Aufan tak senang duduk. Doktor yang merawat Medinna juga tidak keluar lagi. Kalini Aufan menempah bilik VIp dan juga doktor peribadi. Keadaan Medinna sudah dikhabarkan ke Putera, kata Putera tidak dapat ambil cuti emergency kerana baru kerja beberapa bulan. Susah juga jadi doktor
Kepala terangkat ke arah pintu wad Medinna setelah pintu kedengaran terbuka. Wajah Dr.Ilya menjadi tatapan pertama
" macam mana keadaan Sumaiyah ?" Bergegas sahaja Aufan melangkah ke arah Doktor yang melawat Medinna
" duduk dulu " Misi yang bersama doktor sudah pun berlalu. Aufan dan doktor Ilya melabuhkan punggung di kerusi menunggu betul betul depan pintu wad Medinna
" macam mana ?" Soal Aufan lagi sekali
" Sebelum tu aku nak tanya kau, kau tahu ke Medinna ni ada menghidap penyakit ?" Slamber sahaja doktor Ilya mebahasakan diri begitu kerana mereka adalah kawan sekolah. Aufan angguk
" putera tahu dia dekat sini ?" Muka manis doktor Ilya ditenung. Dia mahu kan jawapan bukannya soalan
" macam mana keadaan dia ? Aku nak tahu itu je "
" aku rasa adik Putera ni.. " kata kata dipotong oleh Aufan
" Panggil dia Medinna " katanya dalam keadaan bengis
" haa aku rasa Medinna tak makan ubat, kalau dia makan ubat kemungkinan nak jadi macam ni terlalu rendah " Aufan ramas kasar rambutnya. Macam macam lah Medinna ni. Degil betul
" lepastu ? Aku nak tahu lebih lagi kisah Medinna ni " Doktor Ilya pandang pelik wajah risau Aufan
" aku nak tahu, Ilya "
" aku tak boleh cakap, Medinna minta rahsiakan " Ilya cuba bangun tapi tangannya direntap. Ilya mula gelisah, tak tahu nak buat apa
" Aufan, ni hospital. Jangan buat perangai " perlahan sahaja suara Ilya tetapi cukup tegas memberi amaran. Ilya tahu lah yang Aufan ni boleh marah macam lupa dunia, itu buat dia risau
" duduk " lagi keras amaran yang keluar dari mulut Aufan. Ilya tidak boleh berbuat apa apa. Patuh sahaja arahan Aufan, nanti kecoh pula
Aufan merenung tajam muka Ilya, Ilya pula masih tidak berkata apa apa
" okay fine, Medinna ni budak kuat. Aku pun terkejut bila kau cerita dia larat bangun masa hidung dah berdarah "
" bukan ini yang aku nak tahu Ilya " ya, Aufan mahu tahu tentang penyakit Medinna. Dia yakin Ilya sengaja buat buat tak faham. Dengar keluhan dari mulut Ilya
" Penyakit dia aku boleh katakan di tahap yang teruk kalau dia tak ambil ubat. Aku ada tengok rekod sakit dia dekat doktor lama dia, doktor tu cakap Putera yang selalu jaga pasal ubat dia. Jadi sekarang, Putera tak ada kan ? " Aufan angguk
" yes i got it, she never ate her medicine "
" aku dah agak " Putera bangun, menghala ke arah pintu wad Medinna
" Aufan " terbantut perbuatannya yang ingin memulas tombol pintu itu. Muka bengis memandang doktor Ilya
" bukan sekarang masanya, keadaan tak sesuai kalau kau nak marah dia. Dia ada masalah dia sendiri. Jangan ikut emosi kau " terus sahaja doktor Ilya melangkah pergi
Medinna yang bersandar di kepala katil segera membelakangi Aufan selepas melihat Aufan melangkah masuk. Nafas ditarik dan dihembus, cuba mengawal emosi apabila melihat kelakuan Medinna
" kenapa tak makan ubat ?" Kerusi sebelah katil menjadi tempat duduknya . Medinna masih diam membisu
" Sumaiyah, aku tanya ni " lembut sahaja suara Aufan menuturkan kata. Terjentik perasaan kesian dalam hatinya. Maklumlah, Medinna tinggal pun seorang diri, mesti sunyi sebabtu memberontak
" aku penat Aufan " badan sudah dipusing menghadap Aufan. Perlahan lahan Medinna bersandar kembali di kepala katil
" Im too tired with all of this, aku taknak hidup macam ni. Hidup bergantung dengan ubat. Aku letih. Lama dah aku hidap penyakit bodoh ni. Aku taktahu kenapa aku yang dapat ujian macam ni. Aku dah tak tahan, semua yang aku buat terbatas " terus Aufan memintas
" kenapa kau cakap macam ni Sumaiyah. Allah uji sebab sayang, semua dugaan ini ada hikmah. Kenapa kau macam salahkan takdir ? Kau sedar tak apa kau merepek ni ?"
Medinna ketawa sinis sahaja mendengar Aufan berkata ayat ayat begini
" senang lah cakap, kau tak rasa pun weh. Aku yang tanggung. Hidup seorang diri. Mama papa dah tak ada, abang dah jauh. Kau memang tak rasa apa aku rasa so please lah banyak kali aku cakap, jangan menyibuk masalah aku " Aufan hembus nafas. Masih boleh sabar. Nasib baik pernah pergi kursus perniagaan, mengajar cara bersabar dengan dugaan yang datang
" ya , aku tak rasa. Apa yang aku boleh cakap, sabar. Allah uji sebab sayang. Kau beruntung sebab kau orangnya, orang yang terpilih. Kau kena ingat, kalau kau sakit, orang lain akan sakit jugak. Semua orang sayang kau. Abang kau, kawan kawan kau, umi, semua sayang kau " Nampak Medinna diam, mungkin tengah menghadam kata kata Aufan
" and one more thing, ujian adalah kayu pengukur kesabaran. Sabar pula separuh dari iman. Mana iman kau kalau kau memberontak tentang ujian ? " Medinna tenung Aufan yang nampak begitu tenang mengeluarkan semua ayat ayatnya
" tapi abang tak sayang aku, dia jarang telefon aku. Dia janji akan call selalu tapi apa ? Apa yang dia buat ? Dia tak ambil peduli pun tentang aku "
" kenapa kau cakap macam ni ? Dia kan doktor, dia mesti busy. Kalau balik kerja tu mesti dia penat. Tak baik kau fikir macam tu. Dia sayang kau lah "
" sudahlah Aufan, kau bukannya siapa siapa pun. Kau tak payah lah nak berlagak tahu kisah hidup aku " Aufan ukir senyuman. Masih boleh bersabar
" girl, kau rehatlah , kau mesti penat kan kena cucuk sana sini " Aufan ketawa kecil. Apa yang lawak pun dia tak tahu tapi lawak juga dia boleh berhujah begitu
Senyuman diukir, sekejap je Medinna dah lena. Selimut ditarik sehingga menutup dada Medinna. Diusap rambut Medinna sedikit, tak mahu Medinna terjaga.
" tidur pun cantik "
" your eyes, nose, lips are so perfect. Sangat sempurna. Kalau aku cakap dekat orang yang kau perempuan sempurna dekat mata aku mesti orang cakap " serius lah, ramai lagi perempuan cantik dalam dunia ni, budak bawah umur jugak kau nak " " ketawa kecil Aufan bila terbayang yang dia sudah jatuh cinta dengan budak kecil
" tapi itulah, hati aku yang pilih budak comot macam kau ni, dah lah ganas, nakal. Orang suruh makan ubat tak nak lepastu keras kepala " tersedar Aufan dari lamunan yang mengarutnya tadi kerana telefon berdering
Putera
" hello adik aku mana ? Dia okay tak ? Bagi telefon dekat dia, aku nak cakap dengan dia " terus sahaja diserang Aufan dengan pelbagai soalan
" aduh kau ni bingit lah, diam sikit Medinna tengah tidur. Dia okay cuma Ilya cakap dia tak makan ubat sejak kau tak ada ni " Tentang Ilya sudah diberitahu selepas Ilya bersetuju tadi. Habis perlahan dah suara Aufan, malas mahu bangun tapi taknak Medinna terjaga
" tolong jaga dia, kalau aku dapat cuti aku balik. Aku harap kau dengan Daniell je ni Aufan. Tolong aku eh " belum sempat Aufan menjawab, Putera memintas lagi
" aku ada pesakit ni, nanti aku call lagi, gerak dulu bro " tut tut terus sahaja panggilan dimatikan
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Fiksyen Umum" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
