16

507 17 0
                                        

" haa ?" Soal Medinna pelik. Dah kenapa dia ni suka suka je suruh orang buat itu buat ini

" kebelakangkan topi kau " ulang Aufan lagi sekali

" why ? Biarlah aku nak pakai topi macam mana pun, kenapa kena ikut cakap kau " Medinna masih berdegil tak mahu. Kenapa pula ? Okay je macam ni

Tak sempat Medinna tempis tangan Aufan yang suka suka alihkan topinya menghala ke belakang. Mata memandang Aufan, Aufan pula membalas pandangan itu. Nak lawan mata ke ? Tak takut jatuh cinta ? Dari mata turun ke hati kan ?

" aku tak suka berborak dengan orang tapi tak pandang mata " kata Aufan. Sebenarnya nak tengok muka Medinna, itu je alasan dia

Medinna ketawa kecil

" kau bercakap bukan pandang orang pun " memang betul apa yang Medinna katakan tapi satu benda yang dia taktahu, Aufan curi curi pandang. Aufan : lelaki ego

Aufan pula angkat bahu. Malas Medinna mahu berdebat, segera dia berdiri mahu pergi ke kedai runcit depan gelanggang. Ditepuk seluar sedikit untuk hilangkan kotoran

" cakap sikit, merajuk " Aufan juga turut berdiri, ikut langkah Medinna

" Erma ! Fatin ! Aku nak pergi kedai kejap " jeritnya kepada mereka yang seronok bermain futsal. Berpeluh peluh budak lelaki. Mereka berdua angkat jari ibu 👍

" kenapa dengan kau ni ? Pergi lah duduk sana " terbehenti langkah Aufan apabila Medinna berhenti secara mengejut

" bukan jalan ayah kau pun " dush ! Hati bagau remuk, remuk seremuknya. Kalah kertas yang dironyok

Aufan juga terkaku, terkejut mengapa mulutnya berkata begitu, mungkin terkejut kerana Medinna berhenti secara tiba tiba tadi sebabtu terkata begitu

Mata Medinna menikam mata Aufan

" Kau ulang semula " Suara Medinna mula bergetar menahan marah, geram, sebak dan sebagainya. Tubir mata juga terasa panas dek air mata. Topi dibuka, rambut diselak kebelakang dan memakai semula topi itu. Aufan masih diam

"I said, repeat what you said Megat Aufan ! " Kalau Medinna marah, mesti panggil nama lain dari biasa

" aku minta maaf " Aufan tatap sahaja mata Medinna. Perasan dengan mata Medinna yang mula berair

"that's not what you said before, I want to hear that word again, the real version. Aku taknak dengar kau minta maaf " suara mula meninggi. Nasib baik tak ada orang, kawasan ni jauh sedikit

" Ya Allah Sumaiyah, dont be like this , aku tak sengaja tercakap macam tu. Aku minta maaf " rayu Aufan

Medinna sapu kasar air matanya yang sudah mengalir beberapa titik. Senyuman diukir. Entahlah sinis ke, senyuman maafkan ke or what

" aku minta maaf " Aufan masih kejar langkah Medinna

" jangan ikut aku "

" kau tak maafkan aku lagi "

" aku kata jangan ikut " Kata Medinna tetapi tidak pandang ke belakang

" Sumaiyah " berpusing badan Medinna apabila tangannya disentap

Mengeluh

" apa ?"

" kan aku cakap aku minta maaf " masih tak berputus asa. Naik penat Medinna dengar

" lepastu nak apa pegang pegang tangan aku ni ?" Aufan kalih ke tangan mereka. Malu juga terpegang lama tangan anak dara orang

" aku nak kau maafkan aku "

" okay disebabkan aku malas nak dengar kau merayu, aku maafkan lah " topi sudah dipegang di tangan, rambut dibiar terlepas, angin meniup rambutnya. Aufan pula sengihlah sampai ketelinga

" Dina " Medinna dan Aufan berpaling ke arah pemilik suara. Sorang lelaki berjalan menuju ke arah mereka, cepat cepat Medinna berdiri disebelah Aufan

" tak sangka jumpa sayang dekat sini " Aufan pandang pelik muka lelaki dihadapan mereka ini. Sayang ? Means dia boyfriend Medinna ke ?

" dan tak sangka Dina ada orang lain belakang Fiyad " Firhad memandang Aufan dari atas kebawah.

" apa kau nak ni ?" Soal Medinna malas

" whats wrong with you sayang ? Kenapa macam ni ? Puteri Medinna Sumaiyah yang Fiyad kenal bukan macam ni " kata Firhad lagi

" kenapa ? Fikir aku masih tunggu kau ? Kau silap lah Firhad, kalau itu yang kau fikir, kau memang silap " Aufan masih diam, memandang Medinna pula

" Berapa kali lagi Fiyad kena terangkan dekat Dina ni, Fiyad terpaksa pergi masatu. Maafkan Fiyad. Fiyad tahu Dina masih sayang kan Fiyad kan ? Dina guna lelaki ni sebab nak jeleskan Fiyad kan ? Tak payah nak sakitkan diri sendiri lah Dina "

" wo wo wait, sayang ? Sayang tu apa ? Perasaan ke ? My God apa murah sangat perkataan sayang ni ? Aku sayang kau ? Masih sayang kau ? Are you sure dengan apa yang kau cakap ? Kenapa pula nak gunakan orang lain untuk jeleskan kau ? Kau jeles ke ? Kau tu jangan nak siksa diri kau kejar aku lagi. Pleaselah. My answer still no. Aku taknak kau dah. Aku penat. Kalau bukan sebab kau pergi tu, kita tetap akan berpisah. Kau fikir apa salah kau lah Fiyad "

Fiyad mula memegang tangan Medinna, tak mahu mengalah. Tak peduli dengan Aufan

" lepaskan aku lah " Medinna cuba melepaskan genggaman itu

" weh bro, dia dah taknak janganlah paksa. Jangan buat dia macamni, sakit tangan dia. Lepaslah, cakap baik baik " calah Aufan, perlahan lahan Aufan tarik tangan Medinna dari genggaman itu

" kau jangan masuk campur " kolar baju Aufan ditarik

" aku bukan nak masuk campur, kau dah melebih ni. Bukan macam ni cara layan perempuan " Aufan cuba melepaskan diri dari cengkaman Firhad

Bush !

" aku cakap jangan menyibuk, ini bukan masalah kau " jerit Firhad selepas melepaskan tumbukkan di pipi Aufan.

" shit " pipi yang ditumbuk disentuh, digerakkan rahangnya sedikit. Gentle jangan tunjuk sakit, malu dekat Medinna woi

" Aufan, are you okay ? Sakit ke ? " Medinna mula kalut membelek muka Aufa. Sebab dia, Aufan pula jadi mangsa

" Dina " Medinna tempis tangan Firhad. Mata merenung tajam ke arah mata Firhad

" Dina.. Fiyad na.."

" Diam " potong Medinna. Terkejut Firhad dan Aufan bila Medinna angin

" sebab inilah aku taknak dengan kau. Baran tak habis, sikit sikit nak angin. Kau rasa aku boleh hidup ke dengan lelaki macam kau ni ? Silap hari bulan, muka aku yang lebam " tengking Medinna

" sudahlah Firhad, kau cari je orang lain. Penat lah aku nak ulang banyak kali, kau sendiri tahu aku taknak kau dan memang tak akan nak kau balik. So, pleaselah kau faham kan apa aku cakap " suara mula seperti biasa, tak ada guna nak menjerit dekat sini, Firhad tetap sama, pertahankan hak dia

" Fiyad tak boleh " Firhad meramas kasar rambutnya. Habis hilang macho

" Kau boleh " pujuk Medinna, ada juga rasa kesian tapi perangai Firhad memang dah melampau sebelum ni

" Dina lupa janji kita kan ?" Ouh dengan janji dia pancing Medinna

" janji ? Janji kita dah hancur. Kau yang pijak. Kau lupa ? Hancur macam ni " Kaki dibuat seakan memijak sesuatu. Sinis sahaja cara percakapan Medinna. Aufan sedikit terkejut, jarang tengok Medinna marah macamni, dalam cahaya lampu jalan yang samar samar ni masih boleh lihat muka merah menahan marah Medinna

" jom " Tangan Aufan ditarik, malas mahu melayan Firhad ni. Buang masa, tak jadi ke kedai. Ini semua sebab firhad

" Fiyad akan pastikan Dina jadi milik Fiyad. Aku tak kisah apa yang jadi lepasni, aku akan pastikan jantan tu takkan dapat kau Dina. Kalau aku tak dapat, orang lain takkan dapat. Kalau dia dapat, dia mati dekat tangan aku. Kau ingat ni. Aku tak main main dengan kata kata aku. Youre mine forever ! " jerit Firhad yang jarak sudah beberapa meter. Jantan tu ditujukan kepada Aufan. Terhenti langkah Aufan dan Medinna. Medinna tarik nafas, hembus. Wajah Aufan yang memandangnya dikerlih seketika

" aku minta maaf Aufan "

Cinta TerindahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang