Medinna duduk seorang diri di dalam perpustakaan sekolahnya. Kawan yang lain ? Ada yang bertugas dan tolong cikgu
Terfikir perkara yang didebatkan bersama abang putera semalam, keluhan dilepaskan. Bukan senang nak move on dari pemergian mama dan papa. Belum cukup kuat
Kepala dilentok ke meja, waktu rehat lagi 20 minit akan habis
Kepala diangkat setelah mendengar beberapa kerusi ditarik
Ouh kakak dan abang form 6
Ya, sekolah ni ada form 6
Dan
Teringat dekat firhad, senyuman pahit diukir, tiada khabar berita setelah firhad tamat belajar di sini
Rindu menjentik tangkai hati
" weh Medinna, waktu rehat dah habis. Jom masuk kelas " terasa lengan digoncang
" hmm ?" Medinna mengeliat kecil
" waktu rehat dah habis, cepatlah nanti cikgu marah masuk lambat " kata fatin pula
" haa ? Dah makan ke ?" Soal Medinna polos
" Ya Allah makan apa lagi, dah habis waktu rehat lah, jom masuk kelas. Mamai pula dia ni " lengan aku ditarik bangun dari kerusi
" aku tertidur eh ?"
" yee, kitorang dah lama ada dekat sini cuma malas kejut kau "
Hanya senyuman yang mampu dibalas. Baik sangat sahabat ni
Cikgu mengajar di depan tetapi fikiran Medinna melayang ke perkara lain
Terfikir Firhad..
Kepala digeleng beberapa kali, berharap bayangan Firhad hilang dari ingatan. Pelik tetiba muncul
" Medinna awak kenapa tu ? Dengar tak apa saya cakap ?" Tegur cikgu subjek matematik tambahan
" Dengar cikgu "
" mari buat soalan ni dekat depan "
Mata melirik ke arah papan putih, nasib baik soalan senang. Kalkulator dicapai dan melangkah ke depan
Selesai siapkan soalan persamaan kuadratik itu
" awak boleh duduk " senyuman cikgu dibalas
" ini lah calon spm kita, tengok jalan kira yang Medinna buat, takde yang tertinggal pon apa yang saya ajar, korang semua kena buat macam ni lah. Faham tak ?"
" faham " sahut semua murid dalam kelas itu. Medinna ? Senyum sahaja lah
" Kau ada problem ke ?" Soal erma
Tangan masih lincah mengemas alat tulis
" Medinna " panggil erma lagi sekali lagi apabila soalan tidak dijawab
" Ye ?" Soal Medinna kembali
" Kau ada problem ke ni ?"
" haha takdelah " ketawa kecil cuba diberi. Semoga dapat sembunyikan masalah
" jangan tipu aku, kita besar sama sama lah sis "
Ini lah kelebihan erma, tak boleh ditipu
" serius takde apa, kalau aku ada masalah, kau lah orang pertama yang akan tahu "
" jangan lupa kami orang " kata intan yang datang bersama fatin
Ketawa dibuatnya dengan gelagat mereka. Risau sangat
Abang Putera fokus memandu. Masih terasa dengan Medinna mungkin
" hmm abang " suara dilembutka. Jari diramas
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Terindah
General Fiction" sakit..takut..aku nak kau " balas Medinna, sayu hati Aufan bila Medinna seperti sangat sangat lemah " listen girl. Please be my Sumaiyah , Sumaiyah yang kuat, bukan yang lemah . Sabar sikit, i'll come to get you . I'll save you. Aku janji " Medinn...
