Bab 24

412 62 3
                                    

    Malam menjelma lagi. Sultan Faizan Rafiq termenung sendirian di rumah Keluarga Emir yang ditumpanginya sepanjang dia berada di AIM. Segala urusan negara diserahkan kepada bendahara buat sementara waktu.

    "Kenapa tuanku kelihatan gelisah? Ada apa yang patik boleh bantu?"

    Sultan Faizan Rafiq tersentak saat seorang lembaga muncul secara tiba-tiba dihadapannya. Lembaga itu berselubung penuh dari kepala hingga ke kaki. Malah mukanya turut disembunyikan disebalik topeng kain yang berbentuk segi tiga terbalik.

    "Siapa kau?" Soal Sultan Faizan Rafiq tenang. Dia kekal duduk disofa. Matanya merenung lembaga itu. Cuba mengenalpasti identiti sebenar lembaga itu berdasarkan susuk tubuhnya.

    "Tak perlu aku beritahu pun, tuanku pasti sudah tahu, bukan?"

    "Blackwest.." gumam Sultan Faizan Rafiq.

    "Apa yang kau mahukan? Tak puaskah kalian meracuni penuntut-penuntut AIM yang tak berdosa".

    Lembaga itu diam. Dia bergerak menghampiri Sultan Faizan Rafiq sebelum berhenti betul-betul didepan sultan. Jarak antara mereka teramat rapat sehinggakan Sultan Faizan Rafiq terpaksa mendongak untuk melihat lembaga itu.

    "Di mana Pedang Lazuardi?" Bisik lembaga itu ditelinga sultan Faizan Rafiq.

    "Aku tak tahu," tingkah sultan Faizan Rafiq.

    "Di mana Pedang Lazuardi!" Bentak lembaga itu. Dia berundur ke belakang lalu melibas pedangnya ke tepat ke leher Sultan Faizan Rafiq.

    Sultan Faizan Rafiq kekal tenang. Sedikit pun dia tidak berganjak dari kedudukannya. Hayunan pedang itu terhenti di lehernya. Sekadar mencecah kulit luar. Kelihatan darah merah mengalir dari luka akibat ketajaman pedang itu.

    "Kau tak akan dapat pedang itu kerana pedang itu bukan milik kau. Jangan bermimpi lagi," ujar Sultan Faizan Rafiq.

    Lembaga itu menekan sedikit pedangnya di batang leher sultan. "Pilihan yang salah Faizan Rafiq. Kau tak sayang nyawa sendiri?"

    "Kau salah. Kerana aku menyayangi nyawa sendirilah, aku memilih untuk syahid dari mengkhianati Keluarga Emir. Hidup mulia atau mati syahid!" Jerit sultan lalu menikam tangan lembaga itu dengan pen yang berada dalam koceknya.

    "Arghhhh!!"

    Sultan pantas menekan permukaan Memoirnya lalu memusingkan permukaan Memoir itu berlawanan dengan arah jam. Menghantar isyarat kecemasan buat Kesatuan Durrah. Dia turut menunduk sambil berundur pantas untuk menjauhkan dirinya dari lembaga itu.

    "Sayang, sungguh sayang. Kau sultan yang bijak lagi berani tetapi selamanya kau menjadi hamba Keluarga Emir". Sinis lembaga itu berbicara. Cuba bermain emosi untuk membalas dendam atas kecederaannya.

    "Sekurang-kurangnya aku bahagia dengan cara ini. Selayaknya Keluarga Emir yang menjadi pemimpin utama tetapi kau tahu...mereka amat merendah diri. Sekadar menguruskan ketiga-tiga negara Kesatuan Durrah disebalik tabir tanpa mendedahkan diri mereka. Muliakan sikap mereka itu?" Selamba sultan Faizan Rafiq membalas.

    "Kau memang menyakitkan hati! Kau ingat Keluarga Emir akan menang selamanya? Heh, sedang mencari aku diantara ribuan penuntut AIM pun mereka tidak mampu. Jangan harap mereka mampu mencegah peperangan kali ini".

    "Maka, biar aku sahaja yang membantu mereka mencarik topeng itu dari wajah kau!"

    Sultan Faizan Rafiq melancarkan serangan kali keduanya. Mereka bergelut dalam situasi yang semakin mendesak itu.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now