Bab 49

395 63 2
                                    

    "Saif!" jerit Furqan tatkala melihat Saif sudah bergayutan pada bingkai tingkap yang tingginya hampir enam meter. Gerun dia melihat aksi lagak ngeri Saif.

    Jeritan itu lansung tidak diendahkan oleh Saif. Dia menolak tingkap kaca itu ke arah luar. Terasa bayu malam menampar pipinya lembut. Tanpa berlengah lagi, Saif melompat turun seraya mendarat di atas tanah dengan gaya pergerakan yang cukup cantik.

    "Bagaimana sekarang ini?" soal Furqan cemas. Pintu utama Balai Besar itu sudah dikunci dan dikawal oleh Kesatuan Durrah bagi menggelakkan mana-mana penuntut Nilam menyelinap keluar dalam tempoh peperangan itu berlansung.

    "Kenapa dengan Saif?" soal Fathul yang masih keliru dengan keadaan itu. Sangkanya Saif hanya ingin bersendirian seperti biasa, tetapi kenapa riak Furqan begitu cemas? Dia memandang tingkap yang terbuka luas itu sebelum beralih ke wajah Furqan yang kelihatan begitu serabut.

    Furqan mendiamkan diri seketika. Mengambil masa untuk menyusun ayat bagi menerangkan situasi itu kepada Fathul. Hakikatnya, dia sendiri belum pasti apa yang berlaku tetapi melihatkan gelagat Saif yang luar biasa itu, satu teori menjelma di fikirannya. Teori yang semestinya bukan yang baik-baik...

    "Furqan," panggil Fathul apabila Furqan kekal membisu sekian lama. Bahu sahabatnya itu disentuh.

    "Saudara perasan mata Saif kelihatan seakan mati?" soal Furqan tiba-tiba.

    Berkerut dahi Fathul mendengar soalan itu, namun dia tetap menganggukkan kepalanya. Tiba-tiba dia kelihatan tersentak. Matanya terbeliak besar menatap wajah resah Furqan.

    "Jangan cakap Saif berada dalam kawalan Blackwest sekarang ini?" jelas kedengaran nada resahnya.

    Lambat-lambat Furqan mengiyakan soalan itu. Keluhan berat terhembus dari mulutnya tanpa sengaja.

    "Pasti mereka menanam peranti itu semasa menculik Saif tanpa Saif sedar. Bila keadaan terdesak, mereka akan menggunakan Saif untuk menjatuhkan Tuan Haidhar dan Kesatuan Durrah. Kenapalah saya tidak sedar perkara ini lebih awal?!" Furqan menjerit kecewa. Tidak terlalu kuat memandangkan sahabat-sahabat mereka yang lain masih lena dibuai mimpi.

    Fathul memejamkan matanya sambil tangannya mengurut kepalanya yang tiba-tiba terasa berdenyut sakit. Sungguh, dia bersimpati dengan nasib seorang Saif yang tak sudah sudah diuji. Ada sahaja rancangan Blackwest ke atas pemuda itu.

    Jika benar Saif sedang dikawal oleh Blackwest, maka tiada jalan yang mampu untuk menghalang Saif selain mengurungnya sehingga pemegang alat yang mengawal Saif itu ditewaskan terlebih dahulu. Andai tidak, hanya darah milik sasaran Saif yang mampu menyedarkan pemuda itu. Yang pasti, kedua-dua pilihan itu amat sukar walaupun pilihan pertama adalah lebih baik.

    Apabila dikawal, Saif akan bertindak diluar kesedarannya. Dia tidak lagi mengenal antara lawan dan kawan. Dia hanya bertindak berdasarkan naluri dan fokusnya hanya pada sasaran yang ditetapkan oleh orang yang mengawalnya. Dan bila menyebut mengenai Saif, tiada siapa yang setaraf dengan kehebatannya berlawan melainkan guru-guru mereka dan ahli-ahli Kesatuan Durrah. Malah abang Zamir juga pernah tewas di tangan Saif semasa latihan mereka.

    "Bukan salah saudara pun. Mangsa hanya akan menunjukkan tanda-tanda selepas mereka 'dipanggil' untuk melaksanakan tugas," pujuk Fathul.

    "Sekarang bagaimana? Saif mungkin akan menyerang sesiapa sahaja dalam keadaan sekarang," keluh Furqan.

    Riak Fathul berubah serius seiring akalnya yang sedang ligat berfikir. Dia memandang lantai dan tingkap yang dipanjat oleh Saif tadi berselang-seli. Mengira jarak dan cara terselamat untuk menyusup keluar melalui jalan yang sama.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now