Bab 72

952 92 18
                                    

"Baca buku apa itu?"

Bahu Furqan sedikit terangkat mendengar suara Saif secara tiba-tiba itu. Pantas dia menoleh ke belakang. Bibirnya menguntumkan senyuman lebar melihat Saif sedang menatang dulang yang berisi semangkuk besar aiskrim yang dibuatnya sendiri. Lama dia tidak menikmati air tangan pemuda itu.

Terliur dia sebaik sahaja aiskrim itu diletakkan dihadapannya. Permukaan aiskrim vanila itu dihiasi dengan sos strawberi, taburan kacang yang ditumbuk halus, cip coklat dan kismis. Tiga batang sudu telah tersedia didalam mangkuk itu.

Menggeleng Saif melihat mata Furqan yang bersinar gembira itu. Buku ditangan diketepikan lalu pemuda itu mencapai sudu. Tak sabar hendak merasai pencuci mulut kegemarannya itu.

"Fathul, mahu aiskrim?" tanya Saif kepada Fathul yang baru keluar dari bilik mandi.

"Boleh juga. Sebentar ya," balas Fathul. Dia menarik tuala yang dililit pada lehernya lalu disidai pada ampaian kecil berhampiran tingkap. Rambutnya dirapikan sebelum dia merapati mereka di meja makan. Dia mengambil tempat di sebelah Furqan.
"Amboi, makan tak tengok kiri kanan!" usik Fathul sambil mencapai sudu yang belum terusik.

Furqan mencebik. Dia meneruskan suapannya tanpa membalas kata-kata Fathul. Aiskrim itu lebih menarik perhatiannya saat ini.

"Hai, sedap sangat ke sampai tak terkata apa-apa itu," bidas Fathul.

"Saudara tahu apa? Lama tak rasa air tangan Saif, tahu".

Fathul mengerutkan dahi pelik.Manakala Saif sudah tersenyum sumbing.

"Siapa kata saya yang buat aiskrim ini?" tanya Saif.

"Huh?" Furqan berhenti makan. Dia memandang wajah Saif dengan penuh persoalan.

"Haishh, saudara ini. Tengok tangan Saif yang masih berbalut itu. Jadi, bagaimana dia boleh buat aiskrim ini pula," sangkal Fathul.

"Habis itu...?"

"Fathul yang buat. Saya tolong hias dan hidang sahaja," jawab Saif menahan tawa.

Furqan memandang Fathul dengan riak tak percaya. "Ehh..."

"Apa eh-eh. Tak percaya?" ujar Fathul dalam nada geram. Sakit hati melihat Furqan seakan memperkecilkan kebolehannya didapur. Sedangkan selama ini dia yang memasak sepanjang ketiadaan Saif. Harapkan Furqan? Mahu meletup dapur dibuatnya.

"Saudara boleh buat aiskrim?" Furqan bertanya dengan sengaja.

"Tidaklah. Ini saya beli lima bulan lepas. Lama terperap di dalam peti sejuk itu. Saya baru teringat bila mengemas peti sejuk semalam. Tarikh luput hari ini. Jadi dari membazir, baik kita makan cepat-cepat," balas Fathul selamba.

Furqan meletakkan sudunya lalu menjauhkan badannya dari mangkuk aiskrim itu. Aiskrim itu dipandang dengan pandangan geli. "Eii, betul ke apa yang saudara cakap?"

Senyuman nakal terukir di bibir Fathul. "Pernahkah saya tipu saudara?"

"Err, tak mengapalah. Tiba-tiba rasa kenyang. Saudara berdua habiskan sahajalah," balas Furqan lalu berdiri. Dia mencapai bukunya yang diletakkan ditepi meja. Dia berlalu ke sofa yang terletak ditengah-tengah bilik.

Fathul ketawa dalam hati. Tak menyangka Furqan mempercayai kata-katanya bulat-bulat. Saif hanya menggeleng melihat keletah sahabatnya itu. Tak sudah-sudah mengenakan Furqan.

"Di mana semua orang, Fathul? Sunyi sepi sahaja AIM hari ini," soal Saif.

"Saudara lupa? Hari ini cuti kita sudah bermula. Mestilah mereka semua pulang ke rumah," jawab Fathul.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now