Bab 59

367 64 0
                                    

Jumantara lazuardi direnung lama. Dia tak berganjak dari tempat itu semenjak tadi. Ada galau yang bermain dijiwa. Pastinya berkaitan dengan kekalahannya semalam. Terasa perasaan malu itu begitu menghimpit jiwanya sehingga dia tak mampu berlagak tenang seperti biasa.

"Saif...bagaimana saudara?" tanya Furqan, prihatin. Dia mengambil tempat disisi Saif. Turut bersama memeluk lutut sambil mendongak melihat langit. Tahulah dia bahawa Saif sedang bergalau.

Kerna inilah kebiasaan seorang Saif saat hatinya dilanda gelora perasaan.

Duduk bersendirian merenung langit biru.

"Saya tak sepatutnya membiarkan emosi memandu akal semalam. Akibatnya, saya tertewas," ujar Saif.

Furqan tersenyum manis tanpa memandang Saif. "Lumrah manusia itu sendiri bersifat pelupa. Syaitan sememangnya selalu akan menghasut diri kita agar terbabas dari landasan yang benar. Maka, kita akan terlupa. Lupa untuk bersabar, lupa untuk merancang sebelum bertindak, lupa bahawa hakikatnya kita hanya manusia biasa. Apa hendak dikisahkan pada satu kekalahan andai padanya terdapat pengajaran? Itu juga peringatan Allah kepada kita agar tidak lupa kepada-Nya," nasihat Furqan.

Saif membisu tanpa membalas. Masih merenung langit yang cerah nan membiru di atas sana. Dalam diam, kata-kata Furqan dihadamnya dengan baik.

Benar kata Furqan, akibat marahkan Blizzard, dia lupa kepada Allah. Lupa bahawa Allah jua yang mengizinkan semua ini berlaku.

Bukankah dahulu dia juga yang berbicara, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mengapa dia bisa terlupa akan pegangannya itu?

"Astaghfirullahalazim," bisik Saif.

Furqan menoleh sekilas tatkala mendengar alunan zikir yang mula bermain di lidah Saif. Suara lunak Saif yang tenang itu menjadikan zikir itu kedengaran begitu mengasyikkan.

Furqan kembali mendongak. Matanya dipejam bagi menghayati bait-bait zikirullah itu yang kekadang diselangi selawat keatas Rasullah SAW. Tanpa sedar, bibirnya turut bergerak mengikuti rentak alunan zikir itu.

Lama mereka dalam keadaan itu sehingga kedengaran suara Fathul memberi salam. Furqan membuka matanya. Dia melihat sahaja Saif berjabat tangan dengan Fathul.

Fathul melabuhkan punggungnya disebelah kiri Saif. Dia tak memeluk lutut seperti mereka, sebaliknya kakinya dilunjurkan. Kedua-dua tangannya dibawa kebelakang untuk menongkat tubuhnya.

"Saif..." panggil Fathul memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka.

"Beluncas itu asal seekor rama-rama, bukan?"

"Iya," balas Saif.

"Maka ketahuilah seburuk mana perkara yang menimpa saudara hari ini, akan dibalasi dengan keindahan di masa depan. Tak didunia, di syurga nanti jawapannya. Telah ditentukan nasib setiap insan yang tercatat di Luh Mahfuz sana, tetapi Allah beri pilihan kepada kita bagaimana untuk melaluinya. Baik, buruk pasti ada balasan. Begitu juga dengan Blizzard. Kita bukan penghukum, tetapi kekejaman Blizzard pasti akan terhukum jua. Kerna Allah itu yang memiliki nama al-Hakam dan al-'Adl. Maha Penghukum dan Maha Adil. Maka apa yang perlu lakukan hanyalah yakin, usaha dan sabar".

Suasana kembali sepi bagai dilanda garuda.

Furqan memanjangkan lehernya melihat Fathul dengan rasa tidak percaya.

Saif juga berpaling melihat sahabatnya itu.

Bukan mudah untuk melihat Fathul bersikap matang ketika bersama Saif.

Seketika kemudian, senyuman mula berbunga pada bibir Saif dan Furqan.

"Baru terasa kita bersahabat dengan seorang putera. Benarkan, Saif?" ujar Furqan dengan niat ingin mengusik.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now