Bab 68

365 57 0
                                    

"Tidakkk!!!" raungan Furqan memecahkan suasana pada malam itu. Dia terduduk diatas lantai tanpa sempat ditahan sesiapa. Lututnya terasa lembik. Tangannya menekup muka yang sudah basah dengan air mata. Terhenjut bahunya mengikut rentak esakkannya.

Fathul turut menangis dalam diam. Dia tersandar lemah pada dinding sebelum tubuhnya melurut jatuh perlahan-lahan ke atas lantai. Lututnya dipeluk erat. Kepalanya dibenamkan di celah lututnya.

"Kami tak mampu melakukan apa-apa. Maafkan kami kerana terlambat Haidhar," ujar Solihin. Wajahnya kelihatan kusam. Bahu Tuan Haidhar yang masih berbaring dikatil itu disentuh lembut.

Tuan Haidhar menguntumkan senyumannya. Tangan Solihin ditarik ke dalam gengamannya lalu dia menepuk kekura tangan Solihin perlahan. "Tak mengapa. Sudah itu yang ditakdir Allah. Maka, siapa yang mampu menghalang".

Solihin mengetap bibirnya. Dia berpaling melihat Tuan Ammar dan Tuan Rasyid yang bagai berada dalam dunia sendiri. Mata kedua-dua mereka membengkak. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut mereka sejak tadi. Nampaknya, mereka benar-benar berduka.

"Kenapa...kenapa saudara boleh setenang ini?" soal Solihin yang kembali memandang Tuan Haidhar. Dahulu, dia sendiri menyaksikan penderitaan Tuan Haidhar yang kehilangan isteri dan anaknya. Sehingga dia hampir-hampir tidak mengenal Tuan Haidhar ketika itu kerana keadaan lelaki itu yang serba tak terurus. Maka, bagaimana Tuan Haidhar boleh setenang ini tatkala mendengar berita yang disampaikan olehnya tadi?

"Selagi mayat Saif belum ditemui, selagi itu saya percaya bahawa dia masih hidup. Hati ini yakin dan percaya. Saif masih bernyawa," balas Tuan Haidhar.

"Tetapi kaki dia cedera. Tak mungkin Saif bisa lari dari tempat itu," sangkal Solihin. Cuba membuatkan Tuan Haidhar berfikir secara logik.

"Dan tiada bukti yang mengatakan Saif ada semasa letupan itu, bukan? Sudahlah...biarkan sahaja hati ini terus berharap," ujar Tuan Haidhar lagi.

Solihin menghela nafas perlahan. Dia lebih rela mengalah dari melihat sahabatnya itu putus harapan sekali lagi. Gengaman tangan Tuan Haidhar dilepaskan lalu dia bergerak menghampiri anaknya. Dia menarik Furqan berdiri seraya memeluk anaknya itu. "Sudah. Jika Saif ada, mesti dia tidak mahu Furqan bersedih seperti ini," pujuk Solihin. Belakang anaknya itu ditepuk-tepuk perlahan.

"Furqan nak jumpa Saif..." pinta Furqan bagai anak kecil yang ditinggalkan ibunya lalu meminta untuk bertemu ibunya. Hidung dan matanya jelas memerah.

"Sabarlah. Kesatuan Durrah sedang menjalankan operasi mengesan mayat Blizzard dan Saif. Doa sahaja mayat Saif tiada, semoga dia berjaya keluar sebelum letupan itu berlaku," ujar Solihin biarpun dia tidak yakin dengan kata-kata sendiri.

-----------------------------------------------------------

Wind termenung sejenak seusai menunaikan solat tahajud. Bunyi hempasan ombak yang silih berganti menjadi irama pada malam yang sepi itu. Fikirannya melayang mengingati kisah enam belas tahun lalu.

Sungguh dia tak menyangka kisah cinta Light dan Lady Mist membuka hatinya untuk memeluk Islam. Mulanya, dia sekadar mengikut mereka kerana kesetiaannya kepada Storm. Dan juga kerana ingin bebas dari cengkaman Blackwest. Namun...melihatkan kemesraan Light melayannya dan River dengan baik walaupun berbeza agama membuatkan dia terasa sesuatu. Tambah dengan perangai Storm yang berubah seratus peratus selepas memeluk Islam. Tiada lagi Storm yang kejam. Yang ada hanyalah Rafael. Pun begitu, Storm tetap memilih untuk menggunakan nama asalnya, Rafael selepas memeluk Islam. Bukan lagi kod namanya, Storm.

Selepas beberapa bulan, River pula mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Tinggal dia yang asing dalam kumpulan itu. Tetapi...tiada apa yang berubah. Dia tetap dilayan seperti biasa. Sehingga satu hari dia diserang oleh tentera Blackwest ketika sedang membawa diri. Bilangan tentera Blackwest yang ramai membuatkannya tertewas. Sudah lama dia mati jika tidak kerna Light yang mencari dan menyelamatkannya.

Kerna itu dia begitu terhutang budi kepada lelaki itu. Tiga kali Light menyelamatkannya. Tak cukup dua kali nyawanya diselamatkan Light, Light menyelamatkannya dari kegelapan jahiliah pula. Dan akhirnya, dia bersetuju memeluk Islam. Masih terbayang wajah gembira Light menyambut berita itu. Light...sahabat istimewa yang dianugerahkan Allah buatnya.

"Pak cik..." Suara serak Saif mengembalikannya ke alam nyata. Dia berpaling. Kepala Saif diusap lembut sebagai tanda kasih.

"Saif sudah bangun?"

"Taklah. Saif masih tidur ini," ujar Saif sambil ketawa kecil.

Wind tersenyum sambil menggeleng. "Pandai kenakan pak cik, ya".

"Bukan selalu," balas Saif selamba.

Wind membuat muka. "Kenapa Saif panggil pak cik? Saif ada sakit di mana-mana ke?" soalnya prihatin.

"Saif nak solat juga..." pinta Saif. Matanya dibesarkan memandang wajah Wind. Tak puas rasanya sekadar menunaikan solat isyak. Dia ingin berqiamulail juga.

"Nantilah. Tunggu Saif sihat dahulu ya. Buat masa sekarang, Saif berzikir sahaja. Zikir pun ibadah juga," pujuk Wind.

"Baiklah," akur Saif. Sunguh dia terasa cemburu melihat Wind bersolat malam tadi. Sedang dia masih terbaring di situ tanpa dapat bergerak ke mana-mana. Sana-sini badannya berbalut bagi merawat kecederaan akibat bertarung dengan Blizzard siang tadi.

"Pak cik, terima kasih kerana memyelamatkan Saif. Hanya Allah yang mampu membalas jasa pak cik," luah Saif.

Wind mengangkat keningnya sebelah sambil segaris senyuman sinis diukir dibibirnya. Telinga Saif ditarik tanpa sebarang amaran. "Itu yang pak cik geram dengan kamu ini. Sudah tahu bom itu bahaya, yang dibuat main itu juga kenapa? Nasib baik pak cik sempat tarik kamu dan menghidupkan perisai cahaya pada Memoir kamu untuk lindungi kita berdua. Kalau tidak? Alamatnya hancur tubuh kita macam Blizzard. Nak?" bebel Wind.

Saif tersengih dalam menahan sakit. "Kerana saya tahu pak cik ada di sanalah, saya berani menarik pin bom itu. Kerana saya yakin pak cik akan selamatkan saya juga," balas Saif selamba.

Wind mendengus. Telinga Saif dilepas. Entah sejak bila anak muda itu pandai membidas kata orang. Selalunya dia hanya senyap dan menerima semua kata-kata tanpa banyak soal. Bagai Saif yang dikenalinya beberapa bulan lalu dengan Saif yang dihadapannya sekarang ialah dua orang yang berbeza.

"Sudah. Tidurlah. Esok pak cik hantar kamu pulang ke AIM. Malas nak hantar sekarang. Dahulu, ringan sahaja pak cik mengangkat kamu. Sekarang? Huh, sakit badan pak cik dibuatnya," bebel Wind lagi. Tubuhnya direbahkan disisi Saif dalam keadaan menelentang. Sebelah tangannya diletakkan diatas dahi.

Saif tersenyum nipis. Suasana kembali sepi membuatkan fikiran Saif melayang mengingatkan ayahanda. Apakah ayahandanya selamat?

"Pak cik..." panggil Saif perlahan.

Wind berpaling memandang Saif. Posisi tubuhnya turut diubah kepada keadaan mengiring. "Kenapa?" Dari nada Saif, dia dapat merasakan bahawa pemuda itu ingin menyampaikan sesuatu yang penting.

"Paman..."

Suara sayu Saif membuatkan rasa ingin tahunya memuncak. Namun, dia dapat mengagak bahawa berita yang ingin disampaikan oleh Saif, bukanlah satu perkhabaran yang baik. Jika tidak, masakan air mata Saif bergenang.

"Saif rasa pak cik tentu belum tahu...paman sudah tiada. Allah lebih menyayanginya..." khabar Saif. Sungai kecil mula terbentuk dipipi anak muda itu.

Wind terdiam. Matanya dipejamkan sambil dia menarik nafas panjang. Kalimah istirja' dilafazkan dalam nada berbisik. Tanpa sebarang kata, dia memeluk tubuh Saif yang terhenjut menahan tangisan itu. Sesukar mana dia menerima perkhabaran itu, sukar lagi bagi Saif yang dibesarkan oleh Rafael selama lima belas tahun ini.

Pergilah duhai duka dijiwa,
Terhapus bersama air mata,
Izinkanku melangkah mara,
Kenangan bersama tiadakan ku lupa.

Kasih dan air mata,
Bukti kehidupan seorang hamba,
Kesakitan yang hari ini nyata,
Esokkan sembuh diganti bahagia,

Jika namanya seorang manusia,
Pasti sakit itu lumrah biasa,
Terus bersabar dalam redha,
Moga dibalas-Nya dengan syurga.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now