Kedengaran bunyi derapan tapak kaki melangkah bergema di tempat sunyi itu. Zamir mengalihkan tumpuannya dari puluhan skrin hologram itu. Dia memandang ke arah pintu. Kosong. Tiba-tiba lampu terpadam. Suasana berubah suram dengan hanya diterangi biasan cahaya lampu yang ada diluar bilik itu.
"Siapa itu?" jerit Zamir.
Senyap. Tiada sahutan. Hanya bunyi kaki melangkah masih bergema. Zamir bangkit dari duduknya. Keris dipinggang dicabut keluar. Firasatnya membisikkan bahawa yang datang itu bukan seorang teman. Bahkan lawan yang berpihak kepada kejahatan.
Zuppp!
Sebilah pisau kecil membelah udara menuju kearahnya. Zamir cekap menangkap pisau itu sebelum membaling ke arah yang bertentangan. Kedengaran bunyi berdenting menandakan pisau itu gagal menemui sasarannya lalu jatuh ke lantai selepas menikam dinding.
Keadaan kembali sepi buat seketika. Zamir bersiaga tanpa berganjak. Dia yakin musuhnya masih berada di situ. Matanya meliar memerhatikan suasana sekeliling.
"Muhammad Zamir bin Abdullah!" Jerit penyerangnya dalam nada mengejek. Suaranya bergema berulang kali menimbulkan suasana seram.
Zamir diam tanpa menyahut. Riaknya kekal tenang seakan sudah terbiasa menghadapi situasi seperti itu. Bunyi derapan tapak kaki kembali kedengaran menyebabkan Zamir berpaling ke arah kanan. Dalam kesamaran cahaya itu, dia melihat seorang lembaga yang bertopengkan kain bagi menutup wajahnya. Lambang Blackwest jelas kelihatan pada dada lembaga itu.
"Night..." gumam Zamir sendirian. Dia sememangnya mengenali lelaki itu.
"Bagaimana kau menemui tempat ini, Night?!" lantang suara Zamir bertanya. Dia mengemaskan gengaman pada kerisnya.
Lelaki itu bertepuk tangan sambil ketawa jahat. Lagak seperti seorang psiko. "Tahniah kerana mengenali aku, Zamir". Soalan Zamir tidak dijawab.
"Antara kita tiada urusan. Pergi kau dari sini!" halau Zamir. Dia benar-benar tidak senang dengan kehadiran lelaki itu.
Night menyengetkan kepalanya. Mata dibesarkan memandang Zamir dengan galak. "Benar...?" soal lelaki itu. Sengaja dia meleretkan suaranya. Nadanya kedengaran naif walaupun hakikatnya jauh berbeza.
"Aku mahu darah Keluarga Emir,Zamir. Dan kau mampu menunaikan hajat aku," ujar lelaki itu lagi dalam nada gembira pula. Kepalanya kembali ditegakkan. Terakol dikeluarkan lalu ditala kearah Zamir.
"Aku bukan Keluarga Emir yang sebenar! Kedudukan aku sama seperti Tuan Ammar! Tetapi kenapa kau tak sudah memburu aku dari dahulu?!"
Ketawa sinis Night bergema. "Salah itu. Opss, lupa! Mungkin Light tak memberitahu rahsia itu kepada kau. Walaupun kau bukan Keluarga Emir, tetapi darah kau berharga... Sebab itu aku benar-benar dahagakan darah kau..."
Zamir terpana. Benarkah apa yang dikatakan oleh Night? Tuan Haidhar menyorokkan sesuatu darinya? Kenapa lelaki yang dihormatinya itu menyorokkan asal-usulnya?
Night kelihatan gembira melihat perubahan pada riak Zamir. "Hohoho, kesian kau. Abang kesayangan rahsiakan asal-usul kau ya? Jangan risau. Aku boleh beritahu kebenaran kepada kau," ujar Night.
"Tidak! Aku tak akan termakan kata-kata busuk kau. Kau sengaja nak rosakkan hubungan aku dengan abang Haidhar!" marah Zamir.
Night tampak terkejut sebelum ketawa lagi. "Aishh, bijak sangat kau ini. Aku tak suka orang bijak ini. Menyusahkan. Hemm...apa kata aku bunuh kau sahaja. Tamat cerita," saran Night.
"Kau ingat aku akan membiarkan begitu sahaja?"
Night tersengih disebalik topeng kainnya. Zamir... Zamir... Pemuda itu tak pernah sedar betapa berharganya darahnya kepada Blackwest. Hanya nilainya sedikit kurang dari darah Saif dan Tuan Haidhar sahaja. Nilai darah Zamir membuatkan dia tak sabar dia ingin merobek jantung pemuda itu...
YOU ARE READING
AIM-Akademi Irsul Muta'afif
RandomDia ialah seorang Saif. Hidupnya penuh berliku angkara musuh yang tak pernah dia tahu. Dikelilingi seribu satu rahsia...diselubungi berjuta persoalan...namun dia tetap tabah mengharungi kehidupan. Dia seorang Furqan. Di depan Saif, dialah sahabat pe...