Bab 23

3.5K 451 171
                                    

Jam yang terlingkar pada pergelangan tangan dilihat sekilas. Pukul 4.23 petang. Berkali-kali nafas dihembus keluar. Tangan kanan diletakkan pada kerusi batu bagi menampung kepalanya. Yeana pejam mata semula. Menunggu kedatangan Hyerin.

Dan dia harap lepas ini, bukan sesiapa yang muncul sebaik dia mencelik mata nanti. Teringat pula dia pada wanita mengandung tadi. Huh... Makhluk apa tu? Siang-siang hari muncul, paling tak logik boleh pula mereka berbual mesra. Pasal kandungan pula tu.

Yeana merasa sesuatu. Seperti ada orang yang duduk sama dengannya atas kerusi batu itu. Perlahan-lahan, mata dibuka. Dalam berani dan takut, dia gagahkan juga matanya dicelikkan. Kalaulah wanita mengandung tadi muncul semula, memang dia lari maraton lepas ni. Haha.

"Jimin."

Nama bekas suami terluncur keluar. Mata Yeana membesar. Dipandang kiri dan kanan. Kemudian memandang Jimin semula. Tangan gatal mahu menyentuh muka lelaki itu, mahu memastikan yang itu manusia sebenar atau bukan. Tapi terbantut bila Jimin mula bersuara.

"Lama ke awak tunggu? Maaflah. Hyerin tak dapat datang. Katanya nak balik rumah terus, sakit perut kata dia." Jimin berkata. Tapi main hentam.

Dia tak peduli. Asalkan Yeana percaya. Wanita itu mula pasang muka curiga. Macam tak betul aje cakap dia ni. Kalau pun Hyerin balik rumah terus, boleh kut dia singgah Yeana di taman. Nampak sangat lelaki dihadapannya ini berbohong.

"Macam mana awak tahu Hyerin nak jumpa saya?" Soalan Yeana buat Jimin mengeras sebentar.

"Tadi... Kami terserempak. Dia bagitahu saya, nak pulangkan telefon awak ni. Dia kata lagi, awak urgent nak guna." Jawapan yang tak masuk akal. Jimin telan liur perit.

Urgent? Lagi buat Yeana tak percaya. Boleh aje Hyerin pulangkan bila Yeana pulang ke rumah nanti. Yeana senyum sinis. Telefon miliknya yang berada di pegangan Jimin diambil. Tapi Jimin menjauhkan tangannya yang memegang telefon daripada Yeana. Seakan-akan sedang bercanda. Membuatkan wanita itu mendengus. Apa masalah lelaki ni?

"Bagi balik telefon saya." Yeana keluarkan suara bernada arahan. Dingin. Tegas dan keras.

Giliran Jimin pula tersenyum sinis.

"Boleh. Tapi awak kena teman saya. Barulah saya bagi."

Yeana terasa ingin hempuk Jimin pada kerusi batu itu. Suka pula dia ugut-ugut. Ingat Yeana ni apa? Perempuan yang gedik, buat-buat nangis lepas tu nak kena pujuk? Eh helo? Nak sangat perempuan perangai macam tu, sila berhambus.

"No. Saya tak nak ikut awak. Saya nak balik rumah." Kata Yeana. Emosi makin tak tertahan. Kalau dia tak kesahkan air muka, sudah lama telinga Jimin pekak dengan jeritannya.

Tangannya masih terkapai mencapai telefon yang berada di tangan Jimin. Tak putus asa. Jimin mendapat akal. Kalau dengan ugutan lisan Yeana masih berkeras, mungkin dengan ugutan perbuatan Yeana akan menurut. Tangan Yeana yang terkapai itu direntap, cepat lelaki itu menarik badan Yeana dekat dengannya.

Buatkan wanita itu serta-merta masuk dalam pelukan Jimin. Terbuka luas kedua mata Yeana. Meronta dalam pelukan Jimin, tapi lelaki itu berkeras. Dan dengan sengaja, dagunya dilabuhkan pada bahu Yeana.

"Apa awak buat ni? Lepaskan saya!"

"No. Awak setuju ikut saya, barulah saya lepaskan. Kalau awak tak nak, kita macam ni sampai esok."

Rontaan Yeana terhenti. Makin luas pula matanya. Gila. Duduk macam tu sampai esok? Park Jimin gila. Dalam rela tak rela, Yeana terpaksa setuju. Gila nak berpelukan macam tu depan orang awam lama-lama.

Mana nak letak muka nanti kalau ada mulut yang mengata? Mulut orang, mana nak duga. Kutip duit sendiri yang jatuh pun, boleh dikata curi duit orang yang tercicir.

[D] Back Again | Jimin BTSWhere stories live. Discover now