Harini. Hari yang paling ditakutkan buat pelajar tingkatan 5. Paling mendebarkan. Setelah lima tahun menimba ilmu, dan hari ini hari dimana pelajar diuji dengan peperiksaan terbesar sekolah menengah. SPM
Buat Medinna, hari ini juga hari yang menyedihkan. Hari dimana abang Putera akan berpindah ke Melaka dan dia tinggal seorang diri dirumah
Senyum
" adik " kereta diberhentikan tepat depan pagar sekolah
Medinna senyum lagi. Alahai taknak lah berpisah
" Adik jawab elok elok tau. Malam ni abang nak pergi dah. Abang nak kemas barang kejap lagi " kepala Medinna diusap
" kalau tak pergi tak boleh ?" Soalan ini sudah 20 kali agaknya ditanya untuk pagi ni sahaja
Abang Putera hanya ketawa. Itulah dah termanja sangat si Medinna ni. Tinggal sikit pun tak boleh tau
Bukan tinggal sikit. Tinggal lama ni Putera haih ingat jadi doktor senang ke dapat cuti. Susah tau susah
" senyum sikit. Tak lawa lah muka monyok je. Kata nak exam .Baca doa dulu sebelum jawab kertas tu. Abang tahu adik boleh buat. Jangan gelabah nanti semua benda lupa. Kalau give up je minta tolong dengan Allah. Minum air masak. Jangan tinggal kosong. Pastikan jawab semua soalan tau " tangan medinna digenggam. Muka Medinna yang terangguk angguk ditatap
" goodgirl dan go " Medinna tarik nafas, hembus. Pintu kereta dibuka
" doakan adik ye. Sayang abang " disalam tangan Putera
" sayang adik juga, sayang banyak. Dah dah karang lambat pulak " hidung dicuit . Tabiat Putera kan ni
Kaki melangkah ke arah Erma dan lain lain. Awal diorang sampai
" dah ready guys ?" Sapa Medinna, dipaut pinggang erma dan fatin, dan pautan itu bergabung bersama intan
" dah " kata mereka serentak
" Assalamualaikum calon Spm sila beratur di tepi dewan, ikut no giliran yang telah ditetapkan. Mula belah kanan dari 001. Keluarkan IC dan Slip peperiksaan. Ada yang tertinggal IC ?"
Paling ke sekeliling. Tiada yang angkat tangan
" okay bagus. Boleh masuk. Buat betul betul, banggakan Mak Ayah yang dah susah payah besarkan korang " sambung guru yang bertugas mengawal calon calon spm itu
Medinna senyum sahaja sepanjang peperiksaan dijalankan. Kan abang cakap jangan gelabah
Beg ditepi dewan dicapai, setelah berhempas pulas, habis juga kertas untuk hari ini
" Macam mana intan ? " dengar suara erma bertanya
Medinna pusingkan badan ke arah mereka. Tersenyum je Intan. Intan kan budak cerdik
" kau ?" Soal Medinna pula ke arah fatin
" em not bad lah tapi kalau nak cakap senang celah gigi tu aku tak berani " tanya sikit dijawab panjang. Fatin memang mulut becok
" dah dah. Study untuk paper nanti pula, abang kau dah sampai tu Medinna. Hangus dia karang tunggu lama "
Kereta ada aircond okay eleh erma ni
" bye " sempat lagi ditarik rambut erma
" hoi tak guna budak ni " jerit erma. Sengihan diberi. Erma tak marah pun. Erma kan budak baik hehe
" abang " dub ! Badan dihenyak ke tempat duduk penumpang. Nasib baik kereta ni berkualiti. Kalau tak, tercabut kerusi tu
" adik abang nak cakap sikit " kereta dibelok ke kanan. Aik ? Ini bukan jalan rumah mereka

YOU ARE READING
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...