Bab 1

5.4K 587 91
                                    

Tahun 2013.

Kaca mata yang tersangkut pada batang hidung dilorotkan sedikit untuk melihat figura seorang wanita dihadapannya itu. Jelas, riak wajahnya nampak kosong sahaja. Langsung tidak terkesan dengan penceraian mereka berdua yang baru satu jam berlalu.

"Awak dah bebas, lepas ni awak tak perlu lagi risaukan saya. Tak payah lagi awak nak kisah dengan status awak. Saya sebagai bekas suami awak, harap awak hidup baik-baik lepas ni..Choi Yeana."

Perkataan 'bekas' ditekan dalam. Setiap tutur katanya ditutur tenang sekali. Jimin memasukkan tangannya ke kocek seluar. Sambilan menanti Yeana berkata-kata. Kerana selepas ini dia akan berangkat pergi ke luar negara. Jangka masanya mungkin bertahun-tahun.

Rindu? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Tipulah kalau dia sudah tawar hati sepenuhnya pada Choi Yeana. Yeana ialah cinta pertama dia. Tetapi kesilapan kecil yang Yeana telah lakukan ketika hubungan mereka masih terkait perlahan-lahan menawarkan hati Jimin.

Yeana mengambil nafas dalam-dalam. Setelah membiar kata-kata daripada Jimin untuk beberapa ketika, dia mula bersuara.

"Terpulanglah pada awak nak dengar atau tak, tapi satu aje saya nak pesan. Jangan merokok lebih-lebih kalau stres, saya tak ada nak marah awak lagi. Dekat UK nanti, carilah pasangan baru. Jangan cari macam saya, yang selalu abaikan awak." Kata Yeana. Dingin tetapi masih lagi berbalut nada getaran pada tutur katanya.

Jimin menyimpul senyum nipis. Dia pasti ingat pesanan Yeana selalu walaupun mereka sudah berpisah sekali pun.

"Awak jangan risau. Dan ya, saya pasti cari pasangan saya yang baru dan semestinya lebih baik daripada awak. Hidup kena diteruskan."

Dalam diam, Yeana mengetap bibir rapat. Cukup terkesan dengan kata-kata daripada Jimin. Tetapi dia tahankan saja. Semuanya sudah berlalu, kalau masa boleh diundur semula sekali pun, pengakhirannya pasti sebegini juga. Kerana dia sendiri yang meminta tali perkahwinan mereka diputuskan melalui penceraian.

"Saya kena pergi. Panjang umur kita jumpa lagi, Choi Yeana."

Hanya anggukan sahaja yang Yeana balaskan pada bekas suaminya itu. Kepala sudah sedia tertunduk. Tetapi sebelum lelaki itu pergi meninggalkan dirinya, satu kucupan diberi pada dahinya.

Tidak semena-mena tubuh wanita itu kaku. Lantas dia mengangkat wajahnya dalam kadar laju. Jimin sekadar memberi senyuman manis kepada Yeana sebelum menapak beberapa langkah ke belakang. Kaca mata yang terlorot tadi disuai semula.

Perlahan-lahan, kujur tubuh Jimin mula hilang. Yeana masih teguh dengan posisinya yang masih kaku. Sehinggalah bahunya ditepuk dalam kadar perlahan dari arah belakang. Yeana memalingkan tubuh, lantas didakap rapat orang tersebut sambilan pipinya dituruni dengan cecair.

"Menangislah puas-puas. Jangan pendam." Katanya lembut. Belakang badan Yeana diusap untuk menenangkan wanita itu.




×××××

Pendek pendek dulu 😛. Happy reading ❤.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now