Bab 12

481 74 1
                                    

Langit malam mula menitiskan hujan. Setitik, dua titik dan semakin lebat. Saif mempercepatkan langkahnya. Dia berlari-lari anak memasuki bangunan asrama. Dengan penuh berhati-hati dia meniti anak tangga satu demi satu yang sedikit licin akibat tempiasan hujan.

Sampai sahaja di tingkat tiga, dia kembali berlari menuju ke biliknya.

Pantas.

Seakan-akan kakinya tidak lagi menjejak ke lantai. Pintu bilik ditolak luas.

"Furqan!" Jerit Saif cemas.

Kedengaran suara tawa dari dua orang manusia yang sedia berada dalam bilik. Seorang sedang terbaring diatas katil manakala seorang lagi sedang duduk santai di birai katil manusia yang terbaring itu. Saif memandang mereka sekilas sebelum menghembuskan nafas lega. Dia berjalan perlahan mendekati mereka.

"Macam mana boleh jadi begini?" Soal Saif lembut. Kaki Furqan yang membengkak ditepuk perlahan.

Sengaja.

"Aduhhh! Sakitlah Saiffff..." Adu Furqan. Wajah cerahnya sedikit memerah.

Fathul mencebik. "Sakit sangat...siapa suruh saudara sendiri mencari nahas?" Bidas Fathul. Dengan selamba dia mengikut jejak Saif menepuk kaki Furqan.

Menjerit pemuda itu memandangkan tepukan Fathul bukan tepukan biasa.

Sebaliknya tamparan maut!

Allah!

Cari nahas betul sahabatnya seorang ini.

Apabila Saif datang sahaja, terus dia berubah sikap. Walhal, elok sahaja tadi Fathul duduk berbual dan menjaganya

Saif hanya tersenyum menggeleng. Terkejut dia tatkala dikhabarkan bahawa Furqan terjatuh tangga. Akibat risau, terus dia meninggalkan buku yang dibacanya diatas meja dikutubkhanah tanpa disimpan terlebih dahulu. Sekali bila sampai, dilihat Furqan sedap bergelak ketawa dengan Fathul seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sia-sia sahaja dia risau tadi.

"Apa buat macam itu Fathul... Kesian Furqan hah..." tegur Saif.

Fathul buat muka tak berdosa. "Saya tiru saudaralah. Saudarakan budak paling baik di sini. Nak jadi budak baik-baik kenalah ikut orang baik. Betulkan Furqan?"

Furqan mencebik mulutnya sambil memegang kakinya yang terseliuh. Dia mengomel perlahan dengan suara yang tidak jelas. Ada ke patut kakinya yang sakit itu dijadikan gendang yang ditampar berkali-kali oleh sahabat-sahabatnya. Lansung tak menjaga hati dan perasaannya.

Lagi satu, kalau betullah Fathul hendak tiru Saif, mesti tepukannya adalah tepukan manja juga. Ini tidak! Sengaja beri tamparan maut. Yang menanggung sakit, dia juga. Malang sungguh nasib badan dapat sahabat macam Fathul ini....

"Assalamualaikum!"

Ketiga-tiga kepala disitu berpaling kearah pintu serentak. Kelihatan wajah Zamir terjenguk disebalik pintu.

Saif mengukir senyuman manisnya. "Masuklah abang Zamir," jemput Saif.

Zamir tersengih seraya menapak masuk. Baju Melayunya kelihatan sedikit basah akibat hujan lebat diluar. Dia mendekati mereka seraya melabuhkan punggungnya diatas katil Fathul. "Aik, Furqan? Abang tengok sihat wal afiat sahaja kamu ini. Kenapa berbaring macam orang sakit?" Gurau Zamir.

Furqan mencerunkan pandangannya melihat Zamir. "Furqan memang tak sakit...sengaja nak mengadaa.." rajuk Furqan lalu mengalihkan posisi baringnya membelakangkan mereka semua.

Fathul ketawa. "Hei, Ryukyu Neo. Merajuk ke cik abang?" Usiknya. Dia mencuit pinggang Furqan.

Furqan merengus. "Tak payah kacaulah. Sibuk sahaja Tanah Lazuardi ni. Pergi main jauh-jauhlah!" Marahnya. Tangan Fathul ditepis kasar.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now