Bab 69

382 60 0
                                    

Furqan terkaku di depan pintu. Fathul yang berjalan dibelakang terlanggar tubuh sahabatnya yang berhenti secara tiba-tiba itu. Dia mengosok hidungnya yang sakit berlanggar dengan kepala Furqan.

"Aishhh, saudara ini. Suka berhenti tanpa amaran," rungut Fathul.

Furqan hanya diam. Matanya dihala ke bahagian kiri bilik di mana katil mereka terletak. Wajahnya memucat.

"Furqan! Sejak bila saudara disumpah menjadi empangan didepan pintu ini. Jalanlah!" bebel Fathul. Geram apabila sahabatnya itu berdiri tak bergerak sejak tadi. Bagai disumpah sang kelembai.

Furqan berpaling dengan pergerakan yang perlahan. Dia memandang Fathul seraya jarinya diangkat menunjuk ke dalam bilik. Dia mengalihkan tubuhnya kekiri sedikit bagi membolehkan Fathul melihat ke dalam.

Baru sahaja Fathul ingin menjenguk, tiba-tiba muncul satu lembaga betul-betul dihadapan mukanya. Fathul yang terkejut terundur beberapa langkah kebelakang. Insan yang tidak dikenalinya itu hanya tersenyum manis melihat reaksinya.

"Kalian berdua ini sahabat Saif, ya?" soal insan itu.

Fathul mengangguk dengan teragak-agak.

"Nama pak cik Wind ke?" soal Furqan. Matanya tak lepas memandang wajah Wind.

Wind tampak terkedu seketika sebelum kembali tersenyum. "Dan kamu semestinya anak River, bukan?" duganya. Wajah Furqan pernah dilihatnya melalui gambar semasa berkunjung ke rumah Solihin tidak lama dahulu untuk mengkhabarkan keadaan Saif kepada Tuan Haidhar.

Furqan melemparkan senyuman menjawab pertanyaan Wind. Dia menghulurkan tangan seraya bersalaman dengan lelaki itu. Tangan Wind turut dicium sebagai tanda menghormati lelaki itu.

"Mana kamu tahu nama pak cik?" tanya Wind ingin tahu. Rambut Furqan diusap lembut.

"Saya selalu melihat walid merenung gambar lama pak cik, paman Rafael, Tuan Haidhar, walid dan bonda Saif. Walid juga pernah menceritakan tentang pak cik," jelas Furqan.

"Ohh, siapa pula nama kamu wahai ibnu Solihin?"

Furqan tersengih mendengar panggilan Wind kepadanya. Tuan Ammar juga pernah memanggilnya dengan panggilan yang sama. "Nama saya Furqan Rahman. Dan ini pula Fathul Adzfar bin Faizan Rafiq," balas Furqan.

"Faizan Rafiq? Apa kamu seorang putera?" soal Wind terkejut. Tak memyangka pemuda yang tampak biasa-biasa itu sebenarnya berdarah ningrat.

Fathul tersengih memandang Furqan. Furqan mencebik. Reaksi Wind sama seperti dia semasa kali pertama mengetahui Fathul adalah seorang putera. Itupun, Saif yang mengkhabarkan kepadanya.

"Pak cik...sudah-sudahlah berborak. Kaki kami sudah lenguh berdiri lama didepan pintu ini. Izinkan kami masuk?" rengek Furqan. Matanya dibesarkan seraya dikebil-kebilkan.

Ketawa Wind pecah. Sungguh tak sesuai pemuda itu membuat muka seperti itu. Bukannya nampak comel, sebaliknya lebih kepada nampak lawak.

Fathul menahan tawa melihat wajah mencuka Furqan. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan. Namun Furqan pantas mengelak sebelum menjejak masuk ke dalam bilik itu. Kedengaran dia membebel sendirian dalam butir bicara yang tidak jelas. Ketawa Fathul pecah.

"Ya Allah, Saif!!" jeritan Furqan mengejutkan Fathul dan Wind yang masih berada dimuka pintu. Terus mereka berdua menerpa Furqan yang sedang berdiri di katil Saif.

"Bagaimana dia boleh cedera teruk macam ini?" tanya Furqan cemas. Wajah Wind dipandang.

"Tuan ke yang bawa Saif pulang?" tanya Fathul pula.

Wind menghempaskan punggungnya dibirai katil Furqan. Sangkanya, ada sesuatu yang berlaku kepada Saif. Rupanya, Furqan hanya terkejut melihat kecederaan pemuda itu sahaja.

AIM-Akademi Irsul Muta'afifWhere stories live. Discover now