" Kau.. "
" bravo masih ingat, nampak tak saya penting dalam life awak ? " Aufan sudah mahu bangun, tak tahan dengan kata kata sinis Firhad
" calm down " kata Medinna perlahan kepada Aufan
" what do you want ? " tegas Medinna pula
" like I said sayang, of coz I want you " balas Firhad dengan memandang anak mata Medinna seakan menggoda
" ouh please, aku dah kahwin. Tak payah lah nak semak lagi. Aku tak akan balik dekat kau " kata Medinna
" kan aku pernah cakap, kalau aku tak dapat kau, orang lain tak akan dapat "
" tapi aku dapat " deras Aufan memotong kata kata Firhad
" tapi.. Tak akan kekal lama " Firhad berkata sambil ketap gigi, nampak seram
" jangan kurang ajar lah bodoh " Aufan bangun mencengkam kolar baju Aufan
" kau tu perampas , tak guna. Aku cakap dia hak aku " tak peduli mata orang memandang, satu tumbukan padu dah melepas di pipi Aufan
" Aku tak rampas. Terima lah takdir. Dia jodoh aku. Bangun lah dari mimpi kau. Dia bukan hak kau " Aufan memegang pipi yang ditumbuk tadi, suara naik setinggi yang boleh, geram dengan tindakan Firhad
" kau memang.. " Medinna terus berdiri di tengah tengah antara Aufan dan Firhad
" stop it Firhad, aku bukan kau punya. Bukan aku yang tinggal kau tapi kau yang bla tinggalkan aku. So, kau jangan nak salahkan Aufan " dada Medinna nampak kencang menahan marah
" lagi satu, jangan nak suka hati je tumbuk orang. Kau ingat kau siapa ? Kuat sangat lah ? Aku boleh report polis tahu tak ? Now, berambus. Aku taknak tengok muka kau dekat sini " tengking Medinna
" kau tunggu " jari telunjuk Firhad tepat di muka Aufan, memberi amaran yang dia tak akan mengalah
" bla " jerit Medinna lagi. Terus sahaja Firhad berlalu
" kau okay ? " soal Aufan kepada Medinna, tersenyum je Medinna. Dia yang kena tumbuk, Medinna pula yang ditanya soalan begitu
" kau tu okay tak ? " tak dijawab soalan Aufan malah Medinna pula yang menyoal
" okay ah, tengok badan lah sado kan ni takkan kena sentuh sikit dah lembik. Silap aku tak terajang je budak tu. Nasib baik kau ada, tenang sikit aku tadi. Kalau tak, budak tu yang lembik " nampak marah sangat Aufan, not 50 ringgit terus diletakkan di kauter restoran itu sambil dia berjalan keluar dari restoran. Macam YB je
" berlagak, muka pun dah lebam " usik Medinna, membulat mata Aufan memandangnya
" berani kau cakap macam tu " gelak sahaja lah Medinna dengan kata kata Aufan
" hoi kau nak pergi mana ? " jerit Medinna bila perasan yang Aufan tidak mahu keluar dari bangunan itu
" shopping lah "
" laa dah kena tumbuk pun masih nak shopping ke ? Lain kali jelah " Rasa serba salah pula Medinna bila suaminya tetap nak teman dia bershopping
" aku dah janji tadi. Takpelah, jom. Bukan sakit pun " tangan Medinna ditarik semula ke arah butik butik yang berada dalam bangunan berjaya time square itu
" nak apa ? Pilih lah " Medinna telan air liur, seriuslah suruh pilih baju harga macam ni
" mahal lah, takmau lah aku. Cari tempat lain jom " Medinna patah balik ingin keluar dari butik itu
" kalau nyawa aku boleh bagi dekat kau, dah lama aku bagi Sumaiyah. Setakat baju harga macam ni, tak luak lah duit kalau untuk kau. Pilih lah "
Kalini Medinna kagum. Tak sangka Aufan macam ni. Jelas kejujuran dari anak mata Aufan semasa meluahkan kata kata tadi
" terima kasih " Medinna ucap kepada Aufan
" apalah, belum beli lagi nak berterima kasih " bukan Aufan tak faham maksud terima kasih Medinna tuju ke ayatnya tapi sengaja buat buat tak faham
" rambang mata lah, tak tahu nak beli yang mana satu " Medinna angkat dua helai blouse yang berlainan warna
" ambil dua dua " balas Aufan selamba
" serius lah, orang kaya memang macam ni ke ? Suka shopping benda mahal sampai banyak helai " tersekat juga nafas bila Medinna congak harga kedua dua blouse itu, sehelai RM79 kalau dua helai ?! Tak ke lebih RM150 ?
" untuk kau buat apa nak berkira. Jangan cakap fasal harga ke apa benda, ambik apa yang kau nak. Bukan selalu aku dapat keluar macam ni "
Medinna diam je lah, tak tahu apa lagi nak kata. Memang tak terucap lagi kebaikan Aufan ni, tak kedekut betul dia ni
" kau nak beli baju apa ? " Medinna pula tanya Aufan
" tak tahu lagi, tengah pilih lah ni " Aufan membelek belek baju kemeja yang bergantung itu. Lelaki pun pandai memilih tau
" ambil yang ini lah, aku rasa sesuai dengan kau " Medinna pegang sehelai baju kemeja yang tiada corak, kosong sahaja
" kau cari baju sama warna dengan kau eh ? " Aufan angkat kening berselang seli kiri dan kanan, sengaja nak malukan Medinna
" no way, aku cakap ni lawa je " Sebenarnya Medinna pun tak perasan sama warna dengan blousenya yang tadi
" tipu, takpe lah aku ambil warna ni dengan yang ini. Sedondon lah kita, kau suka kan kita sedondon " tak henti Aufan usik Medinna
" mana ade " merah muka Medinna menafikan kata kata Aufan
Aufan ketawa dengan perangai Medinna, mudah malu juga Medinna ni . Blouse di tangan Medinna diambil dan dibawa ke kauter bersama baju kemejanya tadi
" semuanya RM285.70 . credit card or cash ? " tanya pekerja yang sudah melipat baju masuk ke dalam beg kotak
" cash "
Lagi sekali Medinna menyuarakan pendapatnya setelah mereka keluar dari butik itu
" banyaknya duit kau bawa, bahaya lah. Kalau apa apa jadi kan susah "
Memanglah, dari roller coaster, restoran, butik semua cash. Di restoran sahaja sudah lebih kurang RM50, butik RM285.70. Roller coaster maybe dalam RM40. Banyak sangat, bahaya ! Itupun belum tentu dah habis duit yang dalam beg duit Aufan tu
" kau jangan risau, ramai bodyguard aku dekat sini, jadi tak kisah lah nak bawa berapa ribu sekali pun "
" what ?!! Bodyguard ? Mana ? Kenapa aku tak tahu selama ni " Aufan tepuk dahi, terlepas cakap lah ni
Niat hati nak berahsia sebab taknak Medinna rasa terkongkong. Tipulah dia tak perlukan bodyguard, Aufan ada syarikat besar. Di mana mana sahaja mungkin ada musuh yang menanti. Jadi, dia perlu ada bodyguard atau lebih kepada 'kawan sekerja'
" jangan jerit, ini aku dah bagitahu kan " Aufan petik jari dan berkata ' keluar '. Terus sahaja 7 lelaki yang berbadan sado, bercermin mata hitam datang berbaris di hadapan Medinna dan Aufan
" ramai macam ni pun aku tak pernah perasan, kenapa pakai baju biasa ? Kenapa kena berlakon macam orang biasa ? Kenapa tak bagitahu aku ? Kenapa perlu ada bodyguard ? Eee tak faham lah "
" balik dulu okay, nanti aku cerita. Promise "
" tak, masalahnya kenapa budak budak futsal ? Ni set futsal kan ? Aku cam lah diorang ni ? Kenapa aku tak pernah tahu selama ni ? "
" kita bincang dekat rumah okay, sini ramai orang, malu orang tengok "
" wait..aku tak faham kenapa diorang .. " Medinna ikut sahaja Aufan bila tapak tangannya sudah pun bersatu dengan Aufan
Aufan ni kan, setiap masa buat Medinna bertambah sayang. Macam mana lah nak marah aduh
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
Ficción General" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
