Bab 10

3.6K 460 28
                                    

Kereta dipandu dalam kadar perlahan-lahan. Ekor matanya tajam mencari susuk tubuh Yeana dalam hujan. Hujung jari mengetuk-ngetuk stereng kereta. Risau.

Jimin hela nafas. Yeana sedang berjalan terhuyung-hayang di tepi jalan raya dalam keadaan hujan yang masih lebat.

"Haih..itu pun kau."

Kereta diberhentikan pada bahu jalan. Segera dia keluar dari perut kereta tanpa membawa payung. Yang dia tahu ingin mendapatkan wanita itu segera dan membawanya masuk ke dalam kereta.

"Aduh-aduh..."

Yeana terduduk apabila kakinya tersadung pada bonggol. Kedua matanya terkelip-kelip kerana air hujan. Jimin yang melihat keadaan wanita itu segera menerpa ke arah Yeana. Kot kerjanya segera dipakaikan pada tubuh Yeana yang sudah basah lencun.

Kedua bahu Yeana direngkuh supaya dapat membantu wanita itu bangun. Hujan turun dengan lebat, membuatkan kedua-duanya basah lencun. Dalam samar-samar Yeana cuba melihat lelaki dihadapannya itu. Tapi air hujan menghalang pandangan wanita itu. Habis kabur pandangan.

"Eh saya tak kenal encik! Encik nak bawa saya pergi mana?!" Yeana meronta-ronta dalam hujan. Tapi soalan Yeana tadi Jimin hanya biarkan.

Dalam keadaan sebegitu pun masih lagi berkeras kepala. Jimin hilang sabar. Kaki Yeana seakan mencengkam pada tar jalan sehingga dia tidak dapat membawa wanita itu pergi ke keretanya. Spontan tubuh wanita itu diangkat. Makin kuat rontaan Yeana jadinya.

"Eh! Apa ni! Turunkan saya! Yah!!"

Habis bahu bekas suaminya itu menjadi punch bag. Sesekali tu adalah juga Jimin kesakitan sambilan kakinya laju dihayun menuju ke kereta. Tiba di kereta, pintu sebelah pemandu dibuka luas-luas. Badan Yeana dihumban masuk lalu pintu kereta di tutup semula.

Kejam? Yeana lagi kejam rasanya. Haha.

Laju Jimin berjalan ke tempat duduk pemandu. Apabila lelaki itu sudah turut masuk ke dalam kereta, tiba-tiba keadaan dalam kereta itu menjadi senyap. Hanya bunyi hujan lebat sahaja yang kedengaran.

"Pengsan dah?" Gumam Jimin bila dia memandang Yeana di sebelahnya.

Rambut lebat lelaki itu yang basah lencun disebak ke belakang. Fuh. Awak ni jangan buat macam tu boleh? Oksigen tak masuk dalam badan saya nanti.

Jimin memandang ke jalan raya semula. Tetapi keretanya masih lagi belum dijalankan. Berfikir mungkin. Sesekali dia mengerling wanita disebelahnya itu. Kemudian membuang pandangan semula ke luar. Hujan masih belum ada tanda-tanda mahu reda.

Otak fikiran lelaki itu berjalan. Apartment Yeana masih jauh jaraknya berbanding kondo Jimin. Lelaki itu mengetap bibir sekejap.

Keputusan muktamad. Bawa Yeana ke kondonya.


Semakin bingit suara hujan di luar sana, semakin kuat ketukan jari Hyerin pada meja makan. Telefon bimbitnya dari tadi dalam genggaman. Sesekali kepalanya tertoleh pada jam dinding. Pukul satu suku pagi. Makin membuak-buak rasa risau.

Yeana ke mana? Mana Yeana? Kenapa sampai sekarang tak balik rumah? Kenapa tak angkat panggilan? Dekat luar hujan, Yeana berlindung dekat mana?

Yeana, Yeana, Yeana.

Empat tahun mereka berdua tinggal bersama. Tidak pernah sekalipun Yeana tiada di rumah selepas Hyerin balik kerja. Kalau pun Yeana pulang ke rumah keluarga, kenapa tak bagitahu?

Skrin telefon dihidupkan. Melihat kalau-kalau ada panggilan terlepas atau mesej daripada Yeana. Tapi tiada. Skrin telefon Hyerin bersih dari sebarang panggilan atau mesej. Makin gusar hati.

Kusyuk bersoal jawab dengan kata hati sendiri, telefon bimbit di genggaman bergetar menunjukkan ada panggilan masuk. Tertera nombor asing. Kening Hyerin naik sebelah. Tombol hijau laju digesek lalu telefon tersebut dilekap kemas pada telinga.

"Yeana stay rumah saya malam ni."

"Si..."

Tut!

"Eh kedekut lah! Orang nak tanya siapa dia tutup pula! Kalau Yeana jadi apa-apa memang aku terajang kau sampai masuk keranda!"

Berkumat-kumit ulas bibir gadis itu membebel. Mahu tembus rasanya skrin telefon bimbitnya itu di pandang. Kalaulah telefon itu bernyawa, pasti sudah tersungkur dengan panahan anak mata Hyerin.




×××××

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now