"Tuan".
Seorang lelaki berwajah bengis memusingkan tubuhnya yang besar dan kekar ke belakang. Kesuraman cahaya di dalam bilik menambahkan lagi kebengisan yang terpapar pada wajahnya. Tentera yang menegurnya tertunduk ketakutan. Lututnya menggeletar."Kami sudah berjaya mengesan lokasi Storm, tuan," lapor tentera itu.
Lelaki berwajah bengis itu tidak mempamerkan sebarang riak sebaliknya terus mengajukan soalan. "Pewaris cahaya dan kabus?"
Si tentera menelan air liurnya yang terasa pahit. "Kita ter..terlambat tuan. Dia kini sudah berada di AIM," jawabnya gusar.
"LRMBAP!!!" Jerkah lelaki berwajah bengis sambil menghentak meja kuat. Wajahnya berubah merah padam. Dia merenung tentera dihadapannya itu tajam dengan mata yang dibeliakkan luas.
"Arahkan tentera kita bersiap sedia untuk membunuh Storm. Dan arahkan Stone dan Ice bertemu aku sekarang juga!" Tengking lelaki berwajah bengis itu lagi.
"Ba..baik Tuan Blizzard," akur tentera itu. Tanpa membuang masa, terus dia terkoncoh-koncoh keluar dari bilik yang menyeramkan itu.
Setengah jam kemudian, dua orang lelaki berpakaian tentera dan berwajah beku berjalan menuju ke bilik itu. Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, mereka terus menerjah masuk.
"Tuan," sapa mereka serentak. Badan mereka ditundukkan sedikit.
"Ahh, buah catur kegemaran aku. Stone dan Ice, lama tak berjumpa". Berbanding dengan lelaki tadi, Tuan Blizzard kelihatan lebih tenang di hadapan Stone dan Ice. Dia siap mengukirkan senyuman buat mereka berdua. Namun senyuman itu hanya dipandang sepi oleh dua tentera yang baru tiba itu.
Stone melabuhkan punggungnya di atas kerusi dihadapan Tuan Blizzard. Wajahnya beku dingin seakan otot-otot mukanya lumpuh. Ice pula sekadar berdiri sambil menyandarkan tubuhnya pada rak buku yang berada disebelah kanan bilik. Kedua-dua tangannya diseluk kedalam kocek seluar.
"Light and Mist..." Tutur Tuan Blizzard perlahan. Dia tersenyum sinis apabila melihat kedua-dua lelaki itu mula menumpukan perhatian kepadanya. Wajah beku mereka mula disaluti emosi. Bukan senyuman atau kesedihan sebaliknya rasa marah dan dendam yang telah lama terkurung dalam hati dan menunggu masa untuk meletus.
"Kamu berdua mahu balas dendam?" Sengaja Tuan Blizzard mengajukan soalan itu walaupun hakikatnya dia sudah mengetahui jawapan kedua-dua lelaki itu.
"Apa kau mahu, Blizzard? Terus-terang sahajalah. Tak perlu bermadah pujangga disini!" Bidas Stone yang bengang dengan gelagat Tuan Blizzard yang sengaja melambat-lambatkan bicaranya.
Senyuman sinis yang tersungging dibibir Tuan Blizzard semakin lebar. Dia mengeluarkan terakolnya lalu menembak pada satu titik diatas peta yang terhampar pada dinding. Titik di mana Akademi Irsul Muta'afif terletak.
Stone dan Ice hanya memandang tindakan Blizzard.
"Pewaris kabus dan cahaya," bisiknya sambil mengusap muncung terakolnya. Bisikannya cukup kuat untuk turut didengari oleh Ice dan Stone.
"Aku mahu kalian bawakan dia kesini hidup-hidup. Aku akan beri peluang kepada kalian untuk melampiaskan dendam kalian kepada dia. Tetapi ingat, pastikan tiada sesiapa yang sedar akan kehilangannya. Kalau gagal, kepala kalian yang menjadi gantinya!" arah Blizzard tegas.
"Lokasi?" Soal Ice setelah mendiamkan diri sekian lama.
Stone menjeling tajam ke arah peta yang berlubang angkara ditembak oleh Blizzard tadi. "AIM".
"Emmm, menarik. Baiklah, kami terima misi ini. Bila kau nak kami lakukannya?"
"Secepatnya," balas Tuan Blizzard. "Kalian uruskan dia dan aku uruskan PEMBELOT terbesar Blackwest. Faham?!"
YOU ARE READING
AIM-Akademi Irsul Muta'afif
RandomDia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pe...