"SAIFFF!!!" Jerit Furqan kuat seraya terjaga dari tidurnya. Lantaran terlalu terkejut dek mimpinya, dia terlupa bahawa dia hanya tidur di atas kerusi. Dia terjatuh lalu tersembam pada kerusi lain di sebelahnya. Perutnya menghentak kerusi itu lalu menyebabkan jahitan pada perutnya terkoyak.
Darah merah segar mulai mengalir membasahi lantai. Furqan mengerang kesakitan seorang diri dalam kegelapan. Tangannya menekan bekas jahitan itu. Sakitnya terasa begitu menyucuk sehingga dia tak mampu bergerak untuk meminta bantuan.
-----------------------------------------------------------
Fathul tersentak. Dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang seperti baru lepas berlari. Ada rasa tidak enak yang menyelinap ke dalam sanubarinya. Fikirannya terus teringatkan Saif dan Furqan.
Terus dia menutup lembaran al-quran yang dibacanya dengan cermat. Lembaran al-quran itu diletak di rak khas yang disediakan sebelum dia berlari keluar dari masjid. Lansung tak pedulikan mata-mata penuntut lain yang memandang pelik ke arahnya. Laju dia menuju ke biliknya.
"Ya Allah! Furqann!!!" Jerit Fathul cemas tatkala melihat sahabatnya terbaring lemah ditengah-tengah kolam darahnya sendiri.
"Saif..." Bisik Furqan dipangkuan Fathul sebelum dia tidak sedarkan diri.
Fathul mengetap bibir. Nyata, perasaan tidak enak yang menganggunya dari tadi mungkin gerak hati dari Allah. Saif dalam bahaya!
Fathul beristighfar perlahan. Dia cuba menepis prasangka buruknya itu. Dari memikirkan Saif, lebih baik dia fokus kepada Furqan dahulu.
Dia kembali berlari keluar. Diketuk pintu bilik sebelah dengan kuat. Muncul Mirdad dan rakan sebiliknya yang beriak keliru.
"Tolong! Furqan...." Air mata yang gugur menghalang dia dari meneruskan penjelasan.
"Apa yang berlaku kepada Furqan?" tanya Mirdad cemas.
"Dia...dia pengsan!"
Mirdad dan Hakimi saling berpandangan. Tanpa membuang masa, mereka terus berlari ke bilik Fathul. Seperti Fathul, mereka turut terkejut melihat keadaan Furqan yang berlumuran darah.
Lantas mereka mengangkat tubuh Furqan dengan berhati-hati. Mereka segera bergerak ke hospital dengan Fathul yang hanya mampu mengekori dari belakang. Sungguh, hatinya sayu melihat keadaan sahabatnya yang tak sudah-sudah diuji derita.
------------------------------------------------------
"Allah!" Gelas yang dipegang oleh Tuan Rasyid terhempas ke lantai.
"Rasyid! Rasyid tak apa-apa?" Tanya Tuan Ammar prihatin. Dia memandang adik iparnya yang kelihatan tergamam. Wajahnya jelas memucat. Dia mengerutkan dahi pelik. Tak akan adik iparnya terkejut sangat.
"Rasyid!" Kejut Tuan Ammar.
"Hah?" Tuan Rasyid tersedar dari lamunannya. Dia memandang Tuan Ammar dengan wajah keliru.
"Apa yang berlaku?" Soal Tuan Rasyid. Seakan orang mamai. Tanpa sedar, dia melangkah ke depan.
"Rasyid! Jaga-jaga!" Tuan Ammar pantas menahan tatkala lelaki itu hendak melangkah ke hadapan. Dia semakin pelik melihat tingkah Tuan Rasyid yang seakan-akan tidak sedar apa yang berlaku. Hampir-hampir adik iparnya hendak memijak serpihan gelas kaca yang dihempasnya tadi.
"Eh! Bila gelas ini pecah?" Soal Tuan Rasyid lagi. Dia cuba menunduk untuk mengutip kaca gelas itu.
Terus Tuan Ammar menarik adik iparnya menjauhi serpihan kaca itu. Bahaya. Tambah-tambah lagi dengan keadaan Tuan Rasyid sekarang. Wajah adik iparnya jelas kelihatan keliru.
YOU ARE READING
AIM-Akademi Irsul Muta'afif
RandomDia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pe...