Bab 56

366 52 0
                                    

Fathul berhenti berjalan. Dia terpandangkan sejalur cahaya merah menuju ke dada langit. Dahinya dikerutkan. Fikirannya melayang mengingati sesuatu.

"Fathul?" Furqan menoleh apabila menyedari rentak langkah sahabatnya itu telah menyepi. Dia memandang wajah Fathul yang jelas sedang gelisah itu.

"Kenapa?"

Fathul berpaling ke arah Furqan. "Ayahanda...". Jelas kedengaran kerisauan yang bukan kepalang dari suara Fathul. "Ayahanda dalam bahaya..." jawab Fathul.

Tangannya diangkat lalu ditunjuk ke arah langit. Kawasan itu tidak padat dengan pokok-pokok menyebabkan mereka dapat melihat langit yang membiru dari celah-celah rimbunan daun. Lapisan kanopi di kawasan itu nyata agak jarang.

"Saya terlihat pancaran cahaya merah dari arah sana. Kalau tidak silap, itu adalah amaran dari pihak istana menandakan ada masalah yang berlaku disana," jelas Fathul.

"Saudara pasti?" duga Furqan.

Fathul menganggukkan kepalanya.

"Jangan risau. Bukankah sultan dijaga oleh ahli-ahli Kesatuan Durrah? Mereka pasti tidak akan membiarkan sesuatu yang buruk terjadi kepada sultan," ujar Furqan, cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Tetapi...saya risau. Maafkan saya Furqan. Saya mahu ke istana".

Tanpa menunggu balasan Furqan, Fathul pantas mengatur langkah ke arah bertentangan. Dia ingin segera keluar dari hutan ini. Ditinggalkan Furqan tanpa sempat pemuda itu cuba menghalang tindakannya.

Furqan hanya mampu mengeluh melihat sikap terburu-buru sahabatnya itu. Sebaris doa dilafaz dalam hati agar amaran yang dilihat Fathul itu bukan helah Blackwest.

Hendak dia susuli sahabatnya itu tetapi dia tidak tahu arah istana terletak. Dia bukan penduduk Tanah Lazuardi seperti Fathul. Dia tak mahir tentang selok-belok hutan itu dan juga Pekan Tualang Biru.

-----------------------------------------------------------

Fathul terus meredah hutan itu tanpa sebarang masalah. Untung baginya kerana mengetahui semua selok-belok hutan ini lantaran tempat itu adalah gelanggang permainannya sejak kecil. Tanpa mengambil masa yang lama, dia berjaya keluar dari hutan itu melalui jalan terdekat dengan istana.

Terus langkahnya diorak menuju ke istana. Perjalanannya diiringi kesunyian dan kesepian yang melanda pekan itu. Semua penduduk meninggalkan rumah masing-masing untuk berlindung di dewan bawah tanah.

Namun, masakan tiada seorang pun ahli Kesatuan Durrah yang berkeliaran di situ?

Ke mana menghilangnya mereka semua?

Fathul memperlahankan langkahnya apabila dia telah menjejakkan kaki di pekarangan istana sebelum terhenti di pintu masuk utama yang terbuka luas. Matanya meliar memerhatikan persekitaran istana yang kelihatan sunyi itu. Tiada satu pun makhluk hidup yang kelihatan walaupun sekadar seekor burung.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat itu.

Tiba-tiba muncul sebatang lembing melayang laju menuju kearahnya.

Fathul yang sememangnya dilatih di AIM bagi menghadapi situasi seperti itu cekap mengelak dengan melentokkan tubuhnya ke belakang.

Lembing itu terpacak diatas tanah kira-kira sehasta sahaja dari kawasan dia berdiri. Dia menegakkan tubuhnya semula. Matanya meliar mencari bayangan si penyerangnya.

"Tuan putera?" kedengaran satu suara menyebut namanya.

"Abang Ziqri..." ujar Fathul sambil mendongak melihat bumbung.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now