20

508 15 2
                                        

Bunga bunga yang ditanam elok di taman hospital ini ditenung. Cantik warna warni. Dah dua hari Medinna duduk terperap dalam wad, harini keluar sekejap ambil angin, angkut je tiub masuk air sekali, nasib baik batang ni ada roda

Bunga bunga yang cantik tadi kelihatan seperti pudar warnanya, layu apabila seseorang elok melabuhkan punggung di sebelahnya

Mengeluh

" nak apa ?" Soal Medinna dingin, wajah Aufan tidak dipandang

" taknak apa apa, nak duduk je " loyar buruk betul Aufan ni. Jawapan menyakitkan hati

" lantak kau lah "

" kalau kata nak kau " dup mata Aufan direnung. Bengis je muka Medinna. Ingat lawak ke bergurau begitu

" okay tak tak, ni nak cakap yang Putera call tadi, dia kata kau tak angkat "
" dia nak balik eh ? Ya Allah rindunya. Bila dia balik ? Kejap lagi dia sampai kan ?" Ceria Medinna berkata. Rindu tak terkata dekat Putera

" tak, dia.. "

" lepastu " Aufan tayang muka geram , suka potong ayat orang

" dia minta maaf tak dapat ba.. " perkataan balik tak sempat dihabiskan

" kalau kau datang sini nak cakap yang abang tak dapat balik, lebih baik kau diam "

" tak faham lah dengan kau ni, kau tak faham ke yang abang kau tu kerja " Aufan ni mesti nak cari gaduh

" aku lagi tak faham dengan kau dan kau memang tak akan faham aku. Aku dah cakap lelaki semua sama " Darah Aufan naik, ayat itu yang dia benci

" jangan mula Puteri Medinna Sumaiyah " rambut diraup ke belakang. Muka geram mula terlukis di wajah Aufan

" jangan mula apa? Memang semua lelaki sama. Kalau tak sakitkan hati orang memang tak sah, perangai macam tu dia ingat hebat sangat ke. Susah sangat ke nak balik jenguk aku. Aku adik dia " Suara Medinna pula semakin meninggi, nasib baik sekarang tak ada orang. Yang ada cuma anak anak kecil

" sudahlah buat perangai macam ni, kita dekat public. Kawal sikit. Kau kena faham abang kau baru kerja, macam mana dia nak cuti. Jangan jadi macam budak kecik " Medinna sudah mula bangun

" kau nak cakap aku ni menyusahkan ? Perangai macam budak kecik ? Aku takkan angin kalau orang tak cari pasal. Kau dengar sini Megat Aufan , kau jangan nak masuk campur hal family aku " Medinna terus sahaja melangkah tetapi langkahnya kalah siput. Perlahan sahaja mungkin tidak larat lagi

" kejap lagi Daniell datang " itu ayat terakhir yang menyapa gegendang telinga Medinna

Aufan melihat sahaja Medinna. Degil

" nah " roti coklat dihulur kepada Medinna yang duduk di birai katil menghadap tingkap

" taknak " roti tadi tidak disambut

" ambikk " paksa Aufan. Diletak ke atas tapak tangan Medinna

" orang taknak lah ! " dibaling roti tadi ke bawah. Pandang Aufan dengan pandangan marahnya

" ini makanan Sumaiyah " Aufan ambil roti yang sudah terdampar di penjuru wad Medinna

" Aku cakap taknak, taknak lah. Yang kau nak paksa paksa kenapa ? Pergi berambus lah " tengking Medinna

Aufan mengeluh sebelum berkata, mungkin cuba menahan sabar. Aufan ni bukan penyabar sangat

" Girl, kau kenapa ni ? Hari hari nak emo, marah marah, tengking orang sana sini, marah doktor, marah aku. Apa salah aku ? Kau ada tak puas hati ke dengan aku ? Bagitahu " Medinna diam tidak beekutik

Cinta TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang