22

457 12 3
                                    

Batu batu kecil yang ada di jalan itu disepak, dah lama rasanya Medinna tidak datang ke tasik ini, hari ini datang pun untuk berjoging bersama Erma, Intan dan Fatin. Peluh didahi dilap menggunakan tuala kecil yang disangkut di leher

" macam mana Medinna ? Kau dah tanya abang kau ke ?" Soalan Intan menarik minat Medinna untuk mengangkat kepala

" tanya apa ?" Medinna pandang wajah Fatin dan juga Erma, pelik sahaja

" mula lah tu, kuat sangat kunyah semut " gurauan Fatin membuatkan Medinna menggaru kepala

" Fatin ni kan " tegur Intan pula kepada Fatin, sengeh je Fatin

" alaa yang fasal kerja dekat hotel makcik Intan tu, kau dah tanya abang kau ke ? Dia bagi tak ? Aku dengan Fatin on je, lusa kami start kerja " sambung Erma, sudah berapa bulan mereka berbincang mengenai kerja ini cuma Medinna je yang tidak beri keputusan lagi

" taktahu lagi lah korang, nanti aku tanya abang aku, dia nak balik dalam dua tiga hari lagi " Medinna meneguk air mineral setelah duduk di bangku yang disediakan pihak bertanggungjawab di situ

" takpelah kalau macam tu, bila kau nak kerja, kau cakap dengan aku. Makcik aku okay je " senyum sahaja Intan berkata, memang dalam kelas mereka dulu, Intanlah budak paling ayu dan lembut

" jom makan ?" Ajak Fatin ceria

" makan je tahu " macam biasa, Erma lah yang selalu membahas si Fatin ni, suka mengusik Fatin, Fatin buat muka

" let's go ! Erma belanja " Medinna berdiri dan mengangkat tangan seakan akan menumbuk langit. Lapar juga dia pagi pagi sudah diangkut bawa berjoging dengan rakan rakannya ini, mereka berempat baru sahaja mendapat lesen kereta sebabtu enjoy kesana kemari

" its okay, just for my beloved friends apa salahnya " Erma ni sememangnya tidak kedekut

" yeay " Mereka berlari masuk ke dalam kereta yang dipandu Fatin

" tak ada parkir lah " rungut Fatin selepas penat mencari tempat letak kereta kosong, semuanya penuh walaupun harini hari kerja, bukan hari cuti

" tak apa sabar lah, cari lagi dekat depan tu " Medinna cuba menenangkan Fatin, Erma pula sudah masam muka, Erma dan Fatin memang cepat marah dan mereka berdua juga yang selalu jadi bodyguard

" haa tu tempat kosong " jerit Erma yang duduk di kerusi belakang

" fuh pening kepala pusing pusing " keluh Fatin di meja makan yang terletak di hujung restoran itu, memang suka duduk dimeja yang jauh dari orang sebab boleh borak kuat kuat

" makan dik ?" Soal pekerja lelaki dalam usia 20 an yang datang bersama buku kecil dan pen

" sunquick ais dengan nasi goreng ayam " pesan Fatin

" saya nak.." Belum sempat Intan memesan makanannya, Fatin mencelah semula

" taknak lah sunquick bang, tak ada taste lah sunquick dengan nasi goreng haa nak teh o ais je, baru nampak jiwa kampung " Medinna, Erma dan Intan tepuk dahi serentak, Fatin suka buat perangai. Pekerja tadi senyum sahaja

" adik pulak ?" Soal pekerja tadi kepada Intan semula

" nasi goreng biasa tapi nak pedas dengan milo ais " Lembut Intan berkata

" nasi goreng ayam pedas taknak ada sayur , air sama macam dia, teh o ais " Kalau yang tak ada sayur tu mestilah Medinna

" okay " pekerja tadi terus melangkah ke kaunter untuk memesan makanan yang dipesan oleh mereka

" bang !" Jerit Erma

" saya tak order lagi " Fatin sudah ketawa, Intan dan Medinna senyum senyum sahaja. Abang tadi lupa lah tu

" Kau tak penting " kata Fatin sambil ketawa

" dahlah dia bayar lepastu abang tak ambil order pula " sambung Fatin setelah abang tadi tiba semula di meja mereka

" sorry sorry abang tak sengaja " senyum sahaja lelaki muda itu

" takpe, nasi goreng pataya dengan air sejuk je " abang tadi berlalu semula

" aku taknak bayar nasi kau Fatin " kata Erma, terdiam Fatin

" taknak bayar nasi ? Air kau bayar kan " Fatin tayang gigi, bergurau sahaja, mereka tak pernah bergaduh walau sebesar mana pun masalah yang dihadapi

" sudah sudah, air dah sampai " Intan meleraikan

" weh weh korang nak tahu something tak ?" Soal Fatin yang nampak ceria bila nasi sudah sampai

" makan dulu baru bercakap " sampuk erma selepas membaca doa makan

" diam lah Erma, aku nak ajak korang datang kenduri doa selamat dekat rumah baru aku " ya, memang Fatin ada rumah baru, tak jauh dari rumah mereka

" bila ?" Tanya Intan sambil mengelap bibir dengan tisu

" 2 minggu lagi , korang datang lah "

" mestilah, lagi lagi kalau mama kau masak, mesti sedap kan ?" Mama Fatin pula ada catering, memang popular di kawasan mereka

" sudah, makan cepat " kata erma

Terkejut mereka berempat apabila ada seorang wanita menepuk kuat meja makan mereka, Fatin pula sudah tersedak

" Rissa ? " muka Medinna dikawal sehabis manis

" ye, aku Rissa. Aku nak warning kau eh budak. Jangan dekat dengan Aufan " jari telunjuk dihala tepat ke muka Medinna, Erma terpaksa bergerak ke belakang sedikit kerana Medinna disebelahnya

" ey apani kecoh kecoh ?" Soal Erma menolak tangan Rissa yang ada didepan mukanya

" kau jangan masuk campur ! Aku cakap dengan budak ni , berani rampas hak aku " suaranya semakin tinggi, pelayan restoran dan pelanggan yang lain kelihatan terkejut dengan suaranya

" apa ni ? Rampas Aufan ? Bila masa ? Saya tak ada hubungan pun dengan dia, awak merepek apa ni Rissa ? " kata Medinna

" jangan pura pura tak tahu lah bodoh, kau ingat aku tak tahu ke kau dengan dia bercinta, dia teman kau dekat hospital tu apa ? Jadi bodyguard ? Dia takkan buat kerja macam tu lah betina " dahi Medinna ditonyoh, terteleng kepalanya, Intan pula cepat cepat menahan kepala Medinna, kepala Medinna bukan boleh sentuh kasar kasar

" wo wo ini dah melebih, sebelum kau sakitkan kawan kawan aku yang ada dekat sini, kau kena hadap aku dulu. Kau perhati muka diorang ni, kalau kau sentuh diorang walau seinci, kau akan menyesal " Erma bangun dari kerusinya, memang pantang dia orang sentuh kawan kawan dia

" hadap aku juga, jangan berani eh. Kau ingat orang takut ke dengan kau. Pakaian macam pengemis, tak cukup kain, ada hati nak malukan orang. Kalau kau taknak malu dekat sini, lebih baik kau berambus " sambung Fatin yang juga turut berdiri

" Intan, suruh diorang stop " perlahan kata Medinna yang memegang kepalanya, segera Intan beritahu erma dan Fatin suapaya berhenti bertengkar

" bla " kasar kata Erma kepada Rissa membuatkan Rissa angkat kaki dan terus pergi tanpa bersuara

" kau okay ke ?" Soal Erma cemas, Medinna seakan menahan kesakitan

" masa perempuan tu tolak kepala Medinna, kepala Medinna kena sini " dinding tepi meja ditunjuk oleh Intan

" Melampau lah dia, korang bawa Medinna masuk kereta, aku nak bayar kejap. Call Putera kata yang kita bawa adik dia pergi hospital, risau apa berlaku nanti " tegas Erma terus berlalu ke kaunter, Medinna pula sudah dipimpin ke kereta

Cinta TerindahWhere stories live. Discover now