Sky memerhatikan pemimpin Kesatuan Durrah merangkap pengetua AIM itu dari kejauhan. Dia berdecit melihat ketenangan yang terpancar pada wajah lelaki itu yang baru keluar dari pintu masjid.
Di sisi Tuan Rasyid, kelihatan Tuan Ammar yang sedang berbual bersamanya. Walaupun mereka berdua kelihatan santai, dia tahu bahawa kedua-dua Keluarga Emir itu sedang dalam keadaan siaga.
Keselamatan tetap diutamakan walaupun seperempat kekuatan Blackwest sudah dikuburkan dek rancangan Tuan Haidhar. Kemenangan awal mereka tak bermaksud kemenangan mutlak milik mereka juga.
Ini adalah peperangan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
"Rasyid perasan?" soal Tuan Ammar sambil tersenyum manis. Cuba memperdayakan sesiapa sahaja yang sedang memerhatikan mereka itu.
Tuan Rasyid tertawa tanpa suara melihat riak abang iparnya yang lansung tidak selari dengan nada suaranya. "Rasyid tahu. Kita sama-sama tahu bahawa sememangnya Rasyid menjadi sasaran mereka sejak awal lagi. Bukan kerana Rasyid ialah ketua Kesatuan Durrah, tetapi Rasyid adalah Keluarga Emir". Tenang sahaja Tuan Rasyid membalas soalan abang iparnya itu.
Sempat dia menepuk bahu Tuan Ammar sebelum meneruskan langkah untuk kembali ke Menara Utara. Hanya mereka yang masih berada di kawasan masjid itu. Semua jemaah tadi telah beredar untuk mengambil posisi mereka semula. Demi langkah keselamatan, semua ahli Kesatuan Durrah bersolat secara bergilir-gilir. Dia dan Tuan Ammar termasuk dalam kumpulan yang terakhir yang bersolat dimasjid itu.
"Abang?" panggil Tuan Rasyid apabila menyedari Tuan Ammar tidak mengekori jejaknya. Dia memandang Tuan Ammar yang masih berdiri di tempat tadi. Tangan kanan lelaki itu mengenggam kejap hulu pedangnya.
"Rasyid pergi dahulu. Biar abang selesaikan makhluk itu dahulu," arah Tuan Ammar dalam nada tegas.
Tuan Rasyid tersentak sebelum dia tersenyum. "Kenapa tidak Rasyid yang uruskan perkara ini sendiri. Lagipun sudah lama Rasyid tidak merenggangkan urat-urat Rasyid ini," balasnya. Teringin juga dia melihat siapa yang dihantar oleh Blizzard untuk membunuhnya. Pasti lelaki itu bukan calang-calang.
"Habis, siapa yang hendak berikan arahan kepada Kesatuan Durrah yang lain?" bantah Tuan Ammar.
"Laa..abangkan ada. Macam tidak biasa pula," selamba Tuan Rasyid menjawab. Sengaja dia membuat muka tidak bersalah.
Tuan Ammar menjeling adik iparnya itu tajam sebelum menghela nafas perlahan. "Ikut Rasyidlah..." ujar Tuan Ammar seraya mendekati lelaki itu. Ditepuk bahu Tuan Rasyid sambil menyambung kata-katanya. "Jaga diri. Abang tunggu Rasyid disini".
Tuan Rasyid mengangguk sambil memandang wajah Tuan Ammar dari sisi. "In sha Allah. Perhatikan kawasan barat. Rasyid dapat rasakan bahawa mereka akan menyusup masuk dari situ. Dan...sebelum Rasyid terlupa, jangan jauh dari Sultan".
Tuan Ammar membuat muka mendengar arahan adik iparnya itu. "Jadi abang kena mencari sultanlah ini?" kedengaran suaranya seperti malas untuk menurut arahan itu. Menjaga sultan bukanlah mudah kerana lelaki itu sering muncul dan menghilang sesuka hati. Kerna itu kelaziman seorang Mawar. Sama seperti Tuan Haidhar dan Saif.
Tuan Rasyid menguntumkan senyumannya. Tahu sangat apa yang bermain di fikiran abang iparnya itu. "Tak perlu. Sultan ada sahaja di istananya. Bawa sultan ke sini sebelum terlewat. Lagipun, Rasyid rasa tuan putera dan usrahnya yang lain telah tiada di Balai Besar. Kalau tuan putera tahu ayahandanya dalam bahaya, entah apa yang dia akan lakukan" beritahu Tuan Rasyid.
Terbeliak mata Tuan Ammar mendengar berita itu. "Termasuk Saif?"
"Mungkin. Abang fikir Saif akan berdiam diri selepas Blackwest cuba mempergunakannya untuk membunuh ayahnya sendiri? Mestilah tidak. Furqan selaku pengawal peribadi Saif tentu akan mengekori Saif. Putera Fathul pasti tak ada duduk diam juga. Mereka pasti tak akan membiarkan Saif tercedera lagi".
"Dan Rasyid hendak biarkan mereka begitu sahaja?" tanya Tuan Ammar tidak percaya.
Tuan Rasyid tersengih. "Bukan daya Rasyid untuk mengawal mereka bertiga. Sudah, Rasyid pergi dahulu. Jangan lupa apa yang Rasyid pesan tadi".
Tuan Ammar terpaku. Dia hanya mampu melihat bayangan Tuan Rasyid meninggalkannya. Tiba-tiba dia meramas rambutnya kasar. Sama ada Tuan Rasyid mahupun Tuan Haidhar, kedua-dua Keluarga Emir itu selalu memberikan masalah kepadanya.
-----------------------------------------------------------
Rafael memandang perlawanan dibawa itu tanpa perasaan. Kedua-dua orang yang sedang berlawan itu tidak sedar kewujudannya di atas pokok itu sedari tadi. Cadangnya, dia ingin menyerang Sky yang khusyuk mengintip Tuan Rasyid. Belum sempat dia bertindak, Tuan Rasyid terlebih dahulu memunculkan diri secara tiba-tiba bagaikan angin.
Tuan Rasyid pantas melibaskan kakinya ke sisi pinggang Sky. Namun, lelaki itu segera merendahkan badannya sehingga rapat ke tanah lalu menendang dagu Tuan Rasyid. Kelihatan ketua Kesatuan Durrah itu menekup mulutnya yang berdarah.
Sky menghayunkan pedangnya ke perut Tuan Rasyid. Serangannya gagal apabila Tuan Rasyid lebih cekap mengelak seraya menghiris pergelangan tangan kanan Sky. Pedang Sky terlepas dari gengamannya lalu jatuh ke tanah. Sky laju mengundurkan dirinya sambil menarik keluar terakol yang tersimpan kemas didalam stokinnya. Tangan kirinya terpaksa digunakan memandangkan tangan kanannya telah terluka teruk.
Tembakan dilepaskan. Tuan Rasyid menyembunyikan dirinya di belakang pokok meranti itu. Dia masih tidak sedar bahawa Rafael memerhatinya dari atas pokok. Matanya hanya tertumpu pada Sky.
Sky mendekati pokok tempat Tuan Rasyid berlindung. Belum sempat dia bertindak, Tuan Rasyid tiba-tiba muncul dibelakangnya seraya membenamkan pedangnya ke kaki Sky. Raungan kesakitan milik Sky bergema ke sekitar kawasan hutan itu.
Sky terduduk lemah diatas tanah. Dia telah kehilangan banyak darah. Tajam matanya memandang Tuan Rasyid dengan penuh kebencian. "Kau sememangnya hebat bagai yang dikhabar. Aku mengaku kalah..."
Tuan Rasyid terpana seketika mendengar kata-kata yang tidak disangka itu. Terbantut niatnya untuk membunuh Sky. Pedangnya yang masih berdarah kembali disarung. "Kenapa kau mengalah? Bukankah kau nak membunuh aku?" soal Tuan Rasyid pelik.
Sky tidak segera membalas. Dia memandang langit yang tertutup dek rimbunan daun pokok-pokok di lapisan kanopi hutan itu. "Membunuh atau terbunuh. Ini peperangan. Aku tak mampu bunuh kau. Sebagai balasan, aku akan mati. Tidak ditangan kau, pasti ditangan Blizzard. Pengakhirannya tetap sama. Sampah seperti aku tidak layak untuk hidup," jelas Sky dengan suara yang lemah.
Tuan Rasyid menarik nafas panjang. Dia berpaling membelakangkan Sky. "Aku bukan pembunuh. Dan aku harap, kau betul-betul mengalah," ujar Tuan Rasyid seraya melangkah pergi.
Sky tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia bangkit lalu menghalakan terakolnya ke arah Tuan Rasyid. Dengan jarak sedekat ini, pasti nyawa Tuan Rasyid akan melayang walaupun dia menggunakan tangan kiri sekalipun.
Langkah Tuan Rasyid terhenti saat terasa belakangnya hangat dengan darah segar yang membasahi pakaiannya. Terus dia berpaling ke belakang. Nafasnya seakan terhenti melihat Sky yang tidak lagi bernyawa. Sebilah pedang terpacak tepat ditengkuk lelaki itu.
"Kau terlalu cepat percaya kata-kata palsu orang lain wahai Rasyid," marah Rafael sambil melompat turun dari pokok itu.
"Rafael? Bila masa kau berada di sini?"
Rafael membuat muka bosan. "Aku sememangnya berjaga di kawasan ini sejak semalam. Malang bagi sampah ini kerana masuk dalam kawasan aku tanpa dia sedar," jelas Rafael.
"Jazakallah. Terima kasih kerana menyelamatkan saya," ujar Tuan Rasyid sambil menyukir senyuman nipis.
"Tak cukup satu bahasa kau ke pakai? Sudah, pergi pulang ke AIM. Aku nak mencari Light pula," balas Rafael dalam nada sombong.
Tuan Rasyid tersengih. Terasa lucu pula melihat gelagat Rafael. Bukan dia tidak perasan kerisauan yang terpancar pada wajah tua itu, namun Rafael sengaja menyorokkan rasa itu. Walaupun telah berubah, ego seorang Rafael tetap tinggi.
YOU ARE READING
AIM-Akademi Irsul Muta'afif
RandomDia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pe...