29

574 20 3
                                        

" Aufan " Aufan memandang ke arah Medinna yang baru turun dari bilik mungkin

" aku nak cakap sikit " Aufan segera menutup televisyen. Mahu memberi tumpuan terhadap Medinna

" duduk " Seperti biasa Aufan angkat kaki dan bersila memberi ruang untuk medinna duduk

" cakap lah apa kau nak cakap " memandangkan harini Aufan cuti, dapatlah mereka luangkan masa bersama

" aku dah lama nak tanya benda ni " Medinna diam semula, Aufan masih lagi memandang wajah Medinna yang menunduk itu

" Siapa Rissa dalam hidup kau ?" Medinna gigit bibir

Medinna tak faham dengan dirinya. Dia tak pasti sama ada dia ada perasaan dekat Aufan atau pun tidak. Yang pasti bila Rissa muncul, hati Medinna, jiwa Medinna seperti tak tenteram. Ada satu perasaan yang mengganggu fikirannya

" kenapa diam ?" Medinna tenung mata Aufan yang masih diam tak menjawab. Cuba memcari kejujuran

" kan aku dah cakap, percaya dekat aku walau apa pun yang jadi.. " kata kata Aufan dipintas

" bukan ini jawapan untuk soalan aku, aku cuma nak tahu siapa Rissa dalam hidup kau " Medinna genggam tangan amtara satu sama lain, mencari kekuatan untuk risiko daripada jawapan Aufan

" Dia..dia tak ada makna dalam hidup aku. Dia bukan siapa siapa. Kau isteri aku dan bukan dia. Stop tanya soalan macam ni "

" tapi aku tahu kau tak jujur dengan aku " Mata Medinna sudah bergenang dengan air mata, dia cuma mahu Aufan jujur kalau ada sesuatu yang berlaku di belakangnya

" kan aku dah jawab, dia bukan siapa siapa dalam hidup aku " Aufan melayan lembut sahaja isterinya itu

" jujur lah dengan aku " Air mata Medinna sudah menitik tapi anak mata tak dilarikan daripada menatap anak mata Aufan

" Ya Allah Sumaiyah, kenapa ni ? Apa yang tak jujur ? Aku tak pernah tipu kau " ye, Aufan tahu apa yang Medinna katakan. Tapi tolonglah, bukan niat dia nak berbohong, dia taknak Medinna kecewa

" I know everything Megat Aufan " Aufan terdiam, kata kata Medinna memang membuatkan dia terkejut

" jujur dengan aku, apa yang terjadi sebelum ni. Jujur dengan aku apa niat kau kahwini aku. Jangan buat aku macam perempuan tak ada harga diri, suka suka kau nak ambil suka suka nak sakitkan. Aufan please aku merayu, tolong ceritakan hal sebenar " Medinna terus menunduk, tak mahu Aufan lihat wajahnya yang penuh dengan air mata

" Kau kata apa ni ? Aku ikhlas kahwin dengan kau "

" cerita dengan aku apa yang jadi dalam gambar ni " gambar di dalam telefon ditunjuk ke Aufan. Gambar itu dapat dari malam tadi, nombor yang tidak dikenal menghantarnya tapi Medinna sudah tahu itu semestinya Rissa

" siapa yang bagi gambar bodoh ni ? Mana kau dapat ? Aku nak kau delete sekarang Sumaiyah " Suara Aufan seperti menahan marah. Bukan niatnya nak marah Medinna, cuma dia tertekan bila tengok gambar tu

" Apa yang kau tengok tu tak semestinya betul lah. Kau ingat aku lelaki yang macam tu ke ? Aku cuma bagi barang berharga aku dekat perempuan yang betul betul berharga " Dagu Medinna diangkat membuatkan Medinna menghadapnya, bunyi esakan Medinna sudah dapat didengar

" kau tetap tak jujur dengan aku " antara dengar dan tak dengar sahaja suara Medinna

" okay, look at me. Aku cerita semuanya. Aku diperangkap Sumaiyah. Aku tak sedar. Bangun bangun je kawan aku call tanya aku dekat mana tapi aku sedar, yang aku duduk tu bukan bilik aku. Aku pelik, aku pening. Aku tengok pakaian aku dah terabur dekat lantai... " Medinna memintas, tapak tangan dihala ke Aufan

" stop it Aufan, aku taknak dengar. Aku taknak dengar. Apa semua ni Aufan. Kau janji dengan aku nak buat aku bahagia tapi apa yang kau dah buat. Aku bukan perempuan pertama dalam life kau. Aku kecewa. Kecewa dengan kau " Medinna bangun. Bersedia untuk pergi. Percayalah, hati Medinna sakit. Biarlah apa yang Aufan cakap tu benar tapi dia dah tak mampu nak dengar Aufan habiskan cerita tu. Dia sakit

" Girl " Aufan menarik lengan Medinna, terus dibawa Medinna ke dakapannya

" trust me. Kau perempuan yang paling aku sayang. Aku tak pernah sayang Rissa. Bagi aku peluang baiki semua benda ni " Aufan eratkan pelukan, tangan kanan mengusap kepala Medinna

" kau sendiri tahu yang aku tak percayakan happy ending untuk sebuah cerita cinta. Kenapa kau minta peluang kedua sedangkan kau tahu aku takkan peduli " Medinna jarakkan tubuhnya

" aku sayang kau. Kali ini je aku minta kau tolong aku..."

" aku dah banyak tolong kau. Aku kahwin dengan kau ni dikira tolong kau juga kan ? Aku tolong tutup kesalahan kau, aku buat orang nampak yang kau gentle berani ambil risiko kahwin dengan budak lepasan Spm sedangkan kau pernah TIDUR dengan perempuan lain " perkataan tidur ditekan

" aku bukan taknak cerita tentang ni tapi tak ada masa yang sesuai. Aku berani sumpah kau perempuan pertama yang aku sayang. Selama ni aku ego, aku buat keras hati jangan tunjuk yang aku sayang kau tapi jauh disudut hati aku, aku cuma nak buat yang terbaik untuk kau. Apa yang Rissa cerita tu benda lama, forget about it and kita teruskan hidup kita dengan lebih baik. Baiki relay kita. Jadi macam pasangan suami isteri yang lain "

" I need some space and time , jangan kacau aku " Medinna terus berlalu naik ke bilik

Sampai di bilik, bilik air dituju. Tab mandi dipenuhkan air. Tanpa menutup pintu dan membuka baju, elok sahaja Medinna masuk ke dalam tab mandi itu. Habis basah semua pakaian

" Ya Allah bagi aku kekuatan, aku tak kuat. Aku hamba yang lemah untuk lalui dugaan ini. Bantu aku Ya Allah " terkumat kamit mulut Medinna, mata dipejam, mahu rehatkan fikirannya

Tanpa sedar, walapun Medinna sudah berkata ' aku kuat ' beberapa kali pada dirinya, dia tetap mengalirkan air mata

Apa lah sangat jiwa dan hati perempuan. Mudah sangat menangis. Bila orang yang dia mula sayang buat dia macam ini, hati wanita mana yang keras ? Hati wanita mana yang tak berdarah ? Semua wanita akan kecewa. Menangis menjadi teman walaupun itu bukan yang mereka inginkan

Akhirnya, Medinna terlena. Penat dibuai perasaan kecewa. Terlena Medinna di dalam tab mandi bertemankan air mata. Kalau lah air mata itu boleh ditampung, mungkim tab mandi itu penuh dengan air mata kekecewaan seorang perempuan

Perempuan yang selalu mengharapkan kebahagiaan, perempuan yang tidak percaya happy ending untuk cerita cinta tapi dia juga mahukan happy ending untuk hidupnya

Walaupun hidupnya cuma sementara, apa lah yang boleh dia lakukan dengan tahap kesihatan begitu. Kekuatannya juga bergantung dengan orang yang dia sayang. Bila orang yang dia sayang buat begitu, di mana lagi kekuatannya selain Allah SWT



                                   •

Maybe last update untuk bulan ni. Sorry okay guys, saya tak dapat fokus exam bila fikir book ni tak complete lagi tapi at the same time rasa serba salah tak update huaaa

Its okay dont worry, kalau nak next bab boleh komen okay, saya akan usahakan untuk awak semua ! Love from me for you guys

Sorry kalau story ni tak memuaskan, tengah hadap laptop siapkan tugasan haih student's life kannn memang kena reda lah weh

Cinta TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang