Bab 71

428 56 1
                                    

Saif termenung jauh diatas puncak bukit. Suasana malam yang sunyi nan gelap di kawasan itu tidak dipedulikan. Hanya nyanyian unggas malam diselangi bunyi hempasan ombak yang sayup kedengaran menemani dirinya tika ini.

Sebilah keris dikeluarkan dari ikatan sampingnya. Keris pemberian Rafael. Seusai majlis siang tadi, Tuan Haidhar mengembalikan keris itu ke tangannya. Kerna...keris itu satu-satunya barang yang menyimpan kenangannya bersama arwah Rafael. Tuan Haidhar sekadar meminjam keris itu untuk membuka pintu rahsia ruangan bawah tanah yang digunakan oleh Zamir sebelum ini. Keris itu adalah kuncinya.

"Saif ialah Pedang Lazuardi yang dicari-cari mereka selama ini. Saif sendiri tahu betapa taksubnya Blizzard untuk menghapuskan Keluarga Emir dan menakluk Kesatuan Durrah. Memandangkan pada awalnya Blizzard tidak mengetahui kewujudan kamu, maka ayahanda katakan kepada bahawa walaupun dia menghapuskan seluruh Keluarga Emir, legasi Keluarga Emir tak akan terhapus begitu sahaja. Akan sampai satu saat dimana Pedang Lazuardi akan bangkit menghapuskan kekejamannya. Tetapi...ayahanda tak menyangka dia benar-benar mempercayai kata-kata itu".

Penjelasan ayahandanya siang tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya.

"Apa ayahanda memang ingin anakanda membunuh Blizzard sejak dulu? Ayahanda ingin anakanda berdendam?" soalnya keliru.

Tuan Haidhar tampak seakan tersentap mendengar soalannya. Ayahandanya menggeleng sambil meletakkan tangannya di bahu Saif. "Jangan salah faham, wahai anakanda. Tiada seorang ayah pun diatas muka bumi ini menginginkan anaknya terjerumus dalam jurang kejahatan dan hidup dalam bayangan dendam. Ayahanda cuma mengharap bahawa Saif akan menjadi kuat sehingga mampu untuk membela kembali nasib keluarga kita dan Kesatuan Durrah yang lain. Kuat dari segi fizikal dan keimanan. Kekuatan Saif itulah yang akan menjadi sumber harapan dan contoh untuk yang lain bangkit berjuang bersama Saif. Ayahanda tahu anakanda mampu melakukannya. Rafael pasti telah melatih anakanda dengan sebaik mungkin. Saif ialah pewaris ayahanda... maka kepimpinan Kesatuan Durrah akan jatuh ke tangan Saif juga nanti," jelas Tuan Haidhar lagi.

Tuan Haidhar telah pun kembali memimpin Kesatuan Durrah atas pemintaan Tuan Rasyid dan ahli-ahli Kesatuan Durrah yang lain. Manakala Tuan Rasyid lebih suka menjadi pengetua AIM sahaja. Majlis perasmian telah pun berlansung siang tadi bagi meraikan berita itu. Kini, penuntut AIM telahpun mengenalinya sebagai Keluarga Emir.

Saif mengengam keris itu erat. Besar sungguh harapan ayahandanya itu. Terasa berat bahunya untuk memikul harapan itu sedang masih terlalu banyak perkara yang harus dia pelajari. Mampukah dia?

"Haa, abang sudah mengagak kamu ada disini," tegur suara milik Zamir. Kedengaran bunyi ranting kayu dipijak menandakan Zamir sedang menghampirinya.

Saif tidak menoleh. Dibiar pemuda itu mengambil tempat disisinya. Keris yang berada dalam gengamannya diletakkan diatas riba. Kepalanya dilabuhkan dibahu Zamir. Terasa ingin bermanja seketika.

"Apa yang menganggu fikiran Saif sekarang?" tanya Zamir prihatin. Sudah dia faham benar dengan tabiat anak buahnya itu. Jika ada yang menganggu fikirannya, Saif lebih suka bersendirian. Dua tempat yang sentiasa menjadi pilihannya ialah pantai dan puncak bukit ini.

"Tiada apa-apa yang penting pun. Abang pula kenapa ke sini?"

"Mahu mencari Saiflah. Dari petang tadi abang tak nampak kamu di mana-mana," balas Zamir.

"Jangan menipu abang. Abang tak berniat nak mencari Saif pun bukan? Abang datang ke sini dengan tujuan yang sama seperti Saif. Ingin bersendirian. Abang ingat Saif tak mampu membaca fikiran abang?" Saif mengangkat kepalanya. Badannya diluruskan sambil memandang wajah Zamir yang kelihatan suram itu. Sesuram langit malam itu yang tidak berbintang.

Zamir tersenyum nipis. Lupa yang Saif sememangnya pakar membaca perasaan orang lain. Ketajaman fikirannya pula membolehkan Saif meneka apa yang berlaku. Sungguh dengan Saif, tiada sesiapa mampu menipu.

"Jadi, apa yang menganggu fikiran abang?" Saif memulangkan soalan itu kepada Zamir.

Zamir mengalihkan pandangannya ke hadapan. Melihat bayangan AIM yang berbalam dalam kegelapan malam itu. "Abang? Atau Saif boleh panggil pak su sahaja," ujar Zamir sambil ketawa perlahan. Ketawanya kedengaran seakan-akan dibuat-buat.

Saif tak membalas apa-apa. Ingin memberi ruang kepada Zamir untuk menyusun ayat.

"Abang tak tahu apa yang harus abang rasakan sekarang. Abang rasa marah kerana ayahanda Saif menyimpan rahsia sebesar ini dari abang. Pada masa yang sama, abang sedih kerana tak berpeluang untuk mengenali arwah kakak abang. Abang pernah membencinya kerana dia tentera Blackwest tanpa abang sedar yang dia telah banyak berkorban untuk abang. Abang juga rasa takut untuk pulang ke Ryukyu Neo sedangkan abang lansung tidak mengingati keluarga abang disana. Dan... abang tak mahu berpisah dengan keluarga abang disini".

Zamir mengusutkan rambutnya kasar. Tak semena-mena dia menjerit kuat, melepaskan tekanan yang menberati jiwanya sejak siang tadi. Kedengaran bunyi burung-burung mengepakkan sayap meninggalkan dahan pokok berhampiran. Barangkali terkejut mendengar jeritan Zamir itu.

"Mana abang Zamir yang Saif kenal sebelum ini? Abang Zamir yang ceria dan suka tersenyum itu. Yang selalu mengikut rentak kenakalan Fathul dan Furqan. Wajah serabut ini tak sesuai dengan abang tahu," ujar Saif.

Zamir membuat muka. "Abang pun manusia, Saif. Tak akan abang nak senyum macam orang gila bila dilanda masalah seperti sekarang. Wajah itu cerminan perasaan. Mestilah apa yang abang rasa akan terbayang pada wajah abang. Abang sedang rasa serabut, maka serabutlah muka abang," bidas Zamir.

Saif tersengih. "Pak su jangan marah-marah. Saif takut..." usik Saif. Hampir-hampir ketawanya pecah melihat jelingan maut pemuda itu. Sedangkan Zamir juga yang menyuruh dia memanggilnya pak su tadi.

"Alah abang. Ayahanda cuma ingin yang terbaik untuk abang. Andai ayahanda beritahu abang dari dahulu, dapatkah abang menerima dengan hati yang terbuka? Soal bonda... Saif faham perasaan abang. Abang bertuah kerana abang pernah melihat bonda, tetapi Saif... hanya sekadar mampu membayangkan wajahnya didalam mimpi. Kemudian, abang tak patut rasa takut untuk menemui keluarga sebenar abang. Bukankah itu yang abang harapkan dari dahulu? Hendak bertemu dengan keluarga sebenar abang? Dan... soal Keluarga Emir pula, abang boleh sahaja melawat kami pada bila-bila masa. Bukannya Ryukyu Neo itu terletak di alam lain pun. Lagipun, Pak Long Ammar selalu ke Ryukyu Neo bukan?" pujuk Saif.

Zamir terdiam. Sedikit sebanyak, kata-kata Saif itu melegakan gelora yang membadai jiwanya itu. Mungkin dia terlalu melayan perasaan sehingga tak mampu berfikir seperti Saif. Sepatutnya dia sebagai naqib Saif yang perlu memberi nasihat. Ini sudah terbalik pula....

"Terima kasih ya anak saudaraku..." ujar Zamir. Segaris senyuman dilakarkan dibibirnya. Dia menepuk bahu Saif. Hendak dipeluk, bimbang pula melihat kecederaan Saif yang masih belum sembuh sepenuhnya itu. Bercakap tentang kecederaan...

"Bagaimana Saif panjat bukit dengan kaki itu? Ya Allah, budak ini... Suka mencari nahas!" bebel Zamir. Geram dengan perangai Saif yang tak pernah berubah itu.

Saif hanya tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Dia tahu bebelan Zamir tak akan terhenti disitu. Jika Tuan Ammar dan dua sahabatnya di AIM itu tahu, pasti bertambah bebelan yang harus didengarnya. Tetapi dia senang melihat mereka risau. Itu tandanya mereka mengambil berat dengan dirinya. Sungguh merekalah keluarga dan sahabat yang tak mampu ditukar ganti.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now