknya baju korang, ada orang sponsor eh ? Baju abang pun sama, sedondon gituu " kata Medinna kepada kawan kawannya
" Bakal suami kau lah yang bagi Rm150 untuk seorang. Dia bagi dekat seramai 20 orang. Kaya betul Abang Aufan tu " Erma menyiku Fatin setelah Fatin habis berkata
" mana boleh panggil abang Aufan dah, kena panggil Aufan je sebab ' abang ' tu hanya Medinna yang boleh panggil " usik Erma membuatkan mereka ketawa
" choi " Medinna terus mencelah. Tak boleh dibiarkan kawan kawannya ini. Suka memalukan !
" geng, pengantin lelaki dah sampai !" Jerit Haziq di muka pintu, nampak kacak, tak pernah tengok Haziq pakai kemeja, hm baju sponsor juga ni
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
