"Arghhh!"
"Saif!" jerit Solihin yang baru tiba ke tempat itu. Terkejut dia apabila dia dipintas oleh Saif yang meluru laju untuk menyelamatkan ayahandanya. Bila masa pemuda itu ada dibelakangnya?
"Ayahanda tak apa-apa?" soal Saif kepada Tuan Haidhar yang memandangnya dengan riak yang sukar ditafsirkan. Lelaki itu mengangguk perlahan.
"Kenapa Saif datang?" keluh Tuan Haidhar. Suaranya hampir tak kedengaran kerana tekaknya yang kering. Jauh di sudut hati, dia bersyukur kepada Ilahi kerana nyawanya masih panjang.
Saif mengariskan senyuman manis. "Saifkan anak ayahanda".
"Pak cik, tolong jagakan ayahanda.Biar saya uruskan syaitan bertopengkan manusia ini," pinta Saif.
Saif berdiri. Debu pada pakaiannya dikibas perlahan. Dia menghadap Blizzard yang sedang menekup tangan kanannya yang sudah kudung. Pedang milik Blizzard sudah tercampak entah ke mana selepas dilibas pedangnya.
Solihin hanya mengangguk akur. Dia merapati Tuan Haidhar lalu memeriksa keadaan lelaki itu. Sebotol air dikeluarkan dari beg kecilnya. Botol itu disua ke mulut Tuan Haidhar sambil tangan kirinya memangku tubuh Tuan Haidhar untuk bangun.
Blizzard mendongak memandang Saif. Pandangan tajamnya bersinar dalam kegelapan membuatkan dia kelihatan menyeramkan. Bak pemangsa yang diselubungi aura membunuh. Sakit kehilangan tangan tidak sesakit hatinya. Hampir-hampir dia berjaya melunaskan dendamnya kepada Tuan Haidhar kalau tidak diganggu Saif. Kebenciannya kepada anak-beranak itu kian meluap-luap.
Blizzard menerpa ke arah Saif. Terakolnya dikeluarkan lalu dia melepaskan tembakan ke arah pemuda itu. Saif cekap mengelak. Pedangnya dipusingkan lalu dia menghentak muka Blizzard menggunakan hulu pedangnya. Blizzard terundur ke belakang.
Saif tidak membuang masa. Dia menghentak tangan Blizzard yang memegang terakol. Terakol itu terlepas dari gengaman Blizzard. Tangan Blizzard dikilas ke belakang sambil kakinya menyauk kaki Blizzard dengan pergerakan yang cukup pantas. Blizzard terlentang ke atas lantai gua. Tangan kanan Saif mencengkam tangan kiri Blizzard sambil hujung pedangnya diacu ke leher Blizzard.
"Sudah terlalu banyak kemusnahan yang kau lakukan Blizzard. Hukuman selayaknya untuk kau hanyalah hukuman mati," dingin Saif bersuara. Suaranya kedengaran agak garau.
"Jangan lupa yang kau pernah kalah ditangan aku baru beberapa hari lepas," ujar Blizzard sambil tersenyum sinis. Tiba-tiba dia menempik kuat betul-betul dihadapan muka Saif.
Saif terus berdiri sambil terundur ke belakang. Kedua-dua tangannya menekup telinga. Jeritan Blizzard terasa hampir memecahkan gegedang telinganya.
Blizzard pantas mengambil kesempatan itu. Perut Saif ditendang kuat sehinggakan pemuda itu tercampak ke belakang menghentam dinding gua. Saif mengerutkan muka akibat kesakitan.
"Jangan!" bantah Saif tatkala melihat Solihin cuba mencampuri pertarungan itu. Dia kembali bangkit.
"Saya janji saya akan selesaikan pertarungan ini secepat mungkin. In sha allah...pak cik jaga sahaja ayahanda baik-baik," ujar Saif kepada walid Furqan itu.
"Saif, kamu sendiri tahu perbezaan kemampuan kamu dan Blizzard. Jangan berdegil, boleh?" bantah Solihin. Dia risau melihat keadaan Saif.
"Darah yang mengalir dalam tubuh saya ialah darah Keluarga Emir, pak cik. Selaku pewaris Keluarga Emir, saya tak akan pernah mengalah. Tidak selagi nyawa dikandung badan. Izinkan saya untuk membuktikan bahawa saya layak menjadi Keluarga Emir," pinta Saif. Redup sahaja pandangannya menikam mata Solihin.
YOU ARE READING
AIM-Akademi Irsul Muta'afif
RandomDia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pe...