Part 32

60 10 1
                                        

"Sayang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Sayang..." Izz meraba ke sisi katil tempat perbaringan isterinya namun kosong lantas dia segera bangun untuk meneliti.

Awak nak tinggalkan saya lagi ke Aileen?

"Aileen! Sayang!" Jerit Izz segera menyusuri anak tangga turun ke dapur barangkali isterinya sedang menyediakan sarapan.

Dia betul betul tinggalkan kau Izz!

"Oh come on lah, cari betul betul boleh kan." Suara seseorang dari belakang membuatkan Izz tersenyum seterusnya memalingkan tubuhnya. Bagai mahu tercabut matanya tatkala melihat Aileen memakai seluar pendek seterusnya dilihat ke atas pula, isterinya hanya memakai sport bra diselitkan pula kemeja yang tidak berbutang.

"Seriuslah nak pakai macam ni?" Tanya Izz bersandar di tepi cermin pintu kaca.

"Why not?" Sengaja Aileen mempamerkan renungan nakalnya.

"Kalau macam ni gayanya memang nak suruh Izz gigit," Izz mendekati Aileen yang sudah pulang ke sisinya sejak beberapa minggu yang lalu. Sungguh hidupnya terasa lengkap seperti dahulu lagi.

Izz melihat Aileen membawa sarapan ke meja luar laman rumah. Ada saja akal Aileen untuk memikatnya.

"Sayang nak pergi mana? Izz ada apply cuti seminggu demi nak bawak isteri berjalan." Mata Izz bercahaya saat menyampaikam khabar gembira itu. Dia ingin meluangkan lebih banyak masa berdua bersama Aileen setelah melewati segala badai yang melanda.

Aileen mengeluarkan sesuatu dari poket kemejanya. Dia tidak menyangka Izz mempunyai fikiran yang sama sepertinya.

"Saya dah booking dua tiket cruise ni untuk kita!" Riang suara Aileen mengeluarkan kejutan yang sudah lama dia simpan sejak bulan lepas lagi.

"Cruise? Atas laut?" Tanya Izz terpinga-pinga.

"Ya lah atas laut, kan romantik dapat bercuti sambil tengok pemandangan laut." Jawab Aileen masih kedengaran teruja.

"Saya... mabuk laut lah Aileen." Ujar Izz perlahan. Dia tidak mahu merosakkan suasana gembira namun dia juga harus jujur.

"Mabuk laut? Look, kapal ni bergerak slow je. Tak rasa pun. Mesti awak tak akan rasa goyang-goyang pun." Jelas Aileen suaranya sedikit mendatar. Mulutnya sudah muncung ke depan sedikit.

Izz mengangguk setuju tidak mahu merosakkan kegembiraan yang terpancar di wajah Aileen. Dia pedulikan dengan ketakutannya demi isteri tercinta.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Feb 11 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Cinta SepertiNyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang